Selama satu minggu (21/10/08 – 27/10/08), aku tidak berinternet. Maklumlah pergi menyahut panggilan negara. hehe. Gurau jer. Sebenarnya, sepanjang tempoh tersebut aku terlibat dengan latihan ketenteraan di Kem Gemas, Negeri Sembilan. Latihan di bawah Rejimen 506 Kelantan ini melibatkan 3 Batalion, iaitu Batalion 1 (Kem Pengkalan Chepa, Kota Bharu), Batalion 2 (Kem Machang) & Batalion 3 (Kem Sg Durian, Kuala Krai). Pada tahun ini, anggota yang terlibat begitu ramai sekali, iaitu hampir 700 orang.
Latihan selama seminggu ini lebih kepada latihan menembak termasuklah Latihan Tembak Tempur Individu dan Latihan Tembak Lorong Hutan.
Badan masih lagi letih. Tak larat rasanya nak bercerita panjang. Ahhhh, layan gambar jelah. kan gambar itu bisa menceritakan segala-galanya… hehe.
Pergi ke Gemas - keretapi menjadi pilihan. Perjalanan hampir 9 jam. Bercampur dengan orang awam pula tu. Terpaksa kawal pergerakan 'anak buah' dalam keretapi - maklumlah perangai mereka ni sikit 'gila-gila'. Bersama 'anak buah' yang sentiasa setia menurut perintah
Inilah kawasan penginapan 'anak buah' seramai beratus-ratus orang tu.
Pandai-pandailah bina sendiri janji tak basah jika hujan
Pandai-pandailah bina sendiri janji tak basah jika hujan
Nah, inilah bilik penginapan aku bersama pegawai-pegawai yang lain.
Kalah hotel bertaraf 5 bintang. hehe.
Kalah hotel bertaraf 5 bintang. hehe.
Senaman pagi dah jadi rutin bagi 'anak buah'. Pumping pula adalah aktiviti wajib - kuatkan otot lengan. Bagi gagah semasa nak menembak nanti.
42 comments:
salam subuh..
tentu penat kan cikgu..tapi jika ini yg boleh buat hati kita tenang..jika ini yg boleh release kan jiwa..buka kan minda pastinya penat dan lelah itu berbaloi..
byk cerita yg nak dikongsi..moga sinar suria kan memancar utk ckgu..
Saya ni confused..cikgu rashid ni cikgu yang berkhidmat dalam sekolah tentera ke? Maaf saya bertanya..hehehe
Tentu banyak pengalaman yang ditimba semasa latihan tu kan? Pengalaman yang tentu menyumbang sedikit sebanyak kepada sikap kita, cara pemikiran kita dan sebagainya.
padan la cikgu kite menghilang.
rupenye berkhidmat utk negara.
hiks! =)
salam azza,
Penat memang penat tapi seronok. Seronok kerana dapat bersama dengan anggota ini. Mereka ini mempunyai latar belakang yang berbeza, daerah yang berbeza, taraf pendidikan & pemikiran yang berbeza. Mereka penuh 'gila-gila' tapi sentiasa bekerjasama, patuh dan taat pada arahan... Ini yang dapat dibanggakan..
Salam tirana,
Tak. Saya cikgu di sekolah awam biasa. Masa kat U dulu saya PALAPES. Tamat belajar, saya berkhidmat sbg Pegawai di Rejimen 506, Pengkalan Chepa (3 bulan). Kemudian bila dapat posting kat Sabah sbg cikgu, saya terus aktif dgn. Rejimen 507 Kem Bt Perwira (10 tahun). Sekarang ini di samping tugas saya sebagai cikgu, saya juga terlibat sebagai Pegawai RAW di kem Sg Durian, Kuala Krai.
Salam Wawa,
Camana kelas? okey semua. Sebenarnya saya bertuah kerana ada Wawa. Wawa, Pelajar nakal tapi baik hati. Boleh juga tolong jengok jengok kelas semasa ketiadaan saya. huhuhuuuu
cikgu...
bgitu lah selalunya..
yg nakal n giler2 tu lah yg akan diingati smpai bila2...mereka punya misi n matlamat..antara kita cara takkan sama kan..
selamat kembali..
rs seronok bila tgk blog ni kembali bseri..
Salam Azza,
Sikap 'gila-gila' itulah yang menceriakan suasana sebenarnya. Hilang rasa penat. Keletihan akan hilang bila kita senyum dan tawa melihat cara dan gaya mereka yang sikit 'gila-gila' tu. Kadang-kadang tu saya tersenyum sorang-sorang mendengar tutur bicara antara mereka. Maklumlah tahap pemikiran berbeza... sesuai dengan posisi mereka.
cikgu rashid.... kat sana ada yang bujang2 tak?? hiks.. nak cari jodoh ni... huhuhu
cikgu kira askar simpanan lah yer?? so dapat pelepasan dari sekolah untuk menyertai program sebegini..? mmg best!!!
Salam syima,
Tepat sekali. Saya ni boleh dipanggil bila-bila masa untuk bertugas membantu anggota tentera tetap jika negara kita berlaku perang. Saya dapat pelepasan Cuti tanpa rekod. Saya terima surat panggilan menghadiri latihan, siap dengan AKTA ATM lagi. Majikan pula jika tak lepas boleh didakwa di bawah AKTA ATM tu. hehe.
Aisey, kenapa tak bagitau awal-awal? Boleh saya carikan. Tapi sebenarnya saya tak berapa nak bagi pd syimalah.. saya kenal mereka. Ahh cari yang lain je lah.
Wah cikgu.....dah kembali nampak. Harus ada gelap sikit lps trainning ye dak..
cikgu..
mereka lah terapi minda kita di kala keletihan melanda..
senang bicara..susah bila dilanda..
kini mata hati fikiran dan badan sy penat sgt.. saat ini..rasa nak lelap tanpa mimpi yg mgganggu.....
laaaa....dah dtg negeri sembilan rupenyeee....apasal tak cakap awal2...:D
latihan ni kt sempadan kew??
camtu ke sume tentera yg jga negara??
sian nye~serba kekurangan tp msh lg bsemangat
salam cikgu... saya pun mulanya ada soalan sama mcm kak tirana... sib baik dah berjawab soalan tu.... n ada gak tingin nak acu pertanyaan mcm syima tu.... tp tak jadi laa.... huhuhuhu.
so canner? still penat ke? cikgu org nak exam dah mggu depan.... huhuhuhu lagi 5 ari je lagi... mcm byk lak nak kena baca....
wish me luck....
wahhh
tetiba watashi rasa mcm nk nyanyi lagi si baju hijauuuu
ahahahaha
best tuh, teringat masa kena buat modul tentera selama 2 minggu di Johor untuk dapat DPA...apa nama kem tu lupa pulak...baru tahu betapa besar pengorbanan tentera utk negara, berbanding penyanyi pelakon hindustan yg asal islam sekarang hindu...kita pulak yg bagi datuk kah kah kah
cik rashid dah dekat dgn kmpung saya, awat tak habak,
kan senang boleh beraya sekali ke rumah saya.
Salam cikya,
eee tekaan yang tepat. Ya, kulit muka dan tangan saya agak gelap sikit. Biasalah tu. Mesra matahari katakan.
Azza,
Terlalu letih nampaknya azza ni. saya doakan azza beroleh ketenangan minda. Bila minda tenang badan pun akan kuat bersemangat.
Moga azza diulit lena yang mendamaikan.
hi cheryna,
Segan nak cakap pada cheryna. Sebab bila cakap nanti menyusahkan cheryna pula. Apataknya, cheryna kena bawa bunga dan coklat untuk bagi pada saya. Kan, cheryna-bunga-coklat tak dapat dipisahkan. hehe
Salam noin,
Latihan ni kat Kem Gemas, Negeri 9. Memang itulah situasi yang biasa dialami oleh tentera kita sebenarnya. Walaupun masih lagi serba kekurangan, tapi diorang tak banyak cakap. Dah memang dilatih macam tu. Yang penting semangat. Semangat bisa mengatasi apa saja kekurangan.
sufi idany,
Moga idany beroleh ketenangan semasa mengulangkaji. Saya doakan idany dapat menjawab apa jua soalan. Jangan stress. Jangan tunggu semangat datang untuk belajar. Kita yang perlu bangkitkan semangat itu. Jangan menjeling. Jangan nakal-nakal. Fokus pada matlamat.
Watashi,
hmmmmm bagus juga jika watashi nyanyi lagu tu. Patriotik sikit. Bagi naikkan semangat.
Watashi, saya ada dengar watashi suka nyanyi lagu hindi. betulke? huhuhuuuu
Salam etomyan,
Hakikatnya tentera kita memang tercabar dengan pelbagai kekangan dalam operasi, latihan dan sebagainya. Bila saya di sana, saya cuba bandingkan dengan saya di rumah dan sekolah. Banyak yang saya dapat renungkan...
Tentang gelaran datuk Hindi tu.. hehe
Erinsza,
TErima kasih kerana sudi jemput saya utk beraya. Sebenarnya saya di sana tu jadual latihannya terlalu padat. Tak ada masa nak keluar bandarpun. Asyik di tapak latihan medan.
p/s - Kalau saya pergi, anggota saya mesti nak ikut sekali. Mereka beratus-ratus orang. Nanti habis rumah erinsza kena serang. hehe
ooo pergi kem rupanya..
patut la hilang berhari-hari..hehe
cikgu, sy konpius ni,
kenapa tentera x bg pilih calon tentera? bkn x bagi, tp kurang sokong. mcm jwpn cikgu kt atas tu jugak.
ayah sy pn ckp mcm tu. ayah sy tudm dulu. dia ckp, nk kawin kalau boleh xyh kawin ngn askar. maksudnya yg betul2 askar full time tu. agak2 kenapa ek?
Adalicious,
Saya menghilang mencari erti..
Saya bukannya tak sokong. Sebenarnya tak ada masalah bersama tentera ni.Okey je. Malah mereka ni 'macho'. hehe. Cuma ia perlukan pengorbanan jika ingin bersama. Tentera 'full time' tu tengok juga posisi jawatan dan unit yang disertainya. Isteri tentera mesti kuat, sabar, tabah, perlu pandai berdikari... sebab tugas tentera ni kadang kala perlu tinggalkan keluarga sebulan dua kerana terlibat dengan operasi, latihan dsb.
Jika sanggup okey. Itulah pengorbanan namanya. Jika tak sangggup tepuklah dada tanyalah hati dan iman...
Yes my teacher is askar, say yes!
watashi allergic lahu hindiiiiiiii
tidakkkk!!!!!
ahahahahahaha
mana cikgu dengar nehhh??
uhuhuhuh scary cikguuuu
wahhhh...bagus2...semangat cam nih la yg kita nak..
kerahan tenaga....hehhehe
Salam Wan hussin,
hmmm sin, dari cikgu pula, YeS!! yEs!!!!!
Watashi,
Alaaaaa kenapa nak malu pula? satu kampung dah tahu.. Watashi peminat setia hindi. Memanglah watashi allergic dengan lagu hindi. Sebab kalau dah nyanyi tak boleh satu lagu je, mesti banyak lagu. huhuhuuuuu
Ada ayrissa,
Saya sebenarnya sokong ada kerahan tenaga. Bagi peluang anak-anak muda rasai pengalaman & punyai kemahiran menjaga keselamatan negara..
ouh akhirnya sy fhm jgk..
tenkiu cikgu!~ :)
terima kasih....
Adalicious,
Sama-sama. terima kasih jadi kawan saya.
Idany,
Moga kejayaan menjadi milikmu.
err wajib ke kursus ni eh abg ?
Yonna,
Abang perlu ikut latihan ini atas komitmen sebagai seorang pegawai di rejimen. Banyak persiapan dan tindakan yang perlu dilakukan.
Tambahan lagi, kad pengenalan tentera abg perlu diperbarui 5 tahun sekali. Pembaharuan pula akan mengambil kira keaktifan dalam perkhidmatan & latihan tahunan yang dikuti.
gemas..dekat ngan kampung su(gemencheh)
sronok tgk...kalau join lagi la bertambah sronokkan biarpon letih ye tak?
Su,
Seronok memang seronok. Letih tu biasalah. Jom join sekali.
Post a Comment