Seorang gadis, pelajar Fakulti Perubatan, USM, Kubang Kerian Kelantan kini tension kerana asyik terima ugutan daripada seorang pengodam internet yang mahu menyebarkan gambar lucah menerusi teknik superimpose dirinya.
Dia menerima ugutan selepas mengesahkan permintaan lelaki untuk menjadi rakannya di Facebook ..
Menurutnya lagi, lelaki berkenaan telah mengambil gambarnya yang ada dalam album facebook serta menukar alamat laman carian Yahoo! miliknya hingga membolehkan dia mengakses dan menukar maklumat peribadinya sesuka hati …
ishh makin ramai manusia gila sekarang ini ..
Aku cuba renungi situasi ...
Facebook salah satu laman sosial yang hebat. Dikatakan penggunanya dah melebihi 600 juta orang pada penghujung tahun 2010 lalu.
Bagi aku, facebook sememangnya baik jika ruangnya digunakan secara baik. Ia laman penjalin silaturrahim jika digunakan sebaiknya. Sebaliknya jika disalahgunakan ia boleh menjadi satu ruangan maya yang boleh menjarakkan dan memutuskan hubungan. Ia boleh memporak perandakan segalanya. Jika ruangnya diambil peluang untuk melukai dan menganiayai seseorang maka segalanya akan menjadi semakin buruk. Parah dibuatnya.
Kes bakal doktor di atas adalah satu kes terkini yang seharusnya buatkan kita semua sedar. Sedar bahawa manusia tidak sama. Punya hati tapi hati itu ada yang hidup tapi ada juga hati yang telah mati. Ada yang sememangnya baik. Tak salah jika berkenalan dengan orang yang seperti ini. Masalahnya ada juga manusia yang punyai hati busuk. Jika kehendak dan nafsunya tidak dipuaskan maka orang seperti ini akan sanggup lakukan apa saja. Matlamat menghalalkan caranya. Tidak ada istilah takut akan hukum dan balasan akan lakunya.
Oleh itu, marilah kita semua renungi bersama. Tapisi rakan kenalan dan album kat facebook. Pastikan gambarnya yang dikongsi kat sana tidak terlalu peribadi. Jika peribadi, simpanlah elok-elok. Bagi passwordnya. Jika nak kongsi, berkongsilah dengan seseorang yang boleh dipercayai untuk melihatnya. Tidak usah berbangga punya ramai kenalan kat facebook jika kita tak pasti kenalan itu baik atau sebaliknya …
Moga kita semua selamat. Terhindar dari sebarang panahan fitnah …


