Followers

01 November 2008

Cinta remaja kini semakin bercelaru?

Kisah Noor Fadilah yang ‘dilarikan’ kekasihnya menjadi bicara dada media. Anak gadis Malaysia itu dikatakan telah dilarikan (melarikan?) diri kerana mengikut teman lelakinya ke Lombok, Indonesia.

Aku mengerutkan dahi. Terfikir sejenak. Inilah penangan cinta yang bercelaru yang kini dialami oleh anak remaja kini. Bila dah jatuh cinta, maka segalanya nampak indah. Apa yang disentuh bagaikan kelembutan sutera. Segala yang dilihat semuanya baik belaka. Tindakan yang dilakukan dikira betul semua. Tiada rasa kekurangan. Tiada rasa bersalah. Keputusan yang diambil semuanya bagaikan yang terbaik. Tiada lagi difikirkan kesannya. Semua hambatan dan kekangan sanggup dihadapi. Hatta halangan dari ibu bapa sendiri. Semuanya sanggup diketepikan. Segalanya tiada dipedulikan hanya kerana lahirnya perasaan ingin hidup bersama. Sanggup hidup semati kononnya.

Bagi aku, bila remaja jatuh cinta (dilamun cinta) maka di saat ini tiada lagi kewarasan dari segi tindakan dan keputusan yang diambil. Air mata ibu tidak berdaya dan berkesan untuk mengikat langkah si anak (anak gadis khususnya). Air mata ibu tiada nilai lagi bagi si anak yang sedang dilanda rasa cinta pada kekasihnya.

Aku tertarik dengan pandangan Pensyarah Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr. Asmawati Desa. Berikut antara petikan yang aku rasakan baik untuk direnungi bersama.

“Remaja khususnya gadis menganggap cinta seumpama satu ‘penghargaan’ buat mereka”.

“Permulaan baligh bagi anak gadis bermula seawal usia sembilan tahun dan waktu inilah bermula kronologi cinta”.

“Alam remaja begitu mencabar. Proses peniruan berlaku”

“Peringkat remaja seumpama storm dan stress. Pemikiran bercelaru dan terumbang-ambing”

-------------------

Presiden Malaysia Association of Profesional Speakers, Prof. Datuk Dr. Sheikh Omar turut mengatakan:

“Anak muda era kini lebih terarah kepada elemen ‘tepuk dada tanya selera’. Mereka hanya fikirkan kehendak dan keseronokan tanpa fikirkan akibat dan kesannya. Tepuk dada tanya selera sebenarnya hanya sekadar wake-up call sedangkan mereka perlu melihat dari segi minda, ilmu dan ihsan.”

“Setiap remaja perlu sentiasa bertanya kepada diri sendiri tentang ‘siapa kita sebenarnya, apa yang kita fikirkan dan apa yang kita rasakan. Tiga soalan ini penting sebagai panduan kehidupan untuk lebih bijak membuat keputusan dan berfikir dengan mata hati dan keimanan”.

28 comments:

azza_irah said...

salam cikgu..
jika bcakap soal cinta n perasaan..saat ini bukan sj remaja..malah yg dewasa pun mudah bercelaru. pokok pangkal berbalik pd hati kita sndiri..

azza ada kwn..yg tinggalkan family selama 14 tahun..sekali pun tak pernah balik menjengah..semata2 kerana ibu tidak merestui perkahwinannya dengan isterinya skrg..sume kerana cinta..tidak dipikir hati seorang ibu..

dan skrg alhamdulillah..tahun lps dia dah balik ke pangkuan keluarga..bsama anak isterinya..ibu menerima dengan redha..tapi tuhan tu maha Adil..tanpa restu ibu dr awal..ikatan takkan sempurna..itu lah yg dia alami kini..

Rashid said...

Satu perkongsian yang baik azza. Memang benar, orang dewasa & profesional jua turut bercelaru dalam soal cinta. Cinta bisa merubah diri dan perwatakan.

Kisah yang azza ceritakan tu begitu menyentuh hati. Tanpa restu dan doa seorang ibu bagi saya tak payahlah teruskan cinta walau sedalam dan sesuci manapun. Tak ada berkatnya. Hidup pasti bercelaru.

Tapi alhamdulillah, kawan azza tu balik jua ke pangkuan ibunya. Hati seorang ibu, sekeras manapun akhirnya tetap akan redha akan anaknya. Itulah ketinggian nilai yang tiada taranya bagi seorang yang bergelar ibu.

su said...

sama2 kita mendidik dan menegur salah anak2 remaja kita...mudah2an jadi org berguna...

Tirana said...

Cikgu Rashid..

Cinta bukan sahaja membutakan mata tapi membutakan hati dan fikiran sekali. Setuju dengan cikgu Rashid, bila seseorang sudah jatuh cinta..dia tidak dapat berfikir dengan fikiran yang waras seolah-olah cinta itu menghalang dia berbuat demikian.. Yang terang salah pun, nampak baik semuanya.. Nasihat orang sekeliling seperi ibu dan ayah langsung tidak diambil kira. Gerun bila fikirkan semua..

Unknown said...

;-)

makin jauh.......sebab makin jauh..........makin jauh pada tuhan..

Sufi Idany said...

Salam Cikgu,

Bila nak bercerita tentang cinta, perasaan ni sumer yang cerdik pandai pun bleh jadi bodoh dungu kan? lupa semuanya bila hati berbunga cinta... lebih2 lagi cinta nafsu...semua nya indah...semuanya bagai di awangan... indah dan cantik dengan bahasa tersendiri....

entah la cikgu.... semoga cinta yg ada dlm hati kita akan memandu kita pada jalan yang benar...

Rashid said...

salam su,
Ya teguran perlu dengan hikmahnya.

Rashid said...

Salam tirana,
Cinta itu indah. Manusia yang dilamun cinta yang mencemarkannya. Mereka mudah kalah tertipu dengan sang pencinta. Tertipu kerana tidak dapat fikirkan rasional atau tidak sesuatu tindakan yang akan dan patut dilakukan.

Rashid said...

Salam pendekar,
Makin jauh... sepatutnya jauh tapi dekat...

Terfikir dengan pelbagai ujian dariNya. Satu daripadanya adalah CINTA.

Rashid said...

sufi idany,
Bunga-bunga cinta sebenarnya perlu sentiasa disirami dengan kasih sayang dan 'ingat tuhan'. Benar, cinta nafsu itulah yang menghuru-harakan masyarakat kita sekarang ini. Semuanya kerana amalan 'tepuk dada tanya selera'.

azza_irah said...

cikgu..
mmg balik ke pangkuan keluarga skali..tapi hati dia masih keras spt dulu..balik sb pk ibu ayah dh tua..

susah kan bila ckp soal cinta..
kita boleh gebang2 itu ini cakap mcm ahli falsafah..tapi bila terkena diri sendiri..baru kita tahu..

Redynne™ said...

Salam cekgu..
Hanya yg mengalami kan benar2 merasakan. Sedangkan yg dewasa nan cerdik pandai jadi kedunguan, ape lagi remaja b'darah muda yg ingin m'cuba semua.

Semoga pengalaman akan lebih mendewasakan dlm erti kata 'dewasa' sebenar2nya.
:)

Rashid said...

Azza,
Memang sukar kita nak debatkan soal cinta ni. Ia tak semudah ucapan dan kata-kata. Siapa yang melaluinya pasti akan terasa 'kehebatan' cinta ini. Ia boleh merubah segalanya.

Rashid said...

Redynne,
Saya setuju dengan redynne. Cinta tak mengenal rupa. Saya percaya, orang sewasa pun boleh cair kerana cinta apatah lagi anak muda remaja. Cuma bezanya, pengalaman yang dilalui bisa merungkaikan persoalan yang dihadapi. Pengalaman adalah guru sebenar yang mengajar kita untuk lebih bersikap matang. Matang menghadapi kehebatan penangan cinta ini.

ada van de kamp said...

ikut nafsu lesu, ikut hati mati.

Anonymous said...

Cikgu Rashid,
lama tak tegur kat blog cikgu ni...
cikgu sehat ke?
cikgu...sy sudah beralih arah ke
http://feizura.wordpress.com okey?

jgnlupa update yer cikgu..
salam....
-nen

Rashid said...

Salam adalicious,
"ikut nafsu lesu, ikut hati mati" hehe. Maksud penuh tersirat.

eee nak ikut sapa heh? ..
suka ikut tok iman. Adalicious mau ikut sekali?.. hiks!!

Rashid said...

Salam cikgu nen,
Saya di sini syukur sihat.
Ya, saya ada perasan juga. okey nanti saya link yang baru tu.

Nen terima kasih masih ingati saya.

Narina Joe "Najo" said...

soal cinta sukar diduga..
memang betul cinta tuh boleh butakan mata, tutupkan hati dan pekakkan telinga dr nasihat2 org lain..itu yg susah bila keputusan dibuat dibawah pengaruh emosi..last last diri sendiri yg rugi..

Rashid said...

Salam najlaa raihana,
Kerna cinta, gunung yang tinggi akan kudaki, lurah yang dalam kan kuturuni, lautan api kan kurenangi, pak mentua misai melenting kan kudekati..

Saya setuju dengan najlaa raihana, bila dah suka semuanya perfect, tiada lagi tanda soal (?) dalam diri. Nasihat yang diberi bagaikan omongan biasa. Nafsu cinta menutupi segalanya.

wan hussin said...

zaman remaja....
zaman fotokopi identiti...
zaman semua nak wannabe...
zaman perlukan pembimbing...
zaman remaja semua hangat dan singkat...
sesetengah rang menganggap zaman remaja adalah zaman gelap dan zaman enjoy...
mungkin sebab tu bercelaru cekgu.

*yes cekguku seorang askar seyes! hehe

Ryehanna said...

Ape2 pun, didikan agama tu yang jadi benteng. Kalau kuat iman, rasanya tak jadi kes macam ni. didikan dari rumah tu penting.

remaja yang dari broken homes usually tends to follow their bf/gf's suggestions more than their own family...sbb diorg rase diri lebih dihargai&disayangi oleh bf/gf dari family sendiri...

sbb tulah, show ur kids u love 'em...

Rashid said...

Salam usin,
Wah cantik kata-kata tu. Tapi nak ketawa juga cikgu bila usin kata 'zaman remaja adalah zaman gelap dan zaman enjoy'.. hehe zaman gelap? sejarah tu.. fakta sejarah tu. hehe

Rashid said...

Salam ryehanna,
Saya suka pandangan ryehanna ni. Memang didikan agama dari orang tua sangat penting sekali. Mesti dari rebungnya. Kuatkan akar imannya. Bila dah kuat, insyaAllah semuanya akan baik-baik.

'Perasaan dihargai dan disayangi bisa merubah hati dan sikap remaja..."

Erinsza said...

Tulah cikgu rashid kadang2 ape yg berlaku sekarang nie kite tak leh salahkan sape2, didikan AGAMA tu yg penting, jadi remaja yg kurang didikan AGAMA selalu jiwa dikacau oleh syaitan.

Jadi diri tu nak memberontak, ah semua org salah aku betui, lebih kurang cantulah contohnyer.

Ini yg boleh jadi lari dari rumah, gara2 kena marah.

Rashid said...

salam erinsza,
Memang jiwa remaja ni suka dan mudah memberontak. Ditegur sikit dah nak melenting. Remaja era global katakan. Rasa diri dah boleh berdikari. Tak payah lagi nak hormati ibu bapa.

ishhhh dushhhh masukkan dalam sampan, hanyutkan kat sungai tanpa pengayuh, baru diorang ni tau menghargai jasa ibu bapa..

Izzatul Azma said...

tah hape la di cari kt pemuda lombok kan?
menjadik2 ar anak dara lari g sana ikut boipren

Rashid said...

Sweethoney,
Mungkin kerana hati. Hati terlalu sukar untuk dimengertikan.

Bangla pun ramai yang jadi rebutan.. hehe



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search