Seorang gadis, pelajar Fakulti Perubatan, USM, Kubang Kerian Kelantan kini tension kerana asyik terima ugutan daripada seorang pengodam internet yang mahu menyebarkan gambar lucah menerusi teknik superimpose dirinya.
Dia menerima ugutan selepas mengesahkan permintaan lelaki untuk menjadi rakannya di Facebook ..
Menurutnya lagi, lelaki berkenaan telah mengambil gambarnya yang ada dalam album facebook serta menukar alamat laman carian Yahoo! miliknya hingga membolehkan dia mengakses dan menukar maklumat peribadinya sesuka hati …
ishh makin ramai manusia gila sekarang ini ..
Aku cuba renungi situasi ...
Facebook salah satu laman sosial yang hebat. Dikatakan penggunanya dah melebihi 600 juta orang pada penghujung tahun 2010 lalu.
Bagi aku, facebook sememangnya baik jika ruangnya digunakan secara baik. Ia laman penjalin silaturrahim jika digunakan sebaiknya. Sebaliknya jika disalahgunakan ia boleh menjadi satu ruangan maya yang boleh menjarakkan dan memutuskan hubungan. Ia boleh memporak perandakan segalanya. Jika ruangnya diambil peluang untuk melukai dan menganiayai seseorang maka segalanya akan menjadi semakin buruk. Parah dibuatnya.
Kes bakal doktor di atas adalah satu kes terkini yang seharusnya buatkan kita semua sedar. Sedar bahawa manusia tidak sama. Punya hati tapi hati itu ada yang hidup tapi ada juga hati yang telah mati. Ada yang sememangnya baik. Tak salah jika berkenalan dengan orang yang seperti ini. Masalahnya ada juga manusia yang punyai hati busuk. Jika kehendak dan nafsunya tidak dipuaskan maka orang seperti ini akan sanggup lakukan apa saja. Matlamat menghalalkan caranya. Tidak ada istilah takut akan hukum dan balasan akan lakunya.
Oleh itu, marilah kita semua renungi bersama. Tapisi rakan kenalan dan album kat facebook. Pastikan gambarnya yang dikongsi kat sana tidak terlalu peribadi. Jika peribadi, simpanlah elok-elok. Bagi passwordnya. Jika nak kongsi, berkongsilah dengan seseorang yang boleh dipercayai untuk melihatnya. Tidak usah berbangga punya ramai kenalan kat facebook jika kita tak pasti kenalan itu baik atau sebaliknya …
Moga kita semua selamat. Terhindar dari sebarang panahan fitnah …
18 comments:
Salam Rashid,
saya setuju ciri2 keselamatan di Fb. Jgn layan org sebarangan ..bahaya
Harap awak sihat bersama keluarga tersayang ..:)
ish..teruknyer..
bakal doktor???
cam pelik. mcm mana seorg bakal doc boleh senang2 percaya org.
bukannya tak pandai.
hurmmm.kesian pun ada.
banyak bahaya fesbuk kan.
lagi byk disavd dari advantage.
masa gi kursus kawen,ustaz ckp da byk kes cerai berai sbb fesbuk.isssk.
yg psl ura-ura ckp FB nak tutup,tak tutup pun.ada je lagi.
Allah..macam-macam la sekarang ni..
Cikgu, facebook saya dah lama deactivate.. saje nak bitau. ok bye!..
heh
Linda
Iya Linda .. bahaya sangatkan. Moga kita semua selamat k ..
opss!! terima kasih akan doa ..
mysara
memang terukkan ..
mardhia yusof
Mar.. entahle mar. Ikut pembacaan saya.. dr pun sama seperti kita juga. hehe.. adakalanya lupa semua itu.
fesbuk .. fesbuk ..
Afida Anuar
fida .. sama kita ya. Sayapun dah lama tak bukanya ..
skarang ni ramai org jahat! muka jer nmpak baik, tp hati busukkkkkkkkkkk...huhu...moga kita dijauhkan dr org2 yg mcm ni...
isk2!!! mcm2 boleh jadi! bahaya2! jgn la asyik FB je, hhehehe~
Assalamualaikum,
Kalau tak salah, buat apa nak takut pada ugutan?
salam..
uish..macam-macam dunia sekarang..
mari lihat pulak zaman kegelapan UTM Skudai...
http://madammondoq.blogspot.com/2011/04/zaman-kegelapan-utm-skudai.html
Ada Dalina
yup! ada juga muka nampak baik tapi busuuuukkk sangat hati .
Tapikan Ada .. ada juga orang tu muka tak nampak baik.. hati lagi tak baik .. haha!!
eMMe
eMMe .. hati-hati di jalan raya ..
ahmad Humairi
Entahle ahmad .. rasanya semua orang akan takut jika itu akan berlaku .. risau mesti ada kan ..
madammondoq
apa tu zaman kegelapan? nanti saya jengah k ..
senang cerita accept kawan kawan yang kita DAH kenal sahaja...
Yang baru baru , ni terus REJECT
pB
hehe .. iya jugakan.
Biarkan hati berbicara ..
Post a Comment