Followers

23 April 2010

Anda kehilangan orang tersayang ... bersediakah anda?


Membuat kejutan dan diberi kejutan – dua perkara yang berbeza. Kejutan kecil yang baik sebenarnya agak seronok dan kadangkala buatkan kita ketawa dan ceria saja. Aku selalu baca entri kat blog kawan-kawan, ceria dalam membuat kejutan dan diberi kejutan. Ada yang dikejutkan dengan sambutan hari lahir, hari ulangtahun perkahwinan, hari ulangtahun perkenalan, yang kita lupa tarikhnya tapi tiba-tiba dikejutkan dengan pelbagai hadiah… kek berlilin, hadiah barangan bernilai, pakaian, cincin, jam tangan dan  minyak wangi berjenama,  spek mata hitam yang harganya mungkin puluhan, ratusan dan mungkin juga ribuan.

Bagi yang berduit, mungkin dikejutkan dengan tiket bercuti kat mana-mana destinasi pelancongan terkenal. Apapun, semuanya satu kejutan yang buatkan si penerima kejutan berasa amat gembira sekali, tak sangka tapi amat suka sehingga hampir menitiskan airmata.

Alangkah indahnya apabila dikejutkan dengan pemberian sesuatu yang bernilai, apatah lagi yang dah lama diidam-idamkan. Mungkin kejutan ini buatkan seseorang itu melompat riang. Ada juga tanpa suara sebaliknya rasa teruja hingga hilang kata-kata.

Namun, adakalanya bila aku amati, baca kisah semasa serta pernah melaluinya sendiri, tidak semua kejutan itu buatkan kita rasa suka. Ada masanya kejutan itu buatkan kita rasa lemah, terus terduduk kerna hampir pitam dan airmata yang keluar spontan. Persoalannya, adakah kita bersedia untuk menerima kejutan yang lebih besar? Kejutan yang buatkan kita rasa seluruh badan lemah longlai kerana hilang tempat berkongsi kasih?


Bersediakan kita andai kita tiba-tiba dikejutkan dengan kehilangan seseorang yang amat kita sayangi dan bergantung padanya selama ini? Bersediakah kita untuk bangkit semula dan melangkah tanpa orang tersayang yang sebelum ini sentiasa bersama kita… sentiasa bagi kita semangat …  juga punca sumber kewangan kita? 

Aku tertanya-tanya, sejauh manakah kita bersedia dengannya? Bagaimanakah kita menghadapi situasi ini? Mampukan kita bersikap redha, tenang dan menenteramkan perasaan dalam menerima kejutan besar ini? Dapatkah kita menerima situasi mengejutkan sebagai satu ujian dariNya terhadap ketabahan dan keimanan kita?

Kepada teman-teman, moga kita semua tabah dan perlu sentiasa bersedia dalam menerima kejutan, tak kira besar kecil, warnanya indah mahupun suram kelam, apatah lagi kejutan yang besar dan terlalu pahit untuk dilalui dan dirasai …  


37 comments:

Chenta said...

Rashid...

Bersetuju dengan isu yg dibincangkan .

Semuanya berkemungkinan . Tiada yang kekal .


Kerana itu , kita harus sentiasa bersedia menerima segala kemungkinan yang mendatang .

Selainnya... berserah kepada Allah

Anonymous said...

kehilangan org tersayang sesuatu yg pahit utk diterima..tapi kena redha kerana yg terbaik itu hanya dari Allah..

CITY® said...

salam jumaat cikgu,
dah balik solat jumaat erk?
hehehhe..

hmmmmmmmmmm
soalan yg sukar nak jawab
kalau tgk org lain, mungkin kita kata sabar la, tabah la, lena redha dll kata2 penyaman...
tapi kalau kena pada diriku sendiri?
entah..
moga tuha kuatkan hati dan imanku

setakat hilang boyfren apa lah sangat kan?
ekekekkek...
boy fren leh cari lain, mak ayah adik beradik mana nak cari lain?
huhuhu..

sihat ke ?
=p

Muallim Adham said...

salam ziarah.. memang betul.. kita kena sentiasa bersedia... smoga kita semua sentiasa mantap deh

Wawa_Nadwa said...

kejutan seperti itu takde sape yg mahukan cikgu..

cume kita kena redha dan kuat..

tak pasti bagaimana wawa akan hadapi jika kehilangan seperti itu?? kuat kah aku?? owhh br wawa terpikir tentang itu..
hmm..

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

kejutan yang tidak disangka mungkin membuat semangat kita terbang~

Unknown said...

entahlah..sering juga teringat akan benda ni..terfikir akan kehilangan orang yang tersayang..peristiwa lepas pon masih terbayang2 lagi..x tahu la macam mana kalau benda sama berlaku lagi..Moga Allah SWT beri kekuatan untuk menempuhinya..

Che' Pit said...

PERTEMUAN satu KEBETULAN
PERPISAHAN satu KEMESTIAN

bersedia atau tidak, itulah kenyataan yang harus dilalui semua org

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

pasti kita akan menyusul nanti ...

MaizaC'Joe said...

Assalamualaikum

ALLAH.. ALLAH.. ALLAH

Maiza sangat tak kuat tempuhi dugaan sebegitu. Kehilangan orang tersayang yang selama ini tempat bergantung, tempat merayu, tempat untuk bergembira, tempat untuk meluahkan rasa suka duka.. malah juga tempat pelukan juga ciuman mesra (ayah, mak adik2) Sekiranya ALLAH menduga.. dugaan besar untuk maiza.. semua penting dalam hidup maiza. Jatuh bangun Maiza mereka2 yg di sekeliling. ALLAH... perkenankan doa, berkati orang yg maiza amat sayangkan.. tanpa mereka.. kelam dunia Maiza. Moga ALLAH TAALA.. kurniakan kekuatan pada Maiza dan kita semua... Amen Ya Robb...

Rashid said...

Linda
hmm kita kena bersedia Linda. Tak boleh 100% mengharap keadaan sedia ada …

Banyak kisah semasa menjelaskan keadaan yang berlaku.

Rashid said...

makdara terdiva
Pahit tapi kena telan, kena terima..
Kenangan itu pasti akan kembali, Cuma kita harap selagi ada.. segalanya baik-baik je.

Rashid said...

blueCity
salam..
Betul tu biru. Tapi itulah terbaiknya. Kita bagi semangat pada orang dan insyaAllah semangat itu juga akan hadir dalam diri kita.

Kalau biru hilang boyfriend .. cari je yang lain. ehemm ehemmm …
hehe

Benar, keluarga itu hanya satu. Hilangnya sukar nak cari pengganti yang sama.

ermm. saya sihat je.. t.kasih biru.

Moga birupun. Dengar dari suara tu.. dah kembali kuat.. baguslah…
Itulah yang terbaik..

Rashid said...

cikgu adham
hehe.. mantap! mantap!! gedegumm .. adushh jatuh pula..

Rashid said...

wawa nadwa
iya wawa. Kejutan yang sebolehnya kita tak nak .. walaupun hakikatnya tetap akan tiba jua. Oleh itu, sayangilah selagi mereka ada k …

Tapi kita semua kena bersedia juga … kerna dariNya akan kembali jua kepadaNya.

Rashid said...

Gadis kampung separa Bandar

yup! semangat pasti terbang… itu kita tak dapat nafi. Malah akan rasa lemah segalanya. Kenangan bersama pasti akan buatkan kita menitis airmata.. cuma kita berharap kita akan diberi ketabahan.

Rashid said...

Rozuan Ismail
rozuan, kita kena kuat. Kehilangan.. perpisahan itu pasti tiba. Cuma masa.. bila.. itu bukan di bawah jangkaan kita. Dah ketentuan dariNya. Pasrah.

Moga rozuan sentiasa kuat k..

Rashid said...

Che Pit
hmmm .. betultu che pit. Pertemuan dan perpisahan adalah lumrah dan pasti akan berlaku. Kita sekadar dapat berdoa..

Rashid said...

brutal solo
... Kita ini hanya.. satu roh satu jasad.. bila tiba nanti… terpisah ..

Rashid said...

Maiza
w’kum..

Maiza, saya bicarakan entri ini kerna baru-baru ini ada saya terbaca satu blog kawan kita.. ayahnya baru je meninggal. Itu sebab saya terpanggil ..

Beberapa hari ini, saya juga ada terbaca kat akhbar dan majalah - paparkan perpisahan.. kemalangan.. akhirnya tinggalah isteri dan anak-anak. Hilang kebergantungan ... Nak mulakan kembali .. agak jerih .. kerna tak ada persediaan akan hakikatnya akan berlaku satu kejutan.

Maiza, maaf.. ruangkan sedikit.. utk kita terima satu kejutan. Kejutan tanda mereka akan lebih disayangiNya jika itulah yang kehendakNya. Kalaupun tak kita yang awal dari mereka …

CITY® said...

salam senja nan biru..

jom next week g makan kepok leko tepi pantai kuala kemamang, minum air nyor sambil makan satar, otok etek, lalallala..

next week ku akan cuti n balik kpg seminggu. nak hantar mak cuci buah pinggang dan ada kenduri rumah kakak. jom jom
hehehheh...

tq jadi kawan biru
=)

Ena said...

Salam...

betul apa yg diutarakan..

tapi sy belum bersedia kehilangan org2 yg tersayang buat mase nie.. huhu

Rashid said...

Bluecity

salam juga ..

kepok leko, air nyor? uisss seronoknya. Time panas-panas cam ni.

Biru, pandu hati-hati k.. 80.. 90 je. Jangan pecut..

Moga biru bergembira di samping mak.
Kalau tak keberatan, sampaikan salam saya kat mak dan kakak.

p/s – sama-sama. saya juga

Rashid said...

Ena

Moga kita semua diberikan kekuatan akan kejutan-kejutan yang diberiNya ..

annfrendly said...

terus terang..
tak bersedia....
tak taw macam mana nak hadapi situasi sebegitu...
pasti sedih teramat sangat (T.T)

Rashid said...

annfrendly


k ann..sebenarnya ramai antara kita tak bersedia.. saya juga ann.

Apapun kita kena redha jua ..

ILA HonEyBuNNy said...

cikgu...ya..mungkin ila jgk xsetabah itu nak hadapi...Ya Allah....xtahu la cmna nak hadapi.....moga semua nya ok kn cikgu....sbb tu la bila kita gembira..kita plu egt jgk...xselalu kita nak gembira kn....;-(

DUN Behrang 2020 said...

Sejujurnya...tersangatlah belum bersedia...tapi siapalah kita...hanya dipinjamkan di dunia ini...Allah Maha Mengetahui!

Afida Anuar said...

Salam cikgu rashid.. saya tak sanggup..even duk terbayang-bayang pun dah tak sanggup, kalau benar-benar terjadi nanti..waAllahualam la...

saya harap biar la saya yang pergi dulu, dari mereka-mereka yang sangat saya sayang, tapi ajal maut semua tu Allah dah tetapkan. saya redha..

ATikah Mustapa said...

terima kasih atas nasihat anda...bukan seng nak cari pasangan yng benar2 hak kite...

Rashid said...

HoneyBunny
iya ila. Moga semuanya baik-baik je.
Hidup ini adakala warnanya terang.. adakalanya suram ..

Rashid said...

DUN Behrang
hmm hmm DUN .. rasanya memang ramai kalangan kita tak bersedia.. kalau bersediapun memang tak sanggup rasanya utk kehilangan..

Rashid said...

Afida Anuar
yup afida. Bayangan itu mungkin akan sedarkan kita betapa kita sebenarnya terlalu dan amat menyayangi mereka.. takut sangat kehilangan..

Idalara said...

salam rashid..
mcm kebetulan pulak..baru je kak ida postkan entry pasal beri kejutan..bila buka blog rashid rupanya hal yg sama diperkatakan..mng seronok bila menerima kejutan dn beri kejutan pd seseorg dn dihargai..
namun menerima kejutan kehilangan sesorg yg terdekat dan paling disayangi belum pernah terjadi dlm hidup kak ida..jd kak ida tk dapat bayangkan bagaimana rasanya..

namun..kdg2 bila terdetk sj dalam hati akan kehilangan itu airmata kak ida pasti mahu menitis..tak amhu dibayangkan bagaimana...apa2an terpaksa redha dn pasrah.

Rashid said...

Idalara

salam ..
kak, jgn bayangkannya.. cuma doakan yang terbaik utk semua..

Sayang dan hargailah mereka..

hana@cat said...

redha..pasrah. sudah tentu.
kerana tak berupaya selain menerima apa yang telah ditetapkan..
hidup perlu diteruskan.
cuma.. sedih di hati pasti akan ambil masa yang lama untuk hilang.
hanya doa dapat dikirim sebagai tanda sayang buat orang yang telah tiada..

Marzalina said...

intan harap..disuatu masa nanti jika diuji dengan ujian yg berat sebegini..intan akan jd manusia yg paling tabah dan redha..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search