Followers

07 April 2010

Suara hati melawan bisikan ...


Jam 5.00 petang tadi. Balik dari kerja, aku singgah beli akhbar. Dalam asyik menatap akhbar, terdengar suara tuan kedai, menachi India sedang bercakap dengan seorang pakcik. Aku berpaling. .

“Pakcik nak minum air ke?” Menachi itu bersuara.
“Takperlah. Pakcik nak rehat..” (aku dengar agak gementar suara pakcik itu..)

Aku amati pakcik itu. Dia duduk atas lantai kaki lima kedai menachi. Rupanya Kelihatan lemah dan sakit.

Dengan suara perlahan, aku tanya menachi …
“Kenapa pakcik tu?”

“Pakcik tu baru keluar dari klinik. Dia sakit. Dah lama sakit. Tak larat nak berjalanlah tu…”

“oooooo..” Aku amati lagi pakcik tu. Kasihan pula aku tengoknya. Duduk atas lantai kaki lima kedai menachi. Riak mukanya macam menahan sakit.

Aku menghampiri pakcik itu.

“Kenapa ni pakcik.. Pakcik sakit apa?”
“Macam-macam.. Ni buah pinggang dah teruk dah. Darah tinggi..kencing manis.. semua ada..”

“Pakcik tinggal kat mana? Ni nak balik camana ni. Tunggu sapa ambik?”
“Tak taulah nak…Pakcik tinggal kat Batu Jong. Sebelah warung..”

“Batu Jong.. alamak jauh tu. Pakcik ada sapa-sapa ke kat sini. Anak ke.. boleh saya telefon”
“Anak pakcik semuanya tak ada kat sini. 2 orang kerja kat Putrajaya.. sorang lagi kerja kat Maybank.. sorang lagi kerja bahagian timbang.. semua duk jauh”

[Aduhai camana ni.. Aku mula berbelah bagi. Hati ada bisikan - alaaa tinggalje lah pakcik tu. Mungkin ada kereta lain akan ambik pakcik tu. kan baru pulang dari kerja. Rasa letih .. baju kerja dari pagi masih belum bertukar. Badanpun rasa melekit je. Tambahan lagi, aku dah dekat dengan rumah. Terasa nak mandi.. nak berehat. Tapi suara hati aku... iya suara hati melawan bisikan … ]

“Okeylah pakcik, biar saya hantar pakcik”.
“Takperlah nak..”
“Takper pakcik. Biar saya hantar..”
“hmm ..”

Dalam kereta, aku terus berborak dengan pakcik. Diceritakan segala penyakitnya… tentang Doktorpun dah tak dapat buat apa-apa. Kata doktor, kedua-dua buah pinggangnya dah rosak. Diceritakan juga kisah anak-anaknya… Diceritakan juga tentang… “bila pakcik matipun, bukannya anak-anak pakcik boleh buat apa. Mereka kerja… duduk jauh.. bla bla bla..”

Semasa memandu pulang, tanpa aku sedar.. menitis airmata… sebak dada. Sebak bila melihat keadaan pakcik itu tadi dan mendengar kisahnya.

p/s – Masih teringat akan senyuman pakcik itu dengan matanya bergenang airmata semasa aku tinggalkannya...


28 comments:

Che' Pit said...

syabas cgu kerana mengikut kata hati yang nurani..

Unknown said...

nasib kita tak tahu macamana mana nanti.........cerita ni pengajaran untuk dikongsikan..

CITY® said...

salam cikgu,
hmmmmmmmmmmmm..
teringat lak kat mak kat kemaman ni
huwaaaaaaaa..
semalam baru kol pun, esok mak pun g cuci buah pinggang lagi,
alhamdulillah, kami ada giliran hantar n tunggu mak di spital.
walo ku jauh di kajang, ku tetap kena jalankan tjawab ku. ujung bulan ni balik lagi, yahuuu.. leh makang kepok, ekekekek...
ku rindu mak ayah ku, ku kesian kan mereka, hmmm..
ehhhhhhhh.. teremo lak dlm n3 ni,
heheeehhe..

sori!!

Ayue Aishah said...

Ya Allah...
sedihnye.....
siyes.... nk menitis air mata bile bace entry ni....
sgt kesian kat pakcik tu...

semoga kite xtrgolong dikalangn anak2 yg mcm tu....

hargailah ibu ayah kite.. jgn lupekan mereka bile kite dah berkerjaya....

duit boleh dicari... tp mak ayah, xde penggantinya...

Kei Hiroki said...

kesian saya dengar citer pakcik ni..
saya azam xbuat parents saya macam 2..
huhu..

annfrendly said...

sedihnya baca kisah ni..
baik betul hati cikgu..
cikgu sangat prihatin.
tak ramai orang macam cikgu taw..

errmmm ann selalu terfikir.. macam manalah nasib ann di hari tua nanti...

Cikgu Kool said...

Rashid...tak snap ke gambor pakcik tuh? Buat iklan kot-kot anak-anaknya terperasan!

LEMONADE said...

sedihnya bc kisah ni.. ;(

Rashid said...

Che’Pit
ermm.. sedih juga kerna terlintas dengan bisikan itu…

Rashid said...

blueCITY
salam
Iyake biru. Emak biru dah sampai tahap cuci ek..
saya fahaminya kerna mak saudara sebelum inipun pernah tiap-tiap minggu pergi cuci..

Moga biru sentiasa tabah. Luangkan masa. Carilah masa untuk bersama emak. Jangan dilayan perasaan bercelaru letih semasa jaga mak. Jangan biarkan bisikan itu semua.

Selagi mak ada.. . kerna tiadanya 2 seperti mak ..

Rashid said...

Jinggo
Iya jinggo. Sayapun terlintas juga begitu.. kerna kita semua akan menempuh laluan itu.. tua .. sakit ..

Rashid said...

Ayue Aishah
hmm hmm.. begitulah ayue. Sayapun tak tahan.

Emak ayah hanya satu. Perginya pasti akan dikesali jika kita tak cuba cari luang untuk bersamanya. Memang kita sentiasa sibuk dengan kerja (kadang tuu.. biarkan diri kesibukan..) sehingga tak ada masa nak jengah mak ayah. Bila mak ayah pergi.. barulah dinangisi yang tak ada lagi ertinya..

Saya hingga kini masih kesali … kerna tak dapat luangkan masa dengan ayah. Perginya jua..

Rashid said...

asyfiqaz
Baguslah kalau macam tu asyfiqaz. Jangan biarkan diri kita dihanyutkan dengan duniawi hingga lupa mak ayah…

Rashid said...

annfrendly
Takde ann. Saya juga sama .. entahlah tak sampai hati bila ada dekat dan melihat orang tua-tua seperti itu. Hati saya tak tenang kalau tak cuba lakukan sesuatu..

Betul tu ann. Kita semua akan tua jua nanti.. moga kita tak hanya bertemankan katil hospital..

Rashid said...

Daddy cool
Daddy.. tak terlintas le masa tu. hehe.

Rashid said...

Lemonade
Moga semuanya dapat berikan kita satu renungan elis.. renungan untuk masa depan yang bakal kita lalui.

Chenta said...

alaaaa... awak nie kann....

Saja nak buat saya nanggissss..

Saya berdoa moga Allah bukakan pintu hati anak-anaknya .

Ermmm....

Melangkah GAGAH bersama jiwa yang murni . Bagus !

Mohd Hazaruddin said...

salam,

touching n insyaallah akan disematkan di hati ...
alhamdulillah, i still have both of them and insyaallah ...
selagi ada masa di darat ni i'll take care of them ...

thanks

Unknown said...

budi yg baik pasti dibalas baik jua oleh Allah SWT...tahniah sbb ikut kata hati yg baik :)

Unknown said...

budi yg baik pasti dibalas baik jua oleh Allah SWT...tahniah sbb ikut kata hati yg baik :)

Rashid said...

Linda
Linda.. nak nengok Linda nangis boleh tak.. tentu makin manisss..
Entahlah Linda. Kerjaya anak-anak membatasi masa dan ruang untuk bersama mak ayah. Kita ini yang ada masa dan berkesempatan.. gunakanlah sebaik mungkin.

psstt!! Linda.. saya masih melangkah gagah.. hehe

Rashid said...

Mohd Hazaruddin
Begitulah yang baiknya hazaruddin.. jangan biarkan kesibukan kerja semakin menjarakkan hubungan kita dengan mak ayah. Sehebat manapun kita dalam berkerjaya tak akan ada nikmatnya seandainya mak ayah tak bersama untuk kecapinya..

Rashid said...

anak ain
Doakan saya sentiasa bersama suara hati yang baik k ain ..

Elya Roza said...

sebak nyee..hu3...mujurr pakciktu bertemu dgn org ygbaik hati...

Adinda Amy Sensei said...

alaa.....sedihnye bace entry ni....

Rashid said...

Elya Elmo
ermm.. bestnya abc (kuar tajuk.. hehe)

Rashid said...

Cik Amy
Itulah amy.. tak tau camana kita pada saat itu nanti. moga semuanya baik-baik je..

Nur -al- Ain said...

syukur cikgu di jalan yang benar. HAHA

kadang kadang mase drive, kesian tengok org yang jalan kaki, tapi bile nak tolong jadi takut bile baca macam2 kisah jadi sekarang. we are not feel free to help. macam mane tgh tolong tibe2 diacukan pisau. its happen kn? tu la, sebab segelintir manusia yang ambik kesempatan atas kebaikan, kite yang lain jadi fobia kan. sekarang, kes ragut banyak, nak keluar buang sampah pun patut tanggal semua emas permata. dunia,dunia...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search