Syukur padaNya.. tak sangka facebook telah temukan aku dengan seorang sahabat yang paling rapat dengan aku semasa belajar kat UKM dulu. Lama sungguh kami terputus hubungan. Aku cuba menghubunginya selama ini tapi gagal ..
Apa khabar???.....tergamam aku bila jumpa ko dlm facebook nie, hidungmu masih ku ingati...hihihik...nie hafiz la bro.....pls respond okay.
Salam hafiz. adoii.. tak sangka boleh jumpa kau di sini. Maaf, aku lama tak buka facebook ini. Dulu cuba-cuba je daftar.. kemudian aku tinggal.. cuba buka balik dah lupa pula password. Tadi ada kawan minta aku buka facebook.. cuba-cuba cari cari facebook yang lama ni.. syukur jumpa juga p/word. Terkejut aku... kau rupanya!!!!
fizzzzzzzzzz.. Aku ingatkan hero hindustan mana tiba-tiba ada dalam f/book aku. haha!!! ceh!! tak sangka aku kau masih macho macam dulu.
fiz, 3 kegemaran kau aku masih ingat sampai sekarang!! tapi itu rahsia besar antara kita. biar pecah diperut jgn pecah di mulut!!
hahahahah,........aku ingat ko dah lupa kat aku, wa mau nangis gitu tau....hikhikhik.....ko pun hensem jugak yer....shid, guna la facebook selalu, senang nak communicate sentiasa, dlm list friend aku ada kawan2 lama di kamsis dulu...
btw, kenangan manis di UKM dgn ko masih ku ingati.....
ishh fiz, mana aku boleh lupa kau. Sebenarnya dah lama aku cuba nak contact kau tp tak dapat. Takde berita..
32 comments:
hikmah berfacebook...
Salam Rashid..
memang best bila dapat berjumpa dengan rakan lama.. terutama rakan time study dl.. yang paling rapat dengan kita.. kerinduan pasti terubat..
owhh.. ada FB rupanya.. 10 september.. emmm.. hee.. gurau ja..
best kan...bila jumpa kawan2 lama...sha pon rasa macam tuh masa dpt jupe kawan2 sekolah. lagi2 sekolah rendah!:)
ler...ada fb ke? awat x habaq?? meh2 add adek deh..
Begitu hebatnya kalau teknologi kan..Boleh jumpa sesiapa je walaupun dh lama berpisah..Tahniah kepada cikgu kerana dapat jumpa kawan baik semula di alam maya ini...
Salam Rashid
Kenangan lama yang indah bersama sahabat yang rapat pasti tidak akan lupa.
Syukurlah...
yes yes, fesbuk memang buleh menghubungkan kita ngan kengkawan yg dah lama tak berjumpa,
kalau rajin cari...
ngan nasib yg baik...
siapa pun mungkin kita buleh jumpa..
tp pocket tak jumpa jumpa jgak satu kawan nii.. nak wat camner yek? search nama dia kat google?
Bapak
Hikmah facebook & juga sudah ketentuanNya …
MaizaC’joe
Salam maiza. Yup, saya rasa macam tak percaya je boleh jumpa dia melalui facebook. Tak terlintas. Rupanya sahabat saya tu pun dah lama mencari saya. Dia tu jurutera sistem IT, so senang sikit. Dia dah biasa terokai alam maya ni .. akhinya kami berjumpa semula.
owhh FB baru je diaktifkan 3 hari yang lalu.. hehe.
Cheryna Pires
Ya sha. Rasa best sangat. Banyak citer yang nak dikenang dan dikongsi bersama semula. Nostalgia. Yang penting, keadaan sekarang. Walaupun masing-masing dah ada kehidupan dan dunia sendiri, ada gaya ada penampilan tapi perangai tu bila bersama masih macam dulu-dulu juga. Macam masih belajar kat UKM je rasa. Itu yang best!. hehe..
Dayana
Baru ada..
okey boleh saja dik. nanti abg bagi email FB k..
P. Wakuba
Teknologi ICT alam maya memang hebat. Tak terfikir dek kita akan sejauh mana akan kehebatannya.
Terima kasih wakuba.
Mountdweller
Salam uncle.. Itulah uncle. Rasa gembira sangat dapat jumpa dia.. sedihpun ada. Maklumlah selalu bersama masa belajar kat UKM tu. suka duka..
Pocket
Betul tu pocket. Jika ditakdirkan kita berjumpa dengan kawan kita melalui apa jua wadahpun pasti akan berjumpa jua. Sekurangnya FB dapat kita jadikan satu alat, satu saluran utk menjalin hubungan semula kawan-kawan yang terpisah.
Jika kawan tu ada daftar nama di alam maya ini senang le sikit kita cari tapi kalau ia tak pernah daftar alamak rasanya memang tak akan jumpa le jika kita cari baik melalui FB atau apa je.
slm..
ambo pon hadapi situasi yg sama... ramai sungguh sahabat masa sekolah dulu yg dh lost contact diketemukan semula heh heh heh..
mmg mantap deh..
Salam Rashid..
yea.. Facebook. Laman sosial .
Ada kebaikkan dan keburukkan .
Tapi saya suka berforum bersama mereka yang berani meluahkan idea yang bernas . Mengetahui perkembangan berita semasa .
rasa terbuka minda ini .
kann...cikgu..kannn....
Tak 'add' ila punnnn...
huhhhh!!tak mo kawan!!!
mmg tak di nafikan..FB ada membantu dlm pcarian sahabat lama @ rakan2 sepersekolahan/universiti sgala.sbelum ni ila penah cuba kat laman lain sperti 'netlog'..tak dpt...
rupanya rata2 penduduk kat dunia ni lebih suka gunakan 'buku muka' ni:D
cuma skrang tgah berwaspada...
jgn ler my bos terserempak dgn daku di FB...haruuuu~~~
salam cikgu rashid
wah..tajuk entri rashid buat kak ida teruja nk membacanya..ingatkan FB telah temukan rashid dgn si dia..yg dpt mengisi kekosongan hati..:))
seronok tk terkatakan andai bertemu di maya ini dgn sahabat lama.
p/s kak ida teringin sgt nk bertemu semula dgn lelaki yg mula2 menegur hati kak ida..di thn 80an dulu dia adalah mahasiswa UKM..nk aktif semula kt FB lah mana tahu
d[t jpe dia balik...:)
Cikgu Adham
salam juga ..
hmmm syukurlah kalau bertemu kembali. Kerana bukan senang untuk mencari kawan-kawan seperti yang pernah kita kenali sejak lama. Ada bezanya ..
Linda
Salam LM ..
Linda, saya nak ambik yang baik je. Tak nak yang buruk..
hmm hmm. Saya ni saja je Linda - sekadar ambik tau sikit tentang FB ni. Bukannya ada masa sangat kat sana. Ni blogpun tak terjaga.
Yup Linda, saya juga suka bersama mereka yang miliki fikiran terbuka, berani dan sedia berkongsi citer sebagainya secara jujur. Saling percaya-mempercayai ..
Ila
uisss cepatnya majuk ila ni. Ila saya baru je le buka FB tu. Nanti saya add ila k..
Waspada? hah!! itu tak lain le tu. Duk kutuk bos. Lepas kutuk baru sedar. Takut ..
Ila, sekali lagi terima kasih kerana berjaya buka hati saya utk buka & aktifkan FB tu semula.. (aktif? hehe.. biar betul kau shid.Macam le kau ni ada masa sangat..)
Idalara
salam kak ida. Kak ida nak tau..jujur bila saya tulis entri tu, terdetik hati.. tentu ada yang tafsir lain ni. Selain kak ida, tuu kawan saya maiza juga sama macam kak ida. haha!!
Ya kak ida, rasa nak senyum je sentiasa. Sebabnya, kawan tu tak berubah. Masih giler-giler seperti dulu juga. tuu belum jumpa kat luar lagi tu.
p/s – ermm.. rindu le tu. heehe. Moga kak ida bertemu semula ngan si dia..
Salam Cikgu Rashid....
I`m back again!!! Ngehhh....3x
Errkkkk,sahabat lama tetap diingati sampai akhirnya.
**Raya dah dekat nihhh. Cikgu ada plan nak hulur2kan Ringgit M`sia Raya tak?? Sy nak bagi nombor akaun nii.....valid sampai bila tempoh penyerahan Ringgit M`sia Raya yg Cikgu tetapkan??? Hihihihi.
:)
Cikgu Rashid.....
Sila dtg amik KAD RAYA kat blog sy tau.
Take care. :)
Zyma saad
uisss dah besar gitupun masih nak duit raya ek. Tak maluuu. dushh..
tAk nak bagi duit raya. sebab takut zyma beli mercun. Main mercun nanti bahaya pula. Bila bahaya sapa yang susah..saya juga.. kan kan..
Zyma..
ops lupa.. Saya dalam perjalanan ni. Maklumlah jalan kaki je ni..
Zyma terima kasih kad raya tu.
Tahniah...seronok kan jumpa member2 lama yg 'ada rahsia antara kita' ni...sy pun selalu gak rindu kat memori semasa zaman maktab...sentiasa segar....
Cikgu Rashid!!!nak upah duit raya bleyyyy???
ye ler..siap ila dah temukan dgn kawan tuuuu...
kena besauuuu..ganjarannya...
larikkkkkk
DUN Behrang 2020
Terima kasih DUN. Memang sangat suka. 'rahsia antara kita' itu rahsia yang sangat kelakar. Ia antara saya ngan member rapat tu je yang tau. Sakit perut je ketawa bila mengingatinya. Tak pernah hilang kenangan itu..
Ila
okeh je. Ila nak berapa ribu? bagitau je.. bagi no akaun tu sekali. Nanti saya masukkan. hehe..
pssttt!! dushh dushh (ngan penuh kelembutan..sebab raya dah dekat.)
itula antara sebab sy ber-fb dan ber-frenster, nk cr kawan lama :)
nadxoxo
a'ahh janji tujuan baik kan nad. maka hasilnya akan baik juga..
Post a Comment