Jam 10.00 pagi tadi, semasa memandu.. Aku terserempak dengan segerombolan orang India sedang berarak merayakan Hari Thaipusam. Beberapa orang daripadanya adalah pelajar aku. Sempat senyum dan memanggil nama aku ..
“Kumar, nak pergi mana ni?”
“Tepi sungai cikgu..”
“Buat apa? Sambut perayaan di sana ke?”
“Ada upacara..”
“ooo ada upacara cucuk-cucuk pipi, cucuk-cucuk belakang ke?”
“Ada cikgu. Ramai…”
“Wah! menarik. Bolehke cikgu ikut sekali. Nak tengok”.
“Boleh cikgu.. marilah..”
Apalagi aku terus mengikut segerombolan tadi. Terasa juga nak tengok secara ‘live’ tentang perayaan mereka. Walaupun agak ‘tak sedap hati’ tengok bab cucuk-cucuk badan tapi rasa ingin tengok secara ‘live’ buatkan aku nekad nak pergi juga. hehe..
Jom kita layan gambar yang aku sempat snap. zassss …
Selepas kena cucuk - kejap okey kejap tak sedar diri. Mata kadang-kadang terbeliak. Suarapun berubah kasar.
Aku yang sentiasa tenang walaupun keadaan penuh debaran. hehe ..
Aku sempat berbual dengan salah seorang penonton beragama Hindu. Dia kata, upacara ini memang buatkan orang yang kena cucuk itu kadang sedar kadang tak sedar. Dia juga sempat bandingkan 'masa tak sedar' seperti upacara 'main puteri' dalam budaya Melayu. uisss iyake?
Aku juga sempat berbual dengan 'orang tua' yang turut sama menonton. Dia kata, ada sesuatu yang masuk dalam badan. Sebab itu tak sakit. Sebelum upacara, orang itu dilarang untuk makan makanan berdarah. Kena puasa. Dia juga kata - seperti upacara berjalan atas bara api. Masa berjalan atas bara api, tak rasa sakit, kerana orang yang berjalan itu sudah dijampi. Bila dijampi, orang yang berjalan atas bara api itu hanya melihat bunga-bungaan di depannya. Maksudnya dia berjalan bukan atas bara api sebaliknya di atas bunga-bungaan.
37 comments:
salam cikgu...
kepercayaan agama masing
kadang2 kita rasa macam tak masuk akal,
tapi respek kat mereka2 kerana sanggup menahan sakit
wahhh, menten macho je cikgu ya
haaaaaaaaaaaa
Putri x pernah tgk secara life upacara macam ni cikgu..
Kat Terengganu xde..
mereka cucuk sampai tembus ke cikgu?
besit tu tajam? keluar darah x?
takut jer tengok..
Salam Rashid
Ini kat Estet di KK ke?
Hah.. untuk pengetahuan blueCITY, mereka tidak merasa sakit sebenarnya. Sebelum itu mereka sudah melalui upacara Puasa, puja dan berpantang larang yang ketat. Mereka lakukan kerana niat "Nazar". semasa mereka melakukan kavadi ini, mereka dilindungi "spirit". Itulah sebabnya mereka tidak sakit dan tidak melecur memijak api.
Kalau yang bijak/alim tu, cuba halau spirit yang melindungi batang tubuh itu. Bila spirit lari, mereka akan merau kesakitan. Perkara ini pernah dilakukan oleh seorang teman saya di satu perayaan kavadi.
Walau apa janganlah mencubanya. Kita harus hormati Perayaan dan Agama orang lain. Itu pun pesanan Rasulallah.
Maaf Rashid. Uncle membebel panjang sikit.
ehem.. nampak macam seronok je.. especially orang yg baju putih ikut kat belakang tu.. :p
Ish..ish..ish..
pengalaman..sukar nak dapat kan.. :)
time saya kecik kecik dulu,selalu tgk live benda ni...maklumlah rumah sekangkang gorila dengan kuil mereka,sebelum cucuk tu, memang ada 'pak imam' diorang baca mentera dan waktu dicucuk besi tajam tu,diorang macam khayal jer...ngeri jugak tengok...tapi tengah syok tengok ngan kawan-kawan,mak cari panggil balikkk siap bawak hanger lagikkk hi hi i cabuttt....
errrr.. ngeri.... tak buleh tgk.. silap2 pengsan kat sane..heheh
ngeri tguk bab cucuk2 mcm ni..
kak ida mng tkkan pegi tguk.
mcmtulah kan..adat dan agama mereka yg menyiksa diri sendiri..sgt berbeza dgn Islam yg indah dan lembut..
ps..ooo...tu cikgu rashid rupanya..hmmmm
spatut ckgu tgk yg kt batu caves 2..
meriah sket..hi3..
Ayoyooooo...
Yennadey,Cikgu Rashid...
Berseni kan ritual Thaipusam ni??
;)
salam cekgu,
lama tak jengok blog cekgu....makin jauh langkahnya ya!
saya jugak ada snap beberapa pics dalam festival tuh, cuma lokasinya berlainan hehe!!
Salam
kalau maiza tengok real upacara cucuk-cucuk tue ayat pertama "adoi.. uiss.. sakitnya".... kepercayaan agama masing2.. tapi, fuh!! masa cucuk mencucuk tue.. berdarah tak?? kalau berdarah banyak2 maiza tengok comfirm pengsan... mujur lagu tamil rancak.. kalau lagu hindustan... tak senang duduk la nampaknya... tau2 dah ke tengah.. hee...
Bluecity
salam ..
Tak taule. Bila tengok masa tengah kena cucuk.. meraung dan bergetar-getar teramat tubuh diorang tu. ishh. Tau taule sama ada sakit atau ‘spirit’ yang masuk ..
macho? hehe.. ; )
Putri
a’ahh tembus pipi. Ada yang tembus kulit belakang. Tapi darah tak keluar pula.. besi tu mesti tajam sebab senang je nampak tembus.
Bila tengok bab cucuk tu tak rasa takut. Cuma tak sedap hati bila tengok ‘benda luar’ yang masuk ..
Mountdweller
salam uncle ..
iya kat KK.
Betul apa yang uncle bagitau. Sebelum lalui upacara ini, mereka kena berpantang. Macam-macam pantang larang. Malah semasa cucuk itu, saya lihat mereka dah berada dalam ‘dunia lain dah’..
Sekadar tengok saja …
Hana
ishh siapakah gerangan orang yang berbaju putih itu? siapakah ia?
psstttt …
cikgu nurin
hehe.. rasanya lagi seronok tengok ‘hanger’ berbanding tengok ‘pak imam’ ..
ann friendly
Ann mana ada ngeri? biasa je tu. diorang kata macam kena gigit semut. geli je.. ahaks!!
Cik epal
Kalau rasa takut, jangan tengok secara langsung. Jeling-jeling manja je..
Idalara
Benar tu kak ida. Islam itu penuh indah .. dan damai ..
p/s – hehe.. taklah. kembar sy tuu
asyfiqaz
Kat batu caves tak nak pergi.. sana terlalu banyak ‘spirit’..
Meriah? adoii.. meriah ngan lagu tamil ..
Zyma
uisss lupa pula yg zyma ni peminat setia YENNADEY..
yelleyy ..
ahakss!!
wan hussin
salam usin.
Melangkah mesti gagah sin .. baru lebih ‘macho’ .. hehe
Usin, entri le. baru boleh tengok sama
Maiza
salam ..
Maiza, sy tengok tak ada pula darah yang keluar..
oooo lupa juga saya. Maiza ni kan peminat lagu hindi.. pantang dengar je terus gedik gedik kaki.. haha!!
saya dengar je lagu hindi.. tapi masih cool .
da upload da pun cekgu! kat blog saya!
ekk!! bila pula maiza minat lg hindi nie.. orang tue kot.. eleh.. mengata kita pulak....... hee... ya ka cool?? haha!!
gedik kaki..?? haha!! maiza bleh control lg tau... he.. jangan2.. ehem.. orang tue tak sedar kot.. tiba2 gedik kaki.....
hepi thaipussam cikgu..ekekek
cikgu, jemput join contest di blog saya..mana tau kot2 dgn idea yg ader pd cikgu bleh membantu saya n suami...
tq
cikgu rupenye..hehehe :D
nand kalo tgk cucuk kuar darah tu..kompem pengsan cikgu..hahha ;D
sbb nand takot darah..lalala~
tengok takper...but dont try this at home hehehehe
wan hussin
iyake.. nanti cikgu tgk k..
Maiza
eeee tak nak ngaku ek.
Maiza naper nak malu pula. Kita dah lama tau .. tengok gaya penulisan maizapun dah tau.. hehe
sedang bayangkan maiza sedang menari-nari.. ahakss!!!!!
Ada Ayrissa
uissss.. dushh dushhh .. haha!! Apa ingatkan saya ni ada ikatan darah cam diorang ke? ishhh ..
contest apa tu? ada ayrissa ..nanti saya tengok sana k
Nand nasyari
Nand. darah tu biasa je.. apa nak takut.. Cuma..Cuma eeeeee ..
Marzalina
Intan, saya tengok je. Sekadar tengok sambil jeling-jeling kat tempat lain bila tengok mata diorang terbeliak .. bukan takut tapi tak nak tengok. kasihan ..
ini betul2 satu malaysia....dulu masa kecik ada gak gi batu caves tngk depa cucuk2 menakutkan hehe
POSH
yup satu Malaysia..
wah! sebut je nama Malaysia berdiri terus romaku.. hehe.
respect kat cikgu..
kalau orang lain ada yg tak brani berdekatan dgn upcara tu.cos bak kata mereka...'byak syaitan' ..takut tersampuk:)
Ila
hehe.. sayapun risau gak.
so masa kat sana tu ada le baca ayat sikit..
Post a Comment