Followers

08 April 2011

Ada hantu ‘tolak orang’ dari bangunan?


Kes ‘jatuh bangunan’ Ahmad Sarbini, Penolong Pengarah Kastam Selangor agak mengemparkan negara. Sana sini kedengaran suara membicarakannya. Suara seakan-akan hairan dan tertanya-tanya bagaimanakah boleh berlaku kejadian ‘jatuh bangunan’ itu? Makin tertanya-tanya kerana ia berlaku  di Pejabat SPRM. Pejabat yang sepatutnya penuh dengan ciri-ciri keselamatan untuk ‘tetamu’ yang datang. Datang dengan undangan atau  sebaliknya.


Masyarakat Malaysia sudah matang. Mereka suka berfikir. Mereka suka menimbulkan persoalan. Mereka suka membuat pelbagai andaian. Mereka inginkan jawapan kepada setiap persoalan dan andaian.  Mereka begitu ingin tau apakah sebenarnya ‘kisah benar’ di sebalik kejadian yang berlaku. Mereka sudah tidak dapat terima berita-berita penafian yang begitu saja. Berita tanpa soal-siasat yang terperinci.

Maaf, aku juga tertanya-tanya sebenarnya. Tertanya-tanya tentang suasana pejabat SPRM. Tertanya-tanya tentang ciri-ciri keselamatan bangunan, terutama bahagian beranda dan tingkap di pejabat SPRM. Tertanya-tanya tentang layanan akan kehadiran ‘tetamu’ di pejabat SPRM. Bagi aku, sepatutnya ‘tetamu’ yang datang perlu disapa, dilayan dan ditemani bukan membiarkannya bersendirian dan ‘keseorangan’ sehingga berlakunya kejadian ‘jatuh bangunan’ …

 Bangunan SPRM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Jalan Cochrane dari arah belakang

PM Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dipetik berkata:

“Dalam masa SPRM memanggil 10 pegawai penyiasat kes (kes rasuah dan penyelewengan Kastam yang bernilai 108 bilion) … sekelip mata saja kejadian itu berlaku (Ahmad Sarbani ditemui mati di atas gelanggang badminton di tingkat satu pejabat SPRM).”

Maaf, aku masih lagi tertanya-tanya dengan pelbagai persoalan ..

Dr Mohd Asri dalam bicaranya turut timbulkan persoalan yang sama ..

“Apakah kerana bangunan itu terlalu licin, atau tiada penghadang? Jika begitu bagaimana ia boleh diluluskan? Atau ada hantu ‘tolak orang’ dari bangunan spesis ‘pontianak sundal rasuah?’ Peliknya, entah berapa ribu bangunan lain puluhan tingkat dalam negara ini, tidak pula sering kita dengar orang tergelincir. Mengapa asyik tergelincir di bangunan SPRM saja? Tambahan lagi yang tergelincir itu ada pula kaitan dengan saksi kes-kes penyelewengan dan rasuah yang besar-besar …”

Apakah ada Mafia yang sedang beroperasi dalam negara kita?

Moga kes ini akan selesai dengan baiknya dan memberi keadilan kepada semua pihak.

p/s- Kita kena serahkan kepercayaan kepada polis untuk menyiasat kes ini …

10 comments:

pB said...

banyak benor masalah negara sekarang nie

Cikgu Nurin said...

Kita sudah terlalu tenat.....

Cikgu Fatin said...

Ada orang kata, tempat yang paling bahaya di Melesia ni: 1. Jalan raya 2. Lorong gelap 3. Bangunan SPRM...

Mardhia Yusof said...

isssk.
pasang grill la..
memang aesthetic,tp takde safety.;'(


oh,psl kes rasuah, sy baru tahu dua hari lepas.sedihnya,busy sgt smpai tak sempat nak bc suratkabar on9.
terkejut dpt tau rasuah berbillion. ada sorang tuh rm15b ek?isssh isssh.bukan Rm15k, 15b tuh.
mcm2 bleh guna utk development,masyarakat.

Ada Dalina said...

Hanya Tuhan yg tahu....!

Rashid said...

pB
a’ahh .. makin tenat ..

Rashid said...

cikgu nurin
tenat penat .. ngantuk .. hehe

Rashid said...

cikgu fatin
uiss iyake? mandaiii je …

Rashid said...

mardhia yusof
Mar .. itulah. bukan ratus .. bukan ribu .. mewah sakan kan . Sampai berteraburan duit kat umah .. Inilah yang dikatakan tidur berbantal dan berselimutkan wang ..

Rashid said...

Ada dalina
hmm hmm .. betul tu ada. Hanya Dia yang lebih tau.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search