Followers

04 July 2009

Berjumpa dengan mama seorang blogger

Kelmarin, balik kerja aku terus drive menuju ke Machang. Ada hal sikit kat sana. Setelah selesai urusan, terlintas pula nak singgah sekejap kat rumah salah seorang kawan blogger. Tapi masalahnya, aku tak pernah ke sana. Aku tak taupun mana lokasi rumahnya.


Satu saja panduan yang masih aku ingat semasa bersembang dengan blogger itu, iaitu ada satu tapak fun fair. Dari sana teruskan perjalanan. Perlu melalui 2 buah kampung. Ada rumah berwarna kuning.


Berdasarkan panduan ringkas yang diberinya itu, aku terus mencari rumah tersebut. Aku ingatkan senang saja nak mengenali rumahnya. Rupa-rupanya rumah berwarna kuning sepanjang jalan yang dimaksudkan itu terlalu banyak. Nak call blogger tu.. Aku tak tau pula nombor telefonnya. Adoiii..

Berdasarkan keyakinan dan gerak hati. Aku teruskan pencarian …


Hampir 15 minit aku drive, akhirnya aku temui jua. Bukan bertemu dengan blogger.. sebaliknya aku telah bertemu dengan mamanya (Blogger itu tak ada kat rumah). Seronok sekali berbual dengan mamanya. Sungguh mesra dan peramah. Malah tak keberatan apabila aku ingin mengambil gambar bersamanya.


p/s – Dalam perjalanan pulang, aku tersenyum sendirian. Biasanya blogger berjumpa sesama blogger. Aku pula berjumpa dengan mama blogger. hehe.

47 comments:

Tirana said...

Cikgu Rashid...

Berharap untuk terserempak dengan cikgu Rashid di mana-mana..hehehe..So far kak tirana tak pernah lagi terserempak dengan kawan-kawan blogger. Banyak duduk di rumah, macam mana nak terserempak ye tak.. Keluar pun hantar amik anak sekolah aje..

Catwoman said...

Cikgu Rashid.....

Mama blogger tu jelita lagi ke? Blogger tu pompuan ke lelaki? Kalau pompuan, Cikgu amik la.
Kalau lelaki, bagi kat sy. Hahahahaha....(gurau je laaa).

Sy dah lama tak turun Kelantan nihhh. Dulu kakak sy mengajar di Kota Bharu (lebih kurang 2 tahun), lepas tu ditransfer ke Tanah Merah (ngajar kat situ lebih kurang 3 tahun kot...). Masa dia stay di Kelantan, selalu jugak la sy turun sana. Abg ipar lak asyik bawa sy pegi makan BELUT.

Ntah bila pulak berkesempatan turun Kelantan lagi....

sakurasa 2 said...

cikgu rashid
kena pikat mama blogger dulu hehehe

p/s cikgu now sakura suka lagu KU PINJAM SATU BINTANG lagu yang sedang hangat hehehe

Muallim Adham said...

slm... waw mantap la demo cikgu... heh heh smpai berjumpa dgn mak dia... keh keh keh.. mujur di machang jah.. kalo kena jumpa blogger d perak ke... penat la weh kalo bnda gni terjadi

Nurul Nadiah said...

hehe.

kalau tapak fun fair da takde

cemana nak carik ye?

=p

Anonymous said...

kalau blogger tu bagus, mak dia tentu lebih bagus dari anak..

View Profile: Rantong™

dayana said...

komen!

MizShuai said...

kalau nak jumpe b senang je..
confirm takde mama b..
haahahahaa

Idalara said...

salam cikgu Rashid..
rugilah tk dpt berjumpa dgn blogger tersebut..agak2nya blogger tu pmpuan ke laki2?..mng best kalau dpt jpe blogger ni..kak ida adalah org dua yg penah jpe..

Rashid said...

Tirana

ermm cuba pejam mata jap. Adalah saya tuu. hehe.
Memanglah tak akan jumpa kak kalau duk kat rumah je. Jom la sekali sekala pergi rumah kawan-kawan blogger ni. Kak tirana kan ramai peminat.

Kalau takpun jumpa kat mana-mana..borak-borak.. makan-makan.. (takde keje lain.. makan jee tau. hehe)

Rashid said...

Zyma Saad
uisss zyma ni.. blogger tu pompuan le zyma. Salah sorang kawan baik saya kat alam maya ni.
ooo pernah ke KB & Tanah Merah rupanya ek. Dekat je tu dengan tempat saya.
Belut? ampunnnnnnnnnnn eeeeeeeee geli le. uweeekkkkkkkkkkk.

Rashid said...

Zyma Saad
uisss zyma ni.. blogger tu pompuan le zyma. Salah sorang kawan baik saya kat alam maya ni.
ooo pernah ke KB & Tanah Merah rupanya ek. Dekat je tu dengan tempat saya.
Belut? ampunnnnnnnnnnn eeeeeeeee geli le. uweeekkkkkkkkkkk.

Rashid said...

Sakurasa
hehe.. adake sakura ni. Mama blogger tu saya anggap macam emak saya juga le. ishh dushh dushh!!
Ku pinjam satu bintang? comel je tajuk lagu tu. Nanti saya cari.. mau dengar juga.

Rashid said...

Cikgu Adham
Itulah saya. Kalau hati dah mau jumpa .. pasti akan berusaha untuk berjumpa juga. Tak akan ada yang dapat jadi penghalangnya. Cuma kalau dekat tu senanglah sikit kan. Kalau jauh.. ermm mungkin masa dan ruang akan menentukannya. Tapi hati ini rasa nak jumpa je teman-teman blogger tu semua..

Rashid said...

Nadia Yuna
Nadia.. kalau tapak fun fair dah tak de maknanya akan fenin fenin le saya mencarinya. Sebab rumah warna kuning tu aduhai banyaknya kat sana..

Kalau tapak tu dah ilang, masih ada caranya. Tanyalah suara hati kerna ia pasti akan berbisik..

Rashid said...

dayana
ermm.. komen? psstttt!!!

Rashid said...

Lady B
b, mama b tu saya rasa akan senyum je bila jumpa saya. Saya juga pasti mama b tu tak akan berhenti borak ngan saya. Akan ada je dia nak bercerita ngan saya...

Rashid said...

Idalara
Salam kak ida. ermm blogger tu pompuan. Itulah tentu seronok kan .. tapi tak taulah kalau blogger tu jumpa saya nanti. Mungkinkah dia akan tertunduk malu.. atau akan berbicara tanpa henti.

Yang pastinya saya akan buatkan dia gembira bersama saya..

Rashid said...

Rantong

Iyake rantong? Saya rasa dua-dua mereka tu bagus. kerna mana tak tumpah kuahkan kalau tak ke nasi. Lainlah kalau dia tumpahkan kat mana-mana.. heehe

Catwoman said...

Cikgu Rashid....

Belut....belut....belut.
Sedap tauuuu. Betullll....sedap sangat!!!

Belut Goreng Bercili Kering, Sup Belut Berherba Pedas....makan dengan nasi putih yg masih panas. Sedap hingga m`jilat ibu jari kaki.

Haihhhh,geli amendenya,Cikgu.
Jangan geli2. Nanti sy pegi Kelantan, sy cari Cikgu Rashid. Cikgu mesti bawa sy pegi makan belut. WAJIB!!!!

Le Tour De Makan Belut Di Kelantan!!! Ngeh 3x....

:)

Catwoman said...

Sukenyer sy nakut2kan Cikgu dgn Belut.
Huahuahua...

dayana said...

cr...

yna rasa cam kenal jer tempat tu...mcm pernah ku lihat tp dimana ya??

Rashid said...

Zyma Saad
Zyma saya bukanle takut pada belut tu. cuma rasanya.. kalau nak makan belut tu fikir banyak kali le. Tambahan lagi kalau sup belut. adoii..

Kalau zyma suruh saya bawa pergi kedai makan belut, okey je. Takde masalah.. tapi rasanya zyma je le makan belut tu. saya ilang.. hehe

Rashid said...

dayana

ermmm mana ek?. tiba-tiba lupa pula saya.. rasanya macam .. macam .. a'ahh rasanya dekat je tu dengan kampung yna kan..

Kampung yna pun dekat machang jugakan? Jalan fun fair jugakan.. iyake ni yna..

dayana said...

cr..

kg sy dkt2 situ gak tp jln belah lain bkn jln fun fair tuh..

mommy otai said...

rmh dyana ke..heheee

Marzalina said...

wah...nak jumpa blogger tapi terjumpa mama blogger...hehe..lawak lah cikgu ni...blogger yg ramai peminat cikgu la..saya rasa ramai yg berminat nak jumpa cikgu ni hehehe

Rashid said...

Dayana

iyake yna. lain kali kalau saya lalu area tu rasanya nak singgah rumah yna pula. bolehkan? kalau jumpa ngan mama bloggerpun takper. Saya suka sembang ngan mama..

tiba-tiba tersenyum saya ..

Rashid said...

mommy otai

ishh adake dik farah ni. Macam tau je..

Rashid said...

Marzalina

ermm sudah suratan.. sekadar jumpa ngan mama blogger. Tapikan intan, seronok tau sembang ngan mama ni. Iyalah orang lama..

Bila saya perhati dan tengok air mukanya, terserlah akan kemesraan.. juga kerinduan pada anaknya. (harap blogger tu mengerti akan rinduya hati seorang mama pada dirinya.. rindu itu tak terucap.. )

Saya juga masih ingat kata-kata mama blogger itu sebelum saya minta izin nak balik;

"ermm lain kali singgahlah sini lagi.."

kan mesra mama blogger tu..

dayana said...

farah...ala ko ni buat2 x tahu jer lah..umah aku belah lain la..nt la nk jmput cr dtg umah aku plak...ko pun dh lama x dtg umah aku kan...k jmput semua yer..

dayana said...

hmmm cr...

pandai gak cr baca riak muka org ekh? nt bleh la jd nujum pak belalang kan..

rindu seorang ibu mmg x terucap kan..kadang2 bila kita bjauhan ngan ibu tanpa kita sedar kita mengabaikan ibu kita...wlaupun ada berhubung tp tdk sama apabila bjumpa secara dekat..

cr..mak sy pun mesra juga. selalu senyum ..manis taw!

Luth Textile said...

salam bang..
tu nak pegi merisik ke? hihihi

Afida Anuar said...

Salam cikgu rashid..semangat cari umah dia yer...alhamdulillah jumpa jugak akhirnya...

PS:bukan senang nak jumpa sesame blogger 'live' ni. Setiap hari jumpa di alam maya jek......huhuhu...

harap suatu hari nanti pun dapat berjumpa dgn cikgu rashid dan teman seblogger lain 'live'..hehehe..

Rashid said...

dayana

yna cepat!! kawan datang.. nak makan..

ishh kalau jemput farah, alamak abisle.. tak dpt nak suap le. kan farah tu suka perati orang.. tak kelip kelip..hehe

Memang seorang ibu tak akan suka menyusahkan anaknya .. tak suka telefon takut menganggu anak walaupun hakikatnya ia terlalu amat merindui anaknya.. so, kita sbg anakle yang sepatutnya kena selalu 'sedar' akan keadaan ini..

yna, sy dapat bayangkan emak yna tu.. tentu peramah.. baik hati.. mesra tetamu. rasa tak sabar nak g jalan jalan umah yna pula ni.

Rashid said...

Luth Textile

ishh ada je luth ni. Mana ada luth. Saja je abg nak jalan-jalan umah kawan blogger.. menjalin silaturrahim sesama blogger. Bertanyakan khabar.. Kebetulan dah saya dah sampai sana & mana tau dpt berjumpa..

Rashid said...

Afida Anuar

alaa afida, nak seribu daya. Kalau betul betul nak jumpa pasti boleh jumpa. Bukannya luaspun malaysia ni. hehe.

a'ahh bukan senang nak berjumpa blogger sesama blogger. Masing-masing sibuk kan..

afida, ermm harap-harap suatu hari nanti.. ketemu jua kita..

Wawa_Nadwa said...

tak dpt jumpe blogger, dpt jumpe mama dia pun jadik la. hiks!
=P

Rashid said...

wawa nadwa

hehe.. tule wawa. nak jumpa blogger spt wawa tak tau le bila agaknya..

jauh..

dayana said...

cr...

hmmm..nk jumpa mama cr la plak ...

Rashid said...

dayana

iyake yna..adoii larikssssss!!!!!!! (lama tak lari pecut ni..)

PanduanHarian said...

memang seronok kalau dapat jumpa kawan2 baru. selalunya banyak info baru dapat dikongsi.

sebab itu saya sukakan internet! =D

Rashid said...

Panduanharian

ermm memang seronok dapat kawan baru. dan.. sebenarnya bukan mudah nak berkawan dan orang sudi berkawan..

Anak Tok Wan said...

mana gmbr mamanya?..
nape sy rs cg rashid ni menuju ke rmh saya jer...info2 yg dbg mcm sama jer tu...

Rashid said...

Anak Tok Wan

Yni.. gambar mama tu ada kat saya & ada juga pd yna. Yna tak bagitau ke.. eee dushh dushh yna tu..

iyake sy menuju ke rumah yni.. hehe. Kebetulan kot. Arah jln yang sama..

Anak Tok Wan said...

oh...btol tekaan sy ek..my mum baik mcm anak2 dia kan..kan..kan...

mlm td dh tel yna..hi..hi..btol le tu..pandai btol cr cr rmh ek...nujum pak belalang btol..

Rashid said...

Anak Tok Wan

a'ahh sungguh baik sekali. Sangat peramah orangnya. Rasanya nak jumpa lagi. Tentang anak dia tu? ermmm tak tau le. hehe.


Yni, gerak hati kadang kala lebih baik utk kita ikut ..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search