Suara itu masih jelas kedengaran di telingaku. Begitu juga visualnya.
CS : Hmm hmm. Hari itu sebenarnya bukan salah kasut tapi salah saya. Saya berlari… tak dapat berhenti. Sebab itu kasut itu koyak.
Laily : Awak lari daripada sesuatu atau awak lari kepada sesuatu?
CS :Saya berlari sebab saya nak bernafas. Saya tak nak sesak nafas...
CS : Masih sukar untuk saya berikan jawapan. Mungkin saya akan terus berlari. Mungkin juga saya akan perlahankan larian saya. Atau sekadar berjalan laju..
28 comments:
sate tahu cerite ituuu :)
..saya akan terus berlari :)
sampai bila? mungkin bila saya rasa telah sampai ke destinasi di mana saya tak perlu berlari lagi..
like this :)
slm... bkpenya lari gtu? lari exercise ka?
macam dialog dalam filem SEPI aje..betul ke?
Salam Cikgu Rashid....
Zyma dtg melawat Cikgu sambil berlari-lari nihhhh....penatnyer!!!
Mintak air sikit.....penat la.
Cikgu Rashid...
Kasik la address and mobile number Cikgu kat sy. Sy nak pos sobenier utk Cikgu. Sy dah beli sobenier utk Cikgu and kawan2 yg lain.
E-mail : Zyma_Saad@yahoo.com
**Sy tak expose details Cikgu tauuu. Janji niiiii.... :)
macam dalam cerita sepi je?
kita akan terus lari & berlari..
sehinggalah ke noktah terakhir..bila ajal di panggil
salam cikgu,
yup, aku masih berlari
lari dan terus lari
laju, slow, pantas..
terpulang
ikut rentak
ikut tari
ekekekkeke
ps:
kalo lari sampai kaki sakit dan penat, beli kasut yg ada airkon hokey, huwaaaaaaa
Ophh..berlarikah?? lantas teringat tentang jogging..dah hampir 2 bulan tak berjogging..trima kasih mgingatkan...
maaf..lari dari tajuk..keskesss
sepet a.k.a zack u
wah!! sate ni memang hebat. Tahniah!!! ni tentu minat tengok filem ni.
saya suka kata-kata tu.
p/s- sepet.. jam 1.20 pagi. Naper belum tidur lagi?. Ini tentu sedang menung tu..
Cat
yup! kita perlu berlari selagi kita rasakan diri kita perlu berlari. Selagi impian kita belum ketemui dan terlaksana.
Cikgu Adham
haaha!! mentang-mentang kapten.. lari exercise je ek. huhuu.. mantap gitu.
Marzalina
Pandai & tepat sekali intan. Memang 5 baris ayat pertama itu - dialog filem SEPI.
Hanya 3 baris ayat akhir itu adalah dari saya..
Entah tiba-tiba saya teringat dialog itu. Rasa ada sesuatu dialog tu pada diri saya.
p/s- saya jarang tengok drama / filem Melayu sampai akhir. Tapi filem SEPI ini bagi saya sangat hebat!! jalan cerita dan barisan pelakonnya sangat hidup.. best sangat tengok.
Zyma saad
salam zyma..
naper berlari? saya tak ke manapun zyma. Naper takut saya turut berlari sama. kejar mengejar..
sobenier? allaaa zyma, tak payah susah-susah le. adoii.. terima kasih zyma.
Cheryna Pires
wah! ramainya rupanya blogger yang mempunyai ketajaman audio visual. Saya tabik le.
Tahniah!! cheryna memang blogger hebat. Sungguh cakna.
Rozita
Betul tu. Berlari dan terus berlari..
Perjalanan si musafir akan ada garis penamatnya. Begitu juga kita.
kan kita ini hanya ada satu. Satu jasad satu nyawa.. pasti bila tiba masanya. Hati dan diri kita akan membisu jua.
blueCITY
salam..
berlari ikut rentak? ermm.. berlari ala rentak rap atau dangdut okey juga tu.
yup!! kasut beraircond. Film sepi. .. tapi adakah benar sepi itu indah?
Ila
tak sangka, selalu jogging juga ek. ingatkan setahun sekali je. ahakss!!
tapi saya tengok ila okey je. ni tentu ada amal makan jamu ni. PJT katakan. betulkan .. kan.. kan ..
Salam..
Betul . Titipan kata-kata itu menyentuh hati .
Rashid..,
sejauhmana pun kita berlari
namun dihadapan itu pasti
penamat segala kata hati
sepi menghimpit terus berhenti .
note : kuatkan stamanina jika ingin berlari . Barulah panjang langkah teguh berdiri .
Salam Rashid
berlari selagi boleh berlari
kdng penat juga berlari.. kalau tak berlari takut tak sempat nak kejar pl..
tak apa lari slow2 aja...
berlari sampai ke destinasi yg nak di tujui..
sampai koyak kasut.. amboi kuatnya berlari.. "jaga badan tue" hee...
Linda
Memang Linda, berlari hingga pasti ke garisan penamat (walaupun tak tau kapan tiba), dan kadangkala semasa berlari tu tersandung jua, jatuh. Tapi akan digagahi lagi. Bangun.. berlari lagi..
Hati berbicara, “Akan kugagahi kaki ini untuk terus berlari mencari dan menemui destinasi.. ”
MaizaC’joe
salam maiza,
Selagi belum tercapai garisnya rasanya kaki ini takkan berhenti maiza. Walaupun kasut koyak pasti akan ditukar untuk pastikan kaki ini akan boleh terus berlari.
hehehhe...suka...
Ada Ayrissa
sayapun suka bila ada suka .. kerna bila hati ada suka, aura suka itu datang kata saya juga. Terima kasih ada ayrissa.
dialog filem sepi kan?..
suka ayat tu penuh nostalgia..
eiza
'yup!! filem sepi. suka tengok tapi tak nak sepi le eiza. Sepi sesepinya..
bila dgr lagu tema cite sepi pn sayu je rasa. huhu
adawiah
betul tu .. saya rasa best sangat citer tu. Lagu tema dia rasa macam nak terbang tinggi-tinggi dan jauh..
Post a Comment