Followers

09 July 2009

Jadikan stress pencetus idea


Rashid: "Hello fiza, naper ni.. tiba-tiba nampak lain je hari ni?"
Sahabat: "ermm.. fiza tensionle rashid"
Rashid: "hmm hmm.."


Anda sedang stress atau pernah mengalaminya? Stress dan kehidupan memang tidak dapat dipisahkan. Bagi aku, kadang-kala stress ada baiknya. Maksud aku, stress yang terkawal. Macamana stress yang terkawal ek?. Mandai-mandai je si rashid ni..


Aku terfikir, baik juga dengan adanya stress sekali sekala (jangan selalu, kalau hari-hari stress bolehjadi lain pula. hehe). Kita sebenarnya mampu untuk gunakan keadaan stress untuk menghidupkan diri kita. Dengan stress, kita mampu memanggil idea. Dengan stress kita mampu bergerak melangkah dengan gagah. Dengan stress, kita bisa berfikir dengan baik yang kadangkala tak terfikir oleh kita dalam keadaan biasa.


Bagi aku, dengan stress, idea itu boleh kita panggil sepantas kilat dan menggerakkan diri untuk kita melakukan sesuatu dalam jangkamasa yang kritikal. Aku selalu juga jadikan stress untuk berfikir dengan pantas. Bila stress datang je, aku akan cuba berfikir pantas dan bertindak cepat!. ishh iyake ni? iya.. betul.. tapi kena pandai le kawal dan gunakan keadaan stress. Jadikan stress sesuatu yang positif. Berfikir seeloknya. Bertindak sewajarnya.


Pssttt!!!! kalau tak dapat kawal stress, ermm ada ke cara mudah nak kawal stress?


Menurut pakar refleksologi - urutlah pada bahagian paha kiri. Ini kerana dikatakan antara penyebab stress ialah kerana jantung yang berfungsi mengepam darah ke seluruh anggota tubuh dan urat saraf terhalang kerana masalah otot yang tegang. Dengan mengurut paha kiri, dapat mengimbangi fungsi jantung agar lebih optimum. Di samping itu, jangan lupa urut juga pada tapak kaki kanan, yang merupakan titik utama tubuh.


hehe selamat mencuba.. .


p/s – Jangan lupa, air sembahyang, solat dan al-Quran sebaik-baiknya penawar ...

30 comments:

Catwoman said...

Cikgu Rashid....

Stress bisa jadi pencetus idea??
Wahh,ini sudah kira bagus ye.

Cikgu stress byk2...idea baik kasik la kat sy. Sy dah takde idea nak buat n3 dlm blog nihhh. Adehhhh....stress oh stress!!! Bikin kepala sy juga stress.

dayana said...

hmmm kadang2 stress..kadang2 tak...bila nk stress jer, stress tu tetiba jer ilang bila pk hal2 yg mggembirakan...

'Stress untuk menghidupkan diri'..iya yna setuju bebenor lah ngan statement cr itew..

pnah gak mengalaminya masa zaman universiti dulu..lbh2 lg bila nk antar assignment..bila dateline dh dkt n masa tu kita blum uat ape2 lg kt paper work..masa tu lah baru kita rsa stress sgt...dan dgn stress tu jugak akan buatkan kita automatik menyiapkan keja yg sesaja kita wat delay tuh...bckap drpd pngalaman!

Tirana said...

Kak Tirana selalu kawal stress dengan senyuman aje..Kalau tak hilang jugak..menangis dalam bilik air puas-puas kemudian ambil wudhu' dan bersolat.

Signorina Syima said...

kalau peha gemok camana nak urut...?? hahahah kena cari mesin pengurut kaki nih..

sy selalu tension la cikgu..... letih asyik tension ni... sbb asyik nak ngunyah je...

Marzalina said...

Stess ni kadang kadang boleh membahayakan tau cikgu..sebab tu kena kawal..ada orang yg stress sampai jadi gila, tu yg sanggup buat perkara2 yg tak elok..

intan kalau stress selalunya tidur..lupakan apa yg menggangu..kalau tak hilang jugak..ambil wudhu dan solat, berdoa dan baca Quran..itu memang sebaik2 penawar.

biru said...

salam....

hmmmmmmm mayb biru pernah stress!!!

banyak faktor penyebab.
tapi alhamdulillah, bila kita fikirkan bahawa semua tuh dugaan, ujian, balasan dari Tuhan buat kita, kita akan kembali berfikir dan bangkit semula.

=)

hanya dgn menggingat tuhan dan memohon padanya, hatia kan menjadi tenang =)

fazadilla said...

iskk..kalau stress pastu pi shopping habiskan duit apa ubatnya..adehhh!!!

SRISUFI said...

Salam cikgu,

TERIMA KASIH entry ini.


saya suka

Anonymous said...

Salam cikgu Rashid!!
ehem2!!! dah lama tak mghendap ke sini..
hmmm...bcakap pasai stress yeakkk...
SEBAGAI PNCETUS IDEA???
tak faham ler...slalunya bukan ke kalau kita dlm keadaan sebegitu..pemikiran tentunya sukar nak fikir tindakan yg positif.apabila selepas 3-4 jam kmudian barulah kita dpt bermuhasabah diri.err..itu cara ila lerrr..hehe

ila

Nurul Nadiah said...

nadia kalau stress makan. stress makan

manalaa tak chubbyness

adoiii

Idalara said...

salam cikgu rashid,
kak ida mng sering stress,stress dgn keja,dgn perangai anak2 dan mcm2 masalah..tapi kak ida tk turutkan hati sgt..selalu muhasabah diri kenapa jd stress..mungkin kurang dekatkan diri pada Nya..so jln penyelesaiannya untuk hilangkan stress dekatkan diri padaNYa..

p/s bila masuk kat sini stress terus hilang dgr petikan piano lagu yg indah ni..

Wawa_Nadwa said...

klu stress ckittt je mula la migrain dtg.
nnti klu stress lagi wawa cube buat urutan yg cikgu kasi ni ekk.
hehhehe!
=P

Rashid said...

zyma Saad
adoii zyma, mana stress tu bisa diatur dong.. ia hadir tanpa dipinta.
ooo takde idea nak entri ek. Senang je cuba tengok sekeliling zyma. Tengok le burung terbang ke.. warna rama-rama yang indah.. bunga orkid yang cantik .. hehe.

Rashid said...

dayana
Yup!! itulah maksud saya yna.. tentu pengalaman masa siapkan assignment tu dapat menjelaskan segala-galanya tentang pentingnya kita jadikan stress pencetus idea.. tapikan tak semua orang dapat gunakannya..

yna.. sila gunakannya bila bersama pelajar kat sana..

tuuu petua tu jangan tak cuba k..

Rashid said...

Tirana
a’ahh kak. Senyuman itu penawar.. bisa menjadikan dunia ini turut sama senyum. Dan alangkah damainya dunia ini jika dipenuhi dengan senyuman. Takde lagi tangisan luka dan duka..

Rashid said...

Signorina Syima
Syima, alaa urut tak semestinya guna tangan. Selain alat tu.., boleh aje guna siku ke kaki ke.. tapikan tension cara syima bagus tu.. tension je terus ngappn.. habis le lari diet tu..

Rashid said...

Marzalina
Intan, tu le. Kena pandai kawal stress tu. Kalau tak lain pula jadinya.. boleh berubah jadi HULK.

Tidur penghilang stress? hehe.. mungkin betul juga.
Intan, saya pernah baca, mandi juga bisa ilangkan stress.. mandi hujan..

Rashid said...

biru,
salam..

Iya biru. Segalanya ada hikmah.. segala yang telah, sedang dan akan berlaku ada hikmahnya. Moga kita semua sentiasa kuat dan tenang untuk menghadapi segala kemungkinan..

Rashid said...

fazadilla
haha!!! dah agak..
fazadilla, orang pompuan ni sama je kan. Satu cara untuk hilangkan stress – ngan bershopping. Kalau dah dapat beli dan penuhi hajat di hati & mata tu.. datangle sebanyak manapun stress pasti akan hilang! huhuuhuuu..

Kaum adam tak suka shopping.. hehe. Iyake?..

Rashid said...

Srisufi

Srisufi.. saya dapat rasakan..
Moga srisufi tabah dan itu keyakinan saya akan srisufi..

Rashid said...

Ila
a'ahh biasanya kita macam tu le ila. Bila kita stress..akan sedih..kecewa..tak dapat nak fikir.. menangis..

Bagi saya ada baiknya kita bila stress kita jadikannya sesuatu yang baik.. kerana segala sesuatu itukan ada hikmahnya..

Rashid said...

Nadia Yuna

ishh nadia ni. Ingat makan je anak kesayangan mama ni. tapi takper nadia, saya pernah dengar ada juga orang suka tengok orang tu chubby.. hehe..

miaw..miaw..

Rashid said...

Idalara
ermm kak ida.. betul tu kak. Dekatkan diri padaNya akan bisa beroleh ketenangan setenang-tenangnya.. kerana di situlah segala ketenangan..

Moga kak ida tabah.. tenang..

Rashid said...

Wawa Nadwa
hmm hmm tak sangka ya. wawa ni ada migrain juga ek. kalau tengok senyuman kat blog wawa tu rasanya takde le nampak ada migrain..

wawa, bila urut tu hati-hati k.. pelan-pelan..

Senyum itu juga ubat migrain..

Catwoman said...

Cikgu Rashid....

Bila tgk sekeliling....bukannya nak dpt idea utk buat n3.Tapi nampak bantal,terus tak buat n3.

Burung ntah ke mana,rama2 ntah ke mana...bunga orkid pun ntah ke mana. Yg tinggal cuma bantal busuk sy dan mimpi2 indah.Yg ni kompom tak buat n3 dah,sy terus "belayar" ke Korea dlm mimpi. Hihihihi...

Rashid said...

Zyma Saad
ishh adake cam tu zyma asyik nampak bantal je. ooo ni tentu suka tahap gaban ni kat bantal musyuk tu ..
tapi bagus jugakan kerna bantal musyuk tu selalu berikan mimpi indah..

Pernah mimpi terbang..

Catwoman said...

Cikgu Rashid....

Kekadang nih bantal busuk tu la yg kasi ilham. Stress pun boleh lari tau....takut kat bantal busuk. Hidu beberapa kali, amik bau la kononnya....lepas tu ilham datang berlambak2. Tak menang nak tepis......

Betapa kuatnya aura bantal busuk ye....

Lepas ni Cikgu buat la n3 ttg bantal bususk ye....ingat bantal busuk,ingat la kat sy ye!!! Hihihihi... :)

Rashid said...

Zyma saad
adoiii ni kalau tak berbantal busyukk ni tentu haru biru..resah gelisah.. ilham tak datang. haha!!! ada-ada je zyma ni.

entri bantal busyukkk? ishh.. dushh!! dushh!!

Rohaizan said...

hm.. kalau dah bertimbun buku nak kena baca, mana tak stressss.. he he..

Rashid said...

Rohaizan

hhehe.. buku bertimbun tu gaya je. Baca hanya satu je..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search