Followers

30 June 2009

Aku dan Piano ...

Piano... tiba-tiba aku teringat je masa sekolah rendah dulu. Aku suka sangat pada piano. Suka pada gerak romantisnya jari jemari menyentuh butang piano. Pada kemerduan bunyinya. Pernah minta ayah belikan masa budak-budak dulu (piano mainan le..). Wah! betapa suka betul aku bila dapat sebuah piano masa tu. Apa lagi bergeraklah jari jemariku menyentuh butang piano… dan aku leka dengan kemerduan bunyi piano. Bunyi hasil sentuhan dari gerak perlahan jari jemariku. (bunyi tu sebenarnya keluar dari mulut aku juga. hehe).


Kini sejak 3 minggu yang lalu aku leka semula. Asyik duk dengar muzik dari piano je. Asyik melihat keindahan gerak jari jemari. Juga mendengar kemerduan muziknya…


Bila mendengarnya, aku terasa tenang… dan damai.


p/s - tuu kat sebelah kiri tu.. tengok le kelembutan gerak jari jemari dan kemerduan muziknya. kan kan ..

38 comments:

dayana said...

haha3...adakah aku mengomen di sini?..hak2 sila komen yer semua ...AKU?..NO KOMEN!

Rashid said...

Dayana

eee yna. dah pukul 1.36 pagi tu. Belum tidur lagi ek.. naper ni.Teringat kat sapa ni?

yna, mengomen? apa tu. Ada je ek. No komen.. Tapi kira komen le tu.

dayana said...

Rashid

'eee cr.. dah pukul 1.47 pagi tu. Belum tidur lagi ek.. naper ni.Teringat kat sapa ni?'

incik cr pun sama jer la mjwb komen di pagi buta itu..maceh!

Rashid said...

Dayana

ermmm.. saya ni saja je. Duk dengar muzik piano ni. Sikit lagi nak tidurlah ni. Esok kerjakan. Yna pun..

Yna cukup le tu. Esok boleh ingat lagi k. hehe.

Luth Textile said...

bang, suka piano lagi dari gitar

MizShuai said...

hehee..
entry kite yang lame pun ade kisah piano..

piano biru mama belikan mase kecik2..
=(
oh sudah rindu..

Naura said...

pagi cikgu..naura pun suka dgr music piano ni..romantik jer

Unknown said...

saya layan richard clayderman + piano nya..........

eiza in the house.. said...

selamat pagi cikgu..
wah di awal pagi mendengar gemersiknya jari jemari tulus bermain piano..
mesti membuaikan mindakan :)

Marzalina said...

Irama dan lagu tak boleh dipisahkan..
bunyi piano memang selalu mendamaikan...tambahan pulak kalau lagu tu sentimental dan romantis..intan suka sangat dengar lagu korean dengan iringan bunyi piano..lagu my memory..best gilerrrlah!

Rashid said...

Luth Textile
Iya luth. Bagi abang, bunyi piano lebih indah dan mendamaikan.. tak taulah orang lainkan. Mungkin penjiwa rock lebih sukakan muzik dari gitar.

Rashid said...

Lady B
Iyake lady B?.. sama kita ek.. merindui bunyian piano. Terimbau masa lalu..
ohya masih adake piano tu? Kalau ada tentu menarik ..

Rashid said...

Naurah Makwa
Tengahari naura.. ermm memang. Memang sungguh romantis.. Kecamuk kerja dalam kepala rasa ringan je bila dengar muzik piano ni. Rasa tenang..

Rashid said...

Jinggo
ooo Richard clayderman. Sayapun ada juga simpan koleksinya... Motivasi juga hadir bila mendengarnya..

Rashid said...

Eiza in the house
Pagi eiza. hmm hmm betultu eiza. Rasa semangat je bangun pagi bila dengar bunyi piano dan lagu tu..

Rashid said...

Marzalina,
Yup! intan.. memang best gileerrr lagu tu . Masa saya duk kat sabah dulukan, lagu tu sentiasa dimainkan di pasaraya… mana-mana je..

Bila dengar je lagu tu, rasa diri bagaikan berada di Korea bersama pelakon pompuan mata sepet tu.. hehe

Muallim Adham said...

slm.. sama la kawe pon teringin nk belajar piano.. tp x mampu masa kecik2 dulu.. so alternatifnya, beli classical guitar dan belajar sehingga dpt baca not-not seperti piano... note utk classical gitar sama dgn not piano.. so apa2 je note yg ada pada piano boleh dimainkan oleh classical gitar

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

cikgu mesti terror main piano..
emm setakat ni tak berkesempatan lagi menekan jalur2 atas piano tu..
tapi nur teringin nak main drum..
emmm...

Rashid said...

Cikgu adham

wah hebat le adham boleh main classical guitar .. tentu terangkat bila dengar adham main tu.. ilangkan keboringan..

tapi rasanya gitar tak leh lawan piano le. hehe

Rashid said...

Nur
Kalau saya main.. rasanya ramai le yang tak berganjak. terleka kerna mata asyik melihat gerak jemari saya memetik piano tu.. mungkin terlena terus.. hehe

nur nak main drum.. ishh rock rupanya nur ni. adoii mak. larikss!!!!!1

kuIna said...

sy x reti main sebarng alat muzik tp tahu dengar muzik aja..

hehehe

Catwoman said...

Salam Cikgu Rashid....

Suka piano ekkk??

Sekali pun tak pernah memiliki piano, tapi sy suka seni muzik yg m`gunakan piano. Terlalu indah....
terlalu m`damaikan.

Sy tidak berseni utk b`main piano. Jari-jemari sy tidak berkebolehan bermain piano. Harus hancusss itu lagu....lalalalala.

:)

Redynne™ said...

salam cekgu...

bg sy.. gitar dan piano, kedua2nya indah..

ibarat suara manusia...ada yg gemersik..ada yg husky..namun tetap jua punya kemerduan yg tersendiri..:)

Idalara said...

salam cikgu rashid..
wah..terer main piano ke...dgr lagu hindi ni terawang2 perasaan...terbuai2..rasa nak lena je..hehehe..

Rashid said...

kuIna LadyInRed
hehe.. okeyle tu. Kalau semua pandai main takde le yang nak fokus..dengar muzik pulakan.

Rashid said...

Zyma Saad

Zyma betul tu.. muzik piano memang mendamaikan. Sungguh 'ayu'.
Tak dapat bayangkan kalau jari jemari zyma menyentuh butang piano tu.. entahle apa kuar bunyinya. haha!!

Rashid said...

Redynne

Reen, betul jugakan. Janji ada yang pandai memberi ertinya. Pandai menjiwainya..

Rashid said...

Idalara

kak ida.. psstt!!! ooo tau ke muzik tu lagu hindi ek.. Terbuai-buai okey kak .. janji dapat berikan kedamaian. Hilangkan keserabutan fikiran kat dalam kepala ..

dayana said...

ok...komen berakhir di sini yer..terlalu byk sgt komen membuatkan saya sgt jeles dgn blog ini he3..jgn mrh taw..assalamualaikum semua!

Rashid said...

dayana

eeee yna ni. Ada-ada je dia ni. hehe. Yna, saya sangat menghargai komen dari teman-teman blogger semua termasuk yna juga. Saya sangat sayangkan mereka tau..

Dulu saya pernah kata.. kalaulah saya dapat jumpa mereka semua. ermm tentu meriah.

Terfikir akan indahnya silaturrahim yang terjalin melalui alam maya.. tak mustahil akan menjadi realiti nanti..

Unknown said...

Salam Rashid.

Uncle suka dengar musik dan nyanyian tetapi jahil dan kaku dengan alat musik.

Dulu kononnya nak belajar main guitar dengan JJ dan Lock. Tapi dua bulan jari jemari masih keras jangan nak mainkan lagu! Kebetulan JJ dan Lock adalah kawan rapat uncle sedikit masa dulu.

Samalah dengan anak kedua uncle tu. Nak biola belikan biola beratus-ratus. Bila jemu tinggal, biola berhabuk dan berkulat, talinya berkarat.

Nurul Nadiah said...

nadia nak piano jugak

tapi cam mahal je nak beli

kene tunggu kayo sket la

Rashid said...

mountdweller

JJ dan Lock? wah hebat rupanya uncle dulu dulu ni.

uncle, 2 bulan berlatih main gitar, jari jemari masih keras ek. hehe.. biasale tu uncle. Tak semua orang ada bakat dan kemahiran bermain alat muzik ni. Sebahagian besar orang lebih hebat mendengar dari bermain ..

Rashid said...

Nadia Yuna

ermm mau piano juga ek. Saya tak boleh nak gambarkan nadia bermain piano ni. Jari jemari tu. Sentuh tak sentuh je. Tentu romantis habis.

Kalaule pelajar nadia dengar tentu ramai yang bagi hadiah.. iyale cikgu nadia bermain piano. Lengkap pula dengan satu lagu hindi. hehe

SRISUFI said...

salam cikgu...

apa khabar?

lamanya saya tak menjengah dunia ini..


=)

Rashid said...

srisufi

saya baik je srisufi. Dunia sini sentiasa tenang.. harap dunia srisufipun. Moga dunia kita sentiasa penuh dengan bunga-bungaan indah yang sentiasa mekar mengharum ke segenap penjuru..

Hidup ini semakin indah dengan adanya sapaan dari teman-teman..

dayana said...

cr..

yna pun prnah terfikir akan indahnya silaturrahim yang terjalin melalui alam maya..
tak mustahil akan menjadi realiti nanti..soon okeh!

Rashid said...

dayana

hmm hmm betul tu yna. Nilai silaturrahim akan menjadi indah dengan adanya keikhlasan dalam menjalinnya.

Segalanya mungkin..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search