Followers

07 November 2008

Perhatikanlah perkara baik di sekeliling kita

Anda ingin kelihatan lebih muda dari umur yang sebenarnya? Nah, satu kajian oleh pakar menggariskan beberapa aktiviti harian mudah yang boleh membendung kesan penuaan sekaligus mengekalkan muda. Berikut antara senarainya.

1. Membaiki basikal (baiki benda lain camana pula?)

2. Aktif secara berkumpulan

3. Melakukan kerja kebajikan

4. Perhatikan perkara baik di sekeliling

5. Belajar sesuatu yang baru

Saintis percaya dengan melakukan 5 aktiviti tersebut membantu menghalang penurunan kognitif berdasarkan idea memakan sekurang-kurangnya lima hidangan buah-buahan dan sayur segar untuk mengelak penyakit jantung dan barah.

Bila baca tentang kajian ini, aku agak tertarik dengan aktiviti nombor 4, perhatikan perkara baik di sekeliling. Selain kaitannya dengan awet muda, aku tertarik kerana cuba melihatnya dari perspektif yang lain.

Aku tertanya-tanya sendirian. Berapa ramaikah antara kita (termasuk diri ini..) yang memerhatikan perkara baik yang berlaku di sekeliling dan mensyukurinya. Atau sekurang-kurangnya cuba merenungi dan memerhatikan kebaikan yang telah dan sedang dilakukan. Perhatikan dan fikirkan dari sudut positifnya. Bagi aku, banyak yang berlaku di sekeliling kita yang boleh memberikan kita kekuatan emosi dan rohani sebenarnya. Cuma sama ada kita tersentuh atau tidak. Sama ada ia berkesan di hati atau hanya sekadar pandangan sepi.

Aku perhatikan sejak akhir-akhir ini terlalu banyak peristiwa yang dipaparkan oleh arus media adalah yang melukakan hati. Senjata, parah dan darah. Pelbagai kes menyerlahkan sikap kebiadaban manusia. Manusia yang mulai hilang rasa sentuhan hati dan budi. Bagi aku, bukannya tidak bagus untuk didedahkan hal sedemikian kepada umum. Sekurang-kurangnya hadir rasa simpati dan empati serta wujudnya kewaspadaan dan sikap berhati-hati.

Cuma aku melihat publisiti yang terlalu meluas tentang kedangkalan sikap dan perbuatan keji manusia seakan-akan menyuntik vitamin kepada situasi sebegitu. Bagi aku, agak merisaukan juga jika kejadian buruk dan realiti ngeri selalu dan terlalu dipaparkan oleh arus media. Sebaliknya perkara baik pula hanya sekadar menjadi nota ringkas dan sisipan kecil di bahagian nota kaki sahaja. Kurang malah mungkin tidak begitu dipedulikan.

6 comments:

Tirana said...

Cikgu Rashid, biasalah sikap manusia ni..lebih fokus kepada yang negatif dari yang positif. Bila memandang kepada yang tidak baik, mulalah sesak nafas dan sebagainya sebaliknya bila memandang kepada yang positif, ia dapat menenangkan fikiran. Tapi kadang-kadang, sesuatu yang negatif, boleh membawa kita kepada keinsafan. It depends on us, how we take it.

cheryna zamrinor said...

kite suke memerhatikan perkare tak baik saje...macam accident...sume org nak tgk!

gud point, mr rashid:D

Rashid said...

Salam tirana,
Benar, dunia kini dipenuhi dengan gejala negatif. Risau akan kesannya. Tapi bila kita perhatikan perkara yang baik-baik, terasa dada dan fikiran begitu lapang sekali. Senyumanpun terukir spontan. Kan baik macam tu.

Rashid said...

Cheryna,
Tepat sekali. Bila berlalu accident, penonton lebih ramai dari yang menolong. Ada lagi tu.. curi-curi ambik nombor kenderaan - untuk tikam no ekor. Sempoi punya orang.

Anonymous said...

Satu sebab kenapa sesetengah orang tak suka baca akhbar; nak mengelakkan minda diganggu perkara negatif :)

Rashid said...

salam rohaizan,
Pa khabar bro. lama tak bersapa.
hehe tang akhbar tu.. macam-macam ada.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search