Beberapa hari ini aku terasa badan sedikit letih. Mungkinkah kerana aku banyak melangkah dan berfikir…
Planner 2009 cukup terisi. Penuh dengan perancangan program dan pelbagai aktiviti.
Dan dalam seminggu dua ini nak beronline lamapun aku tidak berapa sempat. Bukan masalah line internet tapi gerak langkah dan gerak fikir yang perlu aku lakukan.
Namun dalam kesibukan, sempat juga aku curi-curi online walau seketika cuma. (ops!! bila sebut ‘curi-curi’ ni teringat lagu hindi pula.. lagu ‘chori-chori chupke chupke’. hahah!!! dasar peminat hindi - dusshh!! cikgu rashid).
Kepada teman-teman blogger - maaf kerana seminggu dua ini aku tidak sempat nak baca & beri komen seperti biasa. Harap-harap selepas ini semuanya kembali seperti biasa. Aku dan blog - tenang dan penuh damai (aku rindukan suasana ini…).
Kelmarin aku cuba timbang beratku. Rasa tidak percaya je. Beratku turun 5 kg. Padanlah seluarpun dah rasa sedikit longgar. Kena ketatkan sedikit - guna tali pinggang. Adehh.
Aku cuba webcam gambarku. Takut-takut dah berubah. Tapi aku tengok macam biasa je. (yake ni???)
Gambar terbaru – snap pada 25/4/2009 (sabtu) - di bilik kerjaku. (saja je nak bagitau kepada teman-teman - aku masih di tempat kerja walaupun jam dah 6.45 petang. Bukti tu.. hahah!!)
33 comments:
Cikgu Rashid
sakura suka sangat lagu tu
‘chori-chori chupke chupke’ he he he
Wah banyaknya turun berat badan cikgu,
sakura pun kena turunkan lagi berat badan ni tapi tak turun2...
Salam dari sakura
salam hujung minggu cgu...
semuga dipermudahkanNya kita dalam segala urusan....
sgt rajin :D
Uishh...6.45 masih di tempat keje? Kalah Perdana Menteri ni Cikgu Rashid...hehehhe
salam cikgu rashid...
kesiannya teramat teruk bekerja dan berfikir hingga berat turun bnyk...tapi kalau kawan2 kak ida kat opis tu melompat2 diaorg suka bila timbang berat turun bnyak..apa2pun cikgu kena jaga kesihatan ye..tak mengapa tak dapat melawat ke rumah teman2 di sini..bila dah ok ziarah lah kemabli..
rasanya tiada perubahan pada wajah cikgu tu..makin hensem ada kak ida tguk hehehe
moga terus tenang dan damai..
Salam...
hmmmm... 'patut' le...
Yang slim tu cuma pinggang kot..pipi maintain bolatt gak...
hehehheheh...jangan marah haaa...
a ah laaa....dah susut....
tang misai tu yang nampak kurus...keh keh keh....
cengkung gak skit kot..takpe laa...setelkan mane yg ptt..hehe..
mcm dh naik pgkat je..sbb tu bz semacam..btul tak..waaaa nk kene belanja saya nih..
tenang dan damai kerana berblogging. :-)
Hmm..objek TUap Punya diri tak ku kesahkan..tapi lebih fokus kpd 'langsir' tu..wahhh..di bilik kerja punya langsir yg sgat cantik.Sapa buatkan??? heheheh:p
Pssttt..jgn risau pasal berat badan yg hilang..yg pnting SIHAT!!:D
Salam cgu...nmpk cam kurus skit dan kurang bermaya...kena rehatkan diri dan minda...tunggu hr ujan lps tu lari2 keliling pokok kelapa....hahaha!
Sakura,
ermm memang best lagu tu. cool je..
bila tengok / dengar clip lagu tu rasa tenang & damai je.. rasa duk berendam dalam air jeram yang sejuk..
Jinggo,
Terima kasih sahabatku jinggo. Moga-moga..
cik manis
Bukanle rajin sangat cik manis oii.. tapi apakan daya kehendak & amanah kerja. kernanya hati & diri akur.
Cik manis, bila tengok gambar terbalik cik manis tu tergelak saya... hahah!!
Afida Anuar,
Mana ada kalah PM? PM lagi teruk. Jam 8.00 pagi di PUtrajaya. Jam 12.00 thari kat London.. jam 8.00 mlm kat hotel Tokyo.. 8.00 pagi keesokannya kat Kelantan. Hehe!!!
Idaria
Melompat-lompat kerna dapat kuruskan badan? adehh..
Betul juga tu. Rasanya makin selesa bila berat badan turun sikitkan. Tapi yang pentingnya kita sihat..
Kak ida, terima kasih atas nasihat tu.
Bunga..
Terima kasih. Ari tu rasa makin tenang dan damai walaupun sekejap cuma.. masa masih ada..
terima kasih akan 'setianya mata'..
Redynne
ermm.. winduuuu nak borak-borak seperti selalu..
Alia
hehe.. iyake lia. Takper yang penting hati suka ceria.
Alia, kan pinggang tu penting? hahah!!!..
dcrysz,
dushh!!! dcrysz (dengan lembutnya..)
adake tang misai pula yang menjadi gambaran kekurusan? kekeke.. mana idea dapatni?
Mommy otai,
ishh kalau bab belanja farah tak payah saya tunggu naik pangkat.. sekarangpun boleh.. jom-j0m.
Cepat berkemas & bermake-up!! kira sampai 10.
1..2..3..
lemonade
A'ahh.. rasa tenang..damai bila berblog. Bila bersama teman-teman blog..
Ila.
ermm tajamnya mata. Abis ruang lingkup bilik kerja difokusnya. almaklum bos akaun.. kan kena detail dan hati-hati dari segala segi.
Ila, entahlah sapa sang pencipta langsir tu. Saya masuk je dah ada..
Setuju ngan ila..yang penting sihat. hati tenang..
wlaupn kesibukan yg tramat sgt...ksihatan pn prlu djga...
cikgu,
kesibukan harian mmg x penah surut..
huhu...bdn mmg terasa sgt penat...
yehuuu....ckgu salu power wt n3 org komen byk2 gile..chaiyokkk..
Princess suryana,
Puteri..terima kasih.
Ada Ayrissa
itulah ada.. rasa nak cari masa nak pergi pantai yang tenang.. pejam mata sambil dengar alunan ombak.. atau pergi hutan.. dengar kicauan suara burung..
mommy otai
ermm.. adik abg ni. Mandai-mandai je.. dushh!!!
r.i.n.d.u nye tgk gambo cikgu tuh.
dh lama tak tempek gambo cikgu.
hehhee!~
pheeewittt!
cikgu diet ekk??
=P
wawa nadwa
wawa..saya ni hanya tempek sekali sekala je..tak boleh lawan 'model sana' tu.. hehe.
eee rindu ada makna tuu..
wawa, saya tak diet cuma kawal pemakanan yang entah apa-apa je.. maklumlah duk selalu sembang dgn kawan-kawan..pakcik.. yang semuanya ada sakit.. insaf le. !!!
Post a Comment