Followers

31 January 2009

Di mana ada benci, biar kita membalasnya dengan sayang


Aku agak tertarik dengan tazkirah oleh Ustaz Mohd Zawawi Yusoh. Bicaranya berkenaan dengan perkongsian rahmat yang kita terima daripada Allah s.w.t. Menurut beliau, rahmat yang dikurniakan kepada kita sepatutnya dikongsi bersama.

Berikut antara persoalan yang aku kutip dari tazkirahnya untuk direnungi bersama.

1. Sudah banyak kita mendapat nikmat daripadaNya tetapi jarang sekali kita memberikan waktu untuk menghitungnya, jauh sekali membalasnya?

2. Setiap hari kita tak pernah lupa mengambil sarapan. Tetapi kenapa kita tak sempat menggunakan beberapa minit untuk bersama memikirkan sifat ar-Rahman dan ar-Rahim Allah sebagai ‘vitamin’ sebelum bekerja atau menunaikan tugas seharian?

3. Cuba tanya hati kita, apakah nikmat yang sudah kita dapat sepanjang hari semalam?

4. Sudahkah kita sayangi ibu bapa, keluarga, teman-teman dan rakan-rakan di persekitaran kita?

Berikut adalah antara ciri-ciri golongan pengasih yang akan dikasihi Allah yang Maha Pengasih. Mudah-mudahan kita memiliki ciri ini..

1. Di mana ada benci, biar kita membalasnya dengan sayang.
2. Di mana ada hati yang terluka, di situ kita yang menjadi penghiburnya.
3. Di mana ada keraguan, di situ kita yang meyakinkan.
4. Di mana ada putus asa, di situ kita menebarkan harapan.
5. Di mana ada kesedihan, di situ kitalah yang berkongsi bahagia.
6. Di mana ada kegelapan, di situlah kita yang membawa cahaya.

Selagi kita mahu membantu dan mengasihi orang lain... selagi itulah kita akan mendapat ‘geran’ dariNya.

17 comments:

Unknown said...

Salam sdr. Rashid.

Bukankah kita menghulur di balas dengan terima kasih. Begitu juga kita dengan Tuhan. Manusia tidak tahu bersyukur adalah manusia kurang ajar dan tidak mengenang budi.

Berbuat baik sesama manusia, nescaya Allah sayangi kita. Yang penting ialah kemaafan dan bertimbang rasa perlu kita amalkan untuk mendapat rahmat Allah.

Tirana said...

Di mana ada api dan kepanasan, kita simbah dengan air dan kedinginan..hehehe..

Terimakasih kerana berkongsi ilmu..

ILA said...

SANGAT TERTARIK TAJUK ENTRY BARU INI..LANTAS M'JEMPUT SAYA TERUS KE SINI....

terima kasih berkongsi.apa yg baik kita ambil.apa yg tak molek..haruslah kita buang...
bgaimana jika kita yg menginginkan perdamaian tersebut??sedangkan pihak yg sana tidak menerimanya??kesebersalahan sudah pasti di bawa smpai ke mati:(

sakurasa 2 said...

Cikgu terima kasih kerana sudi berkongsi ilmu bersama dari tazkirah tersebut.

Rashid said...

Salam mountdweller,
Ya uncle.. rasa terlalu indah jika dunia ini dipenuhi dengan rasa kasih sayang sesama kita.

Terlintas andainya kita saling bertimbangrasa,saling bermaafan dan melimpahkan kasih sayang antara satu sama lain nescaya kedamaian pasti menjadi milik kita bersama.

Rashid said...

Sis Tirana,
ya sis.. jika kita diberi 'racun' kita balasnya dengan memberikan 'bunga'. Tapi persoalannya, sanggupkan kita..

Rashid said...

Ila,
Takperlah.. jika di sana tak mau menyambut tangan kita. Kan 'tangan yang memberi lebih baik dari tangan yang menerima'.. 'tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah'.

Moga semuanya akan baik jua akhirnya..

Rashid said...

sakurasa,
ermm.. sama-sama sakurasa. Terasa gembira dapat berkongsi pandangan dengan teman-teman blogger semua.

Redynne™ said...

salam cekgu,

Doakan slalu supaya hati yg t'luka dn membenci b'temu sayang & kedamaian yg dicari..

Terima kasih.. :)

Anonymous said...

salam..
moga budi yang luhur kan terbalas jua..
moga tempias kedamaian yang tersebar kan dapat dihidu segenap ruang..
moga ketenangan milik ckgu kan menggembirakan hati semua insan..

Miss Jaz said...

salam mr.rashid..jue pon nak jadi seorang yg penting dalam hidup org lain...!!!sentiasa nak menggembirakan org2 disekeliling jue ler...he..he..nak jadi manusia yg sentiasa muhasabah diri....

Rashid said...

Redynne,
Saya sentiasa doakan agar kenangan luka lalu dapat diubati agar hati kembali tenang dan damai..

Tak mau ada rasa benci pada ikatan hubungan yang sudah dan mungkin akan terjalin..

Rashid said...

Salam bunga,

ermm sungguh indah sekali bait kata dari bunga. T.kasih..
Bunga, moga kita sama-sama memberikan dan limpahkan kedamaian pada sesama insan selagi kita mampu..

Rashid said...

Miss Jaz,
Jom jue.. saya sungguh terharu dan gembira kerana jue juga mau menggembirakan org2 disekeliling. Moga kegembiraan akan kembali dan menjadi milik jua..

Signorina Syima said...

cikgu, bab ini saya tak reti nak komen.. sbb sy masih berdarah mudah yang selalu amarah.. moga peningkatan usia sy menjadikan sy matang...

Rashid said...

syima,
ooo iyake.. takper. Mungkin situasi kerja syima buatkan syima sebegitu. InsyaAllah syima akan terasa betapa indahnya kehidupan ini seandainya kita semua memiliki ciri sebegitu..

Saya doakan untuk syima..

Anonymous said...

Doakan untuk saya sekali?



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search