Followers

24 December 2009

Tidak lagi berblog. Maaf kepada semua yang pernah hadir …


“kepada semua readers2, aku minta maaf sebab tutup blog secara mengejut. Di kesempatan ini, aku… dengan penuh rasa rendah diri, ingin memohon ampun dan maaf kepada semua yang pernah hadir ke blog ini…”


Itulah antara kata-kata / entri terbaru dari salah seorang rakan blogger yang aku kenali. Entri itu bertarikh awal Disember 2009. Entri itu betul betul buatkan aku terkejut. Aku terkejut kerana tak sangka sama sekali akan keputusan yang dibuatnya itu.


Bila baca entri tersebut, aku termenung dan terfikir sekejap. Terasa kehilangan sesuatu. Rasa kehilangan salah seorang rakan blogger biarpun sekadar mengenalinya di alam maya. Tak pernah berjumpa …


Aku tertanya-tanya sendirian, kenapa ada rakan blogger secara tiba-tiba mengundurkan diri dari berblog? Adakah kerana sesuatu sebab yang sememangnya ‘menyentuh hati dan perasaan’ atau ‘marah kecewa kerana blognya dikritik / diperli / dikutuk / dicerobohi atau seumpamanya..’ atau kerana blognya itu ‘kurang disenangi’ oleh pasangannya atau bakal suaminya? atau kerana diri sendiri yang sudah kehilangan mood untuk berblog lagi?


Aku mengimbau kembali. Sejak aku mula berblog pada Mei 2008, rasanya aku dah kehilangan rakan blogger seramai 4 orang yang mengundurkan diri secara tiba-tiba... dan aku betul-betul rasa kehilangan. Apapun aku menghormati keputusan yang dibuat olehnya. Mungkin ada suatu sebab yang tersendiri yang dilaluinya.


Aku tertanya-tanya lagi, bagaimana pula dengan rakan-rakan blogger yang lain? Adake terlintas nak berhenti berblog? Cuma aku berharap jangan ada yang berhenti... kerna aku tak mau rasa kehilangan lagi.


p/s - Sehingga saat ini, aku masih suka berblog dan membaca blog . Ini kerana kat blog inilah aku dapat luahkan dan berkongsi sesuatu dengan rakan-rakan blogger yang lain. Apa yang penting bagi aku, dunia yang indah dan penuh warna-warni ini dapat aku ketahuinya dengan membaca blog rakan-rakan semua ...

50 comments:

Marzalina said...

ingatkan CR yg nak berhenti blogging...terkejut intan...

walau apapun...teruskan kerdipan bintang ini...kerna ia memberikan sinar buat semua kawan2 blogger =)

CITY® said...

salam cikgu,

setiap yg brlaku itua ada sebab
mungkin dia ada sebab tersendiri
hanya dia yg tahu
mungkin itu yg terbaik buat dia?

datang dan pergi
silih berganti
mungkin yg pergi tak sama dgn yg datang?
yang hilang mungkin tak berganti?
yg datang lebih baik dan punya makna lebih lagi?

semua ni mainan dunia
heeeeeeeeee

kenapa aku berbelog?
kerana merah?
kini...
kamu semua bisa membuat aku lupakan merah?
hmmmmmmmmmmmm

NuR si CiKGu RiBeNa (NSCR) said...

sy igt cikgu yg tutup blog..
terkejut den..

maybe dia ada prob kot..
apepun keep it up..

MizShuai said...

la..cikgu ni buat suspen je..ingatkan cikgu yang nak tutup blog

Afida Anuar said...

Salam cikgu rashid.Ingtkan cikgu rashid yang nak tutup blog... huhu

Baru-baru ni pun, lama betul sy tak berblogging.Tapi tiada niat pun nak tutup blog. Cuma itu la, ada masanya tangan kaku..idea beku...

InsyaAllah selagi hayat dikandung badan, selagi dikurnia idea oleh Yang Esa..

PS: harap cikgu rashid sekeluarga sihat2 selalu...

Yanmie said...

salam cikgu,

fuh tajuk entry...suspen jer..hehehe..ingatkan cikgu yg nk berundur tadi..lega rasanya bkn cikgu..nnggee```

Idalara said...

salam
agak terkejut bila tetiba baca tajuk cikgu rashid..ingatkan cikgu rashid yg akan berundur,..mng sedih rasanya bila ada rakan2 yg undur diri..walaupun hnya kenal di alam maya namun rasa dekat di hati..kdg2 rasa ingin juga undur diri atas sebab2 tertentu..(patah hati)tapi bila difikirkan pernah dulu alami kekecewaan yg lebih berat..hnya patah hati di maya ini tidak harus menjadi sebab untuk undur diri..
di sini kita dpt luahkan apa saja..suka duka..so do sini kak ida juga akan terus menulis..

aim said...

Benar yang diungkapkan tu, selalu jumpa bila tibatiba menghilang memang akan terasa sangat kehilangannya tu. Mungkin lebih molek berehat dulu sebelum terus membuat keputusan utk berundur. Mana tau tiba-2 semanggat dtg balik.

squesha said...

ingatkan Cikgu yang nak tutup blog.ehehe.

iya,selagi tangan boleh menaip,selagi akal boleh berfikir,selagi hayat masih ada,tulislah sesuatu,mudah-mudahan ada di antara kita yang mendapat manfaatnya =)

ILA HonEyBuNNy said...

ila xnk berhnti bervlog...coz apa yg ila luah dri ila...sedey bila ada kwn2 vlog yg nak erhenti...walapun knl d alam maya..tp bila kita bca blog diorg kita tahu serba ckit ttg dri diorg..uhuh

MaizaC'Joe said...

Salam Rashid

Ya Allah... terkejut maiza.. bila baca ja tajuk n3 nie dr blog maiza. berderau darah.. fuh!! memang penangan takut kehilangan rakan blogger.. hebat sungguh.. maiza tak pernah terfikir dari berhenti berblogger. Minat, kenangan manis semuanya mahu di kongsikan bersama walaupun tak semuanya. Maiza baru kehilangan seorang rakan blogger/FB. Entah kenapa, rasanya dia di kutuk/ di perli/ di kritik hebat. Pada maiza, di ruang ini mahupun FB kita kena sentiasa berhati-hati. kerna kita di perhatikan ramai walaupun kita tak sedar. Sekadar ingatan saja. Maiza tak terfikir pula berhenti dari berblogger cuma berhenti rehatkan diri, minda, tenangkan semuanya adalah... hee... Semua ini kenangan manis utk kita semua...

p/s Rashid jng berhenti dr berblogger, maiza takut kehilangan rakan baik mcm Rashid dan juga semua... wah.. panjang lebar komen maiza kali nie.. hee...

hana@cat said...

Ingatkan Rashid yang tak nak berblog lagi. :) Manalah tahu..sudah ada sesuatu @ seseorang yang boleh gantikan tempat blog di hati rashid :) ehem.. :)senyum itu sedekah

Miss Jaz said...

salam...fuh..terkezut..ingatkan mr.rashid yg nak undur diri tuh...nasib baik....hik...hik..jgn tinggalkan kami ekkkkk..

DUN Behrang 2020 said...

Buat suspens je...pernah gak terlintas...tp masanya belum sesuai...

ILA said...

“kepada semua readers2, aku minta maaf sebab tutup blog secara mengejut. Di kesempatan ini, aku… dengan penuh rasa rendah diri, ingin memohon ampun dan maaf kepada semua yang pernah hadir ke blog ini…”

TERKEJUT BERUK ILA!!!ingatkan cikgu yg nak undur diri..hampir retak hati ini..keskesssss

cikgu..bila kita berblog bermakna kita mbahagikan hati dan masa kita utk blog.2 perkara yg ila faham..1) ada kekecewaan / sakit hati 2) tak cukup masa

2 perkara tersebut sinonim mjadi alasannya.

tapi tolonglah..walau apa terjadi..jgn sampai 'kerdipan hati' hilang di persada blogger..

Chenta said...

Rashid...

Dalam kehidupan ini memang tiada sesuatu pun yang terduga dan terjangkau difikiran kita.

Sangat misteri dan sentiasa menduga .. membuatkan kita rasa seperti dipermainkan . Namun itulah hakikatnya . Suka or tidak kita harus menerima dengan sabar dan tabah .

so... don't worry , be happy !!!

Catwoman said...

Salam Cikgu Rashid......

Zyma dtg jenguk Cikgu tanpa rasa ingin berhenti blogging.

Sy suka baca kisah2 di blog Cikgu. Byk perkara positif yg sy boleh dpt di sini.

Cikgu jgn berhenti blogging ekkk.
Nanti sy nangis ......

;)

mizaranun said...

Salam...
la ingatkan cikgu yg nk berhenti berblog..pe pon teruskan berblog.. =)

Rashid said...

Marzalina
ooo maafkan saya intan kerna buatkan intan terkejut. Tak terlintas...
Terima kasih atas sokongan intan.

Rashid said...

BlueCITY
salam jua.
Iya blue, datang dan pergi lumrah hidup. Kena terimanya. Cuma ‘terasa kehilangan’..

merah? ermm…

Rashid said...

Nur
hah!! iyake. adoiii..
yup kita berfikiran baik k. Moga semua kenalan kita dalam keadaan baik.

Rashid said...

Lady B
hehe.. naper. B pun takut kehilangan juga ke? ahakss!!


T.kasih B

Rashid said...

Afida Anuar
ooo tangan kaku idea beku. bukan malas ek?.. hehe
Camana nak bagi idea terus cair? sekali sekala apa salahnya afida pergipantai, lepas mandi berjemur k… pasti cair. huhuhuuuuu..

Rashid said...

Yanmie
Naper kita boleh rasa suspen? Itulah satu anugerah terhebat dariNya. Mungkinkah kerna kita ada dengannya dan tak mau kehilangan terus darinya?

Rashid said...

Idalara
Adoiii ramainya yang rasa terkejut.. salah faham ngan tajuk entri saya. Maafkan saya..

Pleaseeeeee jangan undur diri k kak ida. Kita teruskan perkongsian di alam maya ini.

Rashid said...

Aim
Saya setuju. Kadangkala bila emosi tak tenang dan kacau.. kita mudah buat keputusan. Semuanya kita anggap meresahkan.. bila kita tenang kembali. Mungkinkah ada sesal?

Rashid said...

Sh Nursyahidah
ehehe.. tak le. Bukan saya yang tutup.
Yup! Kita sumbangkan sesuatu moga ada yang dapat manfaat darinya.

Rashid said...

HoneyBunny
Terima kasih ila kerna berfikir begitu. Kita sama-sama jadikan ruangan ini utk luahkan sesuatu, berkongsi sesuatu. Banyak manfaat sebenar rasanya yang kita akan dapat dari sini.

Rashid said...

MaizaC’joe

salam ..

adoiiiiiiiiiiiiiiiiiii.. siannya maiza. Dari kata-kata maiza saya dpt gambarkan rasa itu.

Itulah maiza. Rasanya kemungkinan perasaan terganggu itulah antara penyebab ada kalangan rakan blogger berhenti dari berblog. Perasaan terganggu, terhiris.. so utk elakkan segala gangguan itu TUTUP BLOG jalan mudahnya.

Saya juga berpandangan sama. Kat blog, kat facebook kat mana-manapun kita perlu hati-hati. Ini kerana ada mata-mata yang memerhati.. ada kata-kata yang akan menyinggah kat blog kita. Kadang-kala kata-kata itu mungkin boleh ‘menganggu emosi’ kita.

Apapun jika kita tak pernah sakiti hati orang lain. InsyaAllah kita berharap blog kita tak ada yang ‘terganggu’ dan kita pula tak akan ‘diganggu’ dengan kata-kata yang tak baik. Namun hati manusia sukar kita nak faham. Ada juga yang tak senang.. so kita diserang diganggu dengan kata-kata yang tak sepatutnya. Minta dijauhkan semua ini.

p/s – Sentiasa berfikir positif. Tak pernah terlintas nak ganggu emosi dan menyentuh perasaan rakan-rakan blogger yang lain. Malah sentiasa nak hulurkan ‘bunga mawar’ agar keharumannya dapat kita kongsi bersama.

Rashid said...

Hana
eeeeeeeeeee dushhhhh dushhhhhhhhhhhhhhhh.. Mandai je awak ni. hehe.

Rashid said...

Miss Jaz
salam jua utk miss jaz.

Taklah. Saya masih ada bersama k. Kita sama-sama ..

Rashid said...

DUN Behrang 2020
Unsur suspen perlu ada utk hidupkan cerita.. hehe.
DUN, terlintas okey tapi jangan jadikan ia hakikat. Nanti ramai yang tak lena kerna DUN ilang..

Rashid said...

Ila
uisssssss.. begitu sekali terkejut ek. Kasihan B E … tu. Ambil le yang comel sikit ila.. TERKEJUT PISANGKE.. TERKEJUT FRESH ORANGE ke.. TERKEJUT PIZZA ke..

Betul kata ila tu. Moga kita tak pernah ‘kalah dengan kata-kata yang remeh-temeh’ yang nak menganggu ketenangan emosi.

k.. insyaAllah kerdipan bintang akan terus bersinar … berikan sinar kepada semua.

Ila, terima kasih. cantik kata ila, ‘kerdipan hati’..

Rashid said...

Linda
hmm hmm. Baca je saya terus terlintas lagu..
“sesuatu yang tak disangka seringkali mendatangi kita..”

ehehe. okey Linda. Saya sentiasa tenang.. dan damai. InsyaAllah..

hausnya.. mana fresh orange ni?

Rashid said...

Zyma Saad
salam jua
Terima kasih zyma kerana sentiasa bersama saya.

eeeeeeee jangan nangis. Tak elok untuk kesihatan k.. tapi kalau dah nak nangis juga. Menangislah.. moga segalanya menjadi tenang semula.

; ) juga

Rashid said...

Mizaranun
salam..
ooo tak. Saya tak terlintas nak berhenti.. tapi tak taulah sesuatu kat depan. Kerna siapalah kita kan.. sekadar merancang. Hakikatnya kita ini.. kerdilnya diri utk tau apa yang akan terjadi ..

LEMONADE said...

pernah terfikir nk stop blogging or tukar url blog bile adik bradik dpt tau sy ade blog. segan bila dorang baca apa yg kite tulis.

Sufy said...

fuhh..ingatkn betul2 en.rashid nak kuar..ehehe...

*blog ni bagus..syg tu kalo stop camtu jek..ehee..:)

Tirana said...

Tajuk entri menggegarkan sukma..ehehehe..ingatkan cikgu rashid nak tutup blog ni...Selagi termampu teruskanlah menulis. Kalau dah tak mampu..apa nak buat ye tak..

dayana said...

huh! Suspen!Suspen! i thought bro yg nk stop blogging td..tkejut den muahaha..u c ramai tul yg syg kt bro kan..

bro wassup? pekabo? yna blk kg 2 weeks, smlm sampai..arini dah meeting kt skul..dats y blog pun dah lama x jenguk huhu...

Rashid said...

Lemonade
eeee naper malu pula. Okey le tu. hehe.. ni tentu ada yang RAHSIA BESAR negara ni.

Rashid said...

Sufy
Sufi.. tak lah.. saya akan sentiasa bersama rakan-rakan blogger spt sufy menceriakan suasana alam maya selagi termampu..

Rashid said...

Tirana
hehe.. menggegarkan sukma? lembut bahasa tu kak Tirana.
InsyaAllah kita akan terus bersama kak..

Rashid said...

dayana
yna. Saya masih ada. Akan terus berblog k.. insyaAllah.

sayang menyayangi..

Saya baik je. Cuma cam yna.. sibuk sikit. Maklumlah 2 minggu mesyuarat berpanjangan.. sek dah nak buka kan..

Itule, blog yna dah banyak sarang labah labah tu. Bersihkanlah k.. entri baru mana??

I'm Seri said...

Salams cikgu...

Tajuk entri ni buat suspen...

hehehehe

Nazz said...

Salam...

Hish..! Tajuk entri yg paling best.. buat orang terperanjat, terkejut dan terkomen...

Alahai...

Catwoman said...

Salam Cikgu rashid.....

Happy New Year 2010.
All the best....

;)

Rashid said...

Iris
salam iris.

hehe.. bagus juga utk test tahap kesegaran jantung. kan iris..

Rashid said...

Nazz
salam
wah.. gitu sekali ya. ermm.. terima kasih nazz.. (senyum je ni..)

Rashid said...

zyma
salam zyma ..
terima kasih.. selamat tahun baru juga utk zyma. Moga segalanya bertambah ceria dan success..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search