Followers

19 January 2010

Cinta itu ada di depan mata



Aku sebenarnya jarang tengok drama Melayu bersiri sehingga sampai ke penghujung. Tapi untuk Cinta Balqis, TV3, aku cuba luangkan masa juga bila berkesempatan (walaupun tak sepenuhnya berjaya menonton ke semua episod).


Untuk drama ini, aku agak tertarik dengan watak dan perwatakan yang dibawa oleh 2 pelakon utamanya, Hasan (Fezrul Khan) dan Marisa (Memey).


Tertarik dengan kata-kata .. di akhir episod Cinta Balqis semalam ...


“Kadang-kadang manusia terlalu mudah lupa ... Cinta itu ada di depan mata.”


Sungguh beerti kata-kata ini bila direnungi. Ia agak luas untuk ditafsirkan. Darinya menyedarkan kita akan sungguh berertinya bila cinta itu lahir dari dalam hati. Ia akan dengan sendirinya terpancar indah ke luar.


Untuk teman-teman blogger semua, siapakah orang yang paling rapat dengan anda sejak sekian lama?.. dan kini siapakah orang yang mula rapat dengan anda? Cuba luangkan sedikit masa. Renungi dan fikirkan dirinya…


>> kerana mungkin orang itu adalah cinta anda yang sebenarnya.

>> kerana cinta anda itu ada di depan mata.

54 comments:

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

“Kadang-kadang manusia terlalu mudah lupa ... Cinta itu ada di depan mata.”

dan manusia jarang menghargai apa yang mereka ada sehinggalah mereka kehilangannya....

Chenta said...

fuhh... ending dia memang besh !

Sangat mendebarkan ...

Marzalina said...

betul ke cinta ada di depan mata...
mana dia ya..adakah yg didepan ni..hehehe...

mmg benar..sejak akhir2 ni intan selalu terfikir siapakah yg intan benar2 cinta..

CITY® said...

salam

aikkkkkkkk, naper lak memey pelakun utama? bukan balqis ke? ekekke...

sat, nak fikir saper yg rapat depan mata saya sekarang nih erk?

lalalalalal...

Qib said...

sy x suka gilak ending cter ni..
ish3
napa la hasan juga yang dapat

Anonymous said...

cinta mmg ada di dpn mata..tp x berani nak difikir2kan..huhu..

Ada Dalina said...

tersentuhnya dgn kata2 itu..huhu

Cikgu Nurin said...

Saya mengikuti kisah ini dari episod pertengahan. episod-episod terakhir membuatkan saya tak kering airmata,terasa kecewa hassan yang tak dapat diluahkannya,hanya terpancar di mata,bagaimana kalau kita berada di tempat balkish dam marissa dan episod akhir semalam membuatkan saya simpati pada ezany...bagaimana perit perasaan seorang suami terpaksa melepaskan isteri yang dicintai...aduhh..saya suka drama ini selepas Nur Kasih...

Idalara said...

salam cikgu rashid..
kak ida pun mengikuti cerita ini..sentiasa mengundang airmata bila menontonnya..dan rasa bahagia sgt bila citernya happy ending...
ye..kdg2 kita tak sedar org yg di hadapan kita adalah cinta kita yg sebenarnya..kerana terlalu mengejar yg jauh..

Afida Anuar said...

Cikgu Rashid musti minat balqis ni...hehehe...

PS:tengah pkir2 ni,sapa yang ada depan mata...ermmmm........

hana said...

..so..rashid dah dapat jawapan dia?..
Siapa orang yang paling rapat dengan Rashid sejak sekian lama..n siapa orang yang mula rapat dengan Rashid?

Solehah said...

tapi hati dan perasaan bukan boleh dipaksa sebab cinta hadir tanpa diduga..hehe

Rashid said...

Gadis Kampung Separa Bandar

hmm hmmm.. Betul tu. Semasa ia ada kita tak perasan akan kehadirannya. Bila bila kehilangannya, barulah kita sedar siapakah orang itu, orang yang sentiasa menyokong dan sentiasa ingin buatkan kita gembira…

Rashid said...

Linda
iya Linda. Mulanya rasa tak sanggup je nak tengok ending dia.. kerana rasa hasan akan mati. Cinta setia dan keikhlasan hatinya berakhir dengan kematian.

Suspen betul…

Akhirnya .. saya senyum. Senyum kerana hasan beroleh jua cintanya.. dan juga memey.. kebaikannya pada suami dan kawannya, juga beroleh cintanya.

Okeylah tu… takkan ezani nak dua-dua.. uisss..

Rashid said...

Marzalina
hehe… sapa tu sapa tuuuuu???

Intan, fikir elok elok k. Saya rasa dia dah ada di depan mata intan.. atau dia ada masa intan jogging 3 kali seminggu tu. haha!!

Rashid said...

bluecity
iya saya tau. Memang balqis pelakon utamanya. Tapi saya lebih sukakan watak memey.. Kebaikannya pada temannya. Kesetiaannya… airmata untuk suaminya.. uiss kan balqispun ada ciri-ciri ini? adoiii.. entahlah. Tapi saya lebih sukakan tangisan memey. Itu faktanya.. haha!!

Blue, tuuu ada tu. Depan mata tuu… dia sedang senyum pada blue …

Rashid said...

Pinqib
hah! kan bagus hasan dapat! ishhh…
Kalau hasan tak dapat, saya memang tak puas hati. Rasa nak jumpa pengarah cerita ni..

Tak suka jika ezani dapat. Tamakkkkk… kan mar isteri yang penuh sopan santun dengan setianya itu dah ada.. (sebenarnya saya kasihankan hasan)

Rashid said...

makdara terdiva
Naper ek tak berani nak fikirkan cinta yang dah ada di depan mata? ermm.. ini mungkin ada kisah ni.. hehe (nanti kongsi ngan saya k..)

Rashid said...

Ada Ayrissa
Ada Ayrissa, Seseorang akan tersentuh kerana kata-kata ini begitu indah jika direnungi.. ia akan menyedarkan kita untuk menghargai seseorang yang mungkin selama ini kita tak begitu pedulikannya. Mungkin kerana kita dah biasa.. dah terlalu biasa dengannya.

Rashid said...

Cikgu Nurin
ermm.. kilauan cahaya dari air mata hasan cukup menyentuh hati. Teringat saya dialog antara hasan dengan balqis bila ezany akhirnya muncul:
Baqis: “San, San tak sedih ke?”
Hasan: “Saya tak boleh menangis Qis.. tak boleh. Saya juga tak boleh tengok Qis menangis..”

Memang ada simpati pada ezany. Tapi saya lebih simpati pada Hasan.. mungkin kerana watak Hasan lebih terserlah kerana sopan dan hormatnya pada emaknya.. sanggup menerima anak yang dikandung Balqis sebagai anaknya (kerana nilai persahabatan dengan balqis dan kerna hasan sentiasa sanggup mengalah (walaupun dah hampir nak kahwin..)

Tak peduli.. bagi saya watak hasan memang best!! hehe …

Rashid said...

Idalara

Kalau macam itu, kita sama kak ida. Sama-sama rasa gembira kerana begitu akhir jalan ceritanya. Ia berikan kemenangan kepada kesetiaan, keikhlasan dan pengorbanan.

Rashid said...

Afida
Yup! saya minat balqis. Tapi lebih minat mar.. haha!! minat kerana mar nangis begitu ikhlas.. (saya tabik pada watak memey..)

p/s – sapa tu? psstttttt !!

Rashid said...

hana
uissssssssssssssss … mandai je hana ni..
tu nak kenakan saya le tuu.. dushhh dushhh (ngan lembutnya kena tak kena je). hehe

Rashid said...

Solehah
iya saya akuinya solehah. Memang benar rasa cinta akan hadir dengan sendirinya. Tak boleh dipaksa. Tak boleh dipinta. Tapi sebenarnya ia juga akan boleh hadir bila kita cuba menyedarinya… dan berusaha untuk bersamanya.

Kei Hiroki said...

oh tidak...
cinta dpn mata??
*bahaya nih..he3*

Aura Khalifah said...

jangan pandang ke belakang kalau sudah ade bunga yang cantik di hadapan, nnt mngkin kite terlepas bunga yang cantik itu..dan rase menyesal
=)

CITY® said...

wakakakkak... banyak la, saper?
kuikui..
nak yg pandai main piano la?
ada ke?
hahhahah

MaizaC'Joe said...

Salam...

"Cinta itu ada di depan mata"... iya lah kan... tapi.. asyik tak perasan ja.. padahal mcm beriya2.. mungkin ambil sikit masa heee.. (mcm la umo nie muda lg.. oppss.. bab2 umo ketepikan) tapi kan.. drama tue best la.. maiza balik ja kerja.. sampai2 ja kt rumah.. cepat2 uruskan diri dulu.. tak mau trlepas drama tue.. tp ada gak trlepas.. rasa cinta akan datang dng sendirinya.. (tapi mcm mn yg hadir tue semua ada kata2 cinta.. aduss.. dh mula confiuskan hehe..) maiza minat semua watak tp kan.. memey klu realiti ishh.. tak sukanya.. he.. trlebih emosi plak.. apa2pun crita tue.. memang happy anding la..

p/s : tengah bayangkan mcm mn la rupa Rashid.. tak trtahan air mata.. hee.. just kidding..

Rashid said...

asyfiqaz

hehe.. ni tentu ada seseorang di depan mata tapi hati macam tak rasa suka je. Tak terdetik ek. Tapi awas.. mana tau orang di depan mata itu akhirnya akan berjaya juga membuatkan asyfiqaz cair..

Rashid said...

Aura Khalifah
Bunga mawar merah di depan mata, bunga mawar kuning di belakang. Kedua-dua sama-sama cantik.. berbau harum dan memikat. so, camana tu B?

Rashid said...

bluecity
tuu… ooo buat tak nampak ek. Padahal blue selalu je tengok dia.. jeling jeling..

Yang pandai berpiano? ahakss!! blue tentu romantis orangnya ni.. sebab yang suka piano tu rasanya orangnya sentiasa tenang.. damai ..

Rashid said...

Maiza C’joe
Takper maiza. Ambiklah masa ..

Semua yang hadir penuh ngan kata-kata cinta? ermmm … hati-hati k. Cuba tanya hati. Biarkan hati berkata-kata.. mana yang lebih terdetik dan dekat dengan maiza?

Memey? biasalah maiza. Manusiakan. Takkan terlepas dari lakukan kesilapan. Moga ia kembali baik.

p/s- mana ada saya berair mata.. bila diorang menangis, saya gelak je.. hehe

ILA said...

Entahlahhh...(sambil geleng2 kpala)
bila dah terperangkap dlm CINTA, bisanya sgat dalam..
sgala2nya jadi huru hara..mjadi satu KONFLIK yg kdang2 tiada jln pyelesaian..
hmmmmmmm~~~

Marzalina said...

dia tu ada...tapi kan...dia dok jauh sgt hehehe....sapa ek?? ;p

biar jauh di mata tapi dekat dihati..tak gitu?

walaupun intan tak tgk citer ni..tapi cara org cerita nampak macam kisah yg sgt menarik!

Rashid said...

Ila
ermm.. naper biarkan diri terperangkap ila. Jangan gitu k..
Kita yang tentukannya. Cuba cari jalan terbaik untuk jadikan ia sangat indah.. tenang dan damai buat diri kita dan siapapun yang berhubungan dengan kita.

BEiB said...

Hmm..kata orang:
CINTA ITU BUTA
walau ada didepan mata tapi masih tak nampak..

'siapakah orang yang paling rapat dengan anda sejak sekian lama?.. dan kini siapakah orang yang mula rapat dengan anda?

menyengat! heheh

Rashid said...

Marzalina
hehe.. eehemm ehemm . jauh ek? sapa tuu.. bagitaulah saya intan.

Betul tu intan. Jauh di mata tapi dekat di hati. Moga suatu hari nanti, ia akan dekat di mata dan makin terasa dan ada sentiasa di hati.

Catwoman said...

Salam Cikgu Rashid......

Sy tak sempat tgk ending citer ni.
Uwaaaaaaa......

;)

ILA HonEyBuNNy said...

setuju sgt cikgu...tp kdg2 tu la..manusia xhargai cinta yg ada d dpn mata...hurm...

Rashid said...

Beib
Si buta ngan cintanya..
beib, menyengat ek? Moga ia dapat sedarkan kita semua…

Rashid said...

Zyma
salam zyma.
ooo kerugian yang besar.. tapi saya dengar khabar Cinta Balqis akan diulang tayang semula atas permintaan ramai.. tak taule betul atau tak.

Rashid said...

HoneyBunny
Ila, siapa yang tak menghargainya akan pasti menyedarinya jua... tapi tak taulah sama ada masih sempat atau dah terlambat. Kalau sempat baguslah tapi kalau dah terlambat pasti sesal tak berlagu. Hanya air mata ..

aDfeez said...

hurmm... bllg pun tgk cter cinta balqis nie.. mmg xleh nk lepas punya...
kesian sgt kat Hassan ngan marisa..
kdg2 terpikir.. ada lg k laki mcm hassan tu kat dunia nie??? hahhaha

marisa as desperate woman.. hehe mmg pandai giler memey berlakon.. hehe

hurmm yg ayat tu :
kadang2 manusia terlalu lupa.. cinta tu ada didpn mata....

at that time.. bllg just pkr yg selama bertahun2 nie die buang masa ngan ezany/emran... sbb last2 cinta die pada hassan juga yg die kenal sblm ezany.. hurmmm

tp apa2pun ending cter nie x bpe mantop la.. bllg expected lebih.. hihi
yelah.. die x cter ape jadi kt senah... ray...
suma diam cm tu je..
rasenya ada cinta balqis 2 kot..
tgu jela =)

Mama Danish said...

cikgu rashid..sy mmg minat giles cite tuh..yg plg sy sukepn watak hasan tu..bgitu setia ngan cintanya...wahh ending die sedey bangat...

Nurul Nadiah said...

nadia suka jugak cerita ni. ending ni enpredictable.

=)

Super Jeans & Co said...

betul2..kdg2 kita tak perasan or terlepas pandang kn..
tpi ending dia memg best...
:)

Super Jeans & Co said...

betul2..kdg2 kita tak perasan or terlepas pandang kn..
tpi ending dia memg best...
:)

LadyBird said...

cikgu..macamana kita nak kenal itu sebenar2nya cinta hati kita? sudah terlalu takut hati ini untuk menerima lamaran dari mana2 lelaki..

Rashid said...

Putri
Cinta itu akan hadir tanpa disedari. Cinta akan lahir dari diri kita sendiri dan dari si dia. Dari diri.. kita tau kita sentiasa ingin berbual dan ambil tau tentang dirinya. Bila berbual dan bersamanya kita akan rasa adanya kekuatan dalam diri. Kita suka. Kita gembira. Sentiasa senyum.. dan yang pastinya kita akan rasa kesepian bila tak dapat berbual dengannya. Bahkan akan rasa sedih bila tiba masanya ...

Putri, tengok dan baca wataknya.. tengok sejauh mana dia ambil berat tentang diri kita. Kesungguhannya terhadap diri kita.. dan kesediaannya untuk menerima diri kita seadanya (dan juga keluarga..)

Putri, kenangan lalu akan banyak membelenggu diri. Putri tak usah takut. Bukakan hati.. tengok diri dan imamnya. InsyaAllah.

Rashid said...

Belalang
hehe.. aa’ahh itulah. Rasanya dah susah cari lelaki macam hasan tu.
Yup! suka tengok memey berlakon. Airmatanya.

Rashid said...

Belalang

Betul tu belalang. Cinta itu akan berikan kemenangan pada yang mereka yang sentiasa dekat dan ‘take care’.

Tentang ending tu. saya jua tak rasa puas hati. Ada ketergantungan..
Tapi semua itu tak penting. Bagi saya yang penting hasan itu beroleh cinta setianya.

g

Rashid said...

Mama Danish
ermm.. iya memang sedih bangat. Suspen.. tuu time hasan memandang sayu pada balqis yang tengah lena di samping katilnya. Tika dadanya tercungap.. nafasnya… adoii. Ingatkan hasan akan pergi tinggalkan cinta setianya…

Rashid said...

Nadia Yuna
hmm hmm.. iya nadia. pelakonnya.. jalan ceritanya memang best.

Rashid said...

Liyana Aqilah
Liyana, lain kali liyanapun kena prihatin.. tengok sapa ada kat depan liyana.. hehe



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search