Di suatu pagi yang tenang. Tepian sungai. Sempat aku snap gambar seorang gadis cina bersama pemuda Melayu. Pemuda itu mengajar gadis cina tentang cara menjala ikan.
Melihat situasi itu, terlintas dalam fikiran akan kata-kata:
“Untuk mengajar seseorang itu berdikari dan berjaya dalam hidup, jangan berikan ikan, sebaliknya berikanlah pancing untuknya menangkap ikan…”
Dan kini di depan mata … aku lihat pemuda Melayu itu bukan berikan pancing. Sebaliknya berikan jala. Bagi aku, jala dan pancing, konsepnya sama. Malah rasanya berikan jala lebih baik daripada berikan pancing. Ini kerana jala lebih cepat, jimat masa dan kalau mengena hasilnya akan lebih banyak juga. (Opss!! kaki pancing tentu tak setuju kenyataan ini. hehe)
ermmm… tergambar dalam fikiran aku lagi melihat situasi. Sememangnya kehidupan ini sungguh indah sekali. Penuh warna-warninya. Kitalah yang melihat, melakar dan mencorakkan warna-warni itu.
36 comments:
salam cikgu,
berikan aku piano bukan lagu
berikan aku bekas bukan nasi
berikan aku cahaya bukan bintang
berikan aku tepak bukan sirih
berikan aku hati bukan rindu
berikan aku pandang bukan airmata
berikan aku kasih bukan cinta...
hukhuk...
maaf
kail konsep dia 'menunggu'..tapi objektif sama je..waa...dah lama aku tak menjala ni=)
pemuda ker cam pakcik jer..heheh...
mungkin seorang penduduk kampung mengajar pelajar U dalam program baktisiswa...
apapun anologi situasi dgn “Untuk mengajar seseorang itu berdikari dan berjaya dalam hidup, jangan berikan ikan, sebaliknya berikanlah pancing untuknya menangkap ikan…” tu menarik tuk direnungkan...
corakkan la dengan baik, semoga hidup ini bertambah baik.
soso comel...blaja gune jaring
semangat 1 malaysia ni..
bagus..
rajin gadis cina tu belajar menjala ikan..
erm.. betul kata-kata tu..
macam kucing.. bagi biskut.. dah tak pandai tangkap tikus.. nampak tikus lari nyorok kat semak.. padahal tikus lagi kecil darinya.hehhehe
salam ziarah.
teknik untuk mendidik.
'Jangan berikan ikan tetapi campakkan jala dan ajarkan cara menjala'. :)
walaupun abah kaki pancing
tapi tak penah try pegang joran
he he he
wah,mcm paparazzi plak..hihik;p
blueCITY
salam biru ..
ermm. indah kata-kata biru. kelu saya ..
“berikan aku hati bukan rindu
berikan aku pandang bukan airmata
berikan aku kasih bukan cinta...”
sayu je. nangis ek..
bH
a’ahh kail tu satu ‘kesabaran’ .. mungkin juga satu 'kepuasan'.
Ada kawan saya, kaki pancing. Bagi dia, kalau tak dapat ikan takper. Janji dapat lempar mata kail kat dalam sungai.. satu kepuasan tak terhingga baginya.
Bapak
Iyake bapak.. hehe. satu andaian yang mungkin ada kebarangkalian.
Satu pandangan fikir yang baik.
cik LyndaWawa
iya cik Lynda. Moga lakaran itu semakin cantik.
Amira Is Mira
yup. Guna jaring. Rasanya tak semua orang pompuan pernah menjala ikan..
kan kan amira.
annfrendly
Ia ann. Orang cina memang rajin. suka mencuba dan belajar. Itu kekuatan mereka.
Haha!! Betul tu ann. Kucing sekarang ni penakut. Fobia.
tuu la ann. Ann duk selalu bagi makan biskut. Kan dah tukar tabiaat kucing tu.. Ann lain kali latih kucing ann tu. Guna bahasa gerak badan. Tuding jari je.. biar kucing tu lompat-lompat cari kucing.. hehe
BalqisShafiqa
salam..
Iya balqis shafiqa.. uisss nama.. macam duk negara Arab pula.. heehe
Hazzy Ishak
Adake cam tu. Balik nanti bagitau abah. Pinjam joran tu. Pegang.. gosok-gosok.. cium sekali k.. ahakss!!
merahjamboo
Sekali sekala je. Apa yang berlaku kat depan mata.. rasa tersentuh.. terus snap je..
menjala mmg paling sng tangkap ikan..tp klo dpt la.ikot naseb..hee
cikgu sihat??heheh..ila dah xbz..uwawwa....wah..ila pun tersentuh la tgk gadis cina tu..dia ada minat untk belajar menjala..jrg terjumpa kot kn..ihih
berikan aku cinta tanpa syarat...
gooseberries
hehe. kalau tak dapat nampak gaya kat kedai le carinya..
honeybunny
saya sihat je ila..
iya sekarang nak tgk budak melayu menjalapun susah, inikan budak cina.. Dunia ict katakan ..
ilaaa…
idalara
ermm penuh bermakna kata-kata kak ida tu..
Nak renung jap..
eny ada sorang kawan cina.. gadis..
dia bercinta dgn jejaka melayu..
parents dia tak suka..
kesian dia :(
Rashid..
Wahh... konsep MENJALA .
Jaga-jaga...
Jangan tertangkap hati yang lara
bisa membuatkan jiwamu terluka !
oppps !
jala lagi bess boleh dpt bnyk tp takde trill..hehe
sekarang semua beli ikan kat pasar jer...hehe..tp bagus betul chinese girl tu...
rasanye hubungan melayu dan cina tu lebih menarik untuk diperkatakan berbanding jala ngn pancing tu
:)
enyheartsdiamond
ermm.. tersentuh amat ..
Rasa sedih pula. Terimbau tiba-tiba .. memori UKM ..
Linda
haha!! jala ikan le Linda..
tuu tentu simbolik muncul dalam fikiran tu.
Linda, jiwa memang lama dah terluka.. opss!!
Posh76
Iya posh. Memang le. Kawan saya tu kalau tak pancing ikan rasa resah gelisah semacam je.. hehe
kancilbiru
Kalau masa takde.. beli je le ikan kat pasar. Tak susah-susah. Tapi bagi seorang gila pancing.. Ikan kat pasar tak sedap!!
centado
wah! bagus fikir tu. memang tepat sekali. Sebenarnya gambar itu .. dalam fikiran saya banyak yang saya tafsirkan. Segi perkongsian keilmuan & kemahiran tanpa prejudis, segi cinta tak kenal rupa… segi masa.. kesabaran ..
cikgu..lagu yg dimainkan piano ni lagu hindi kan?filem fanaa n pardes?
tu je cam
kekekkkeekke
wohaaaaaaaaaa
((mmncing guna pncing lbh byk ajar kita mkna hidup kot..sbb sabar,cekal,pasrah,redha, impian, kasih syg sumenye trltak kat situ..slagi tk dpt..slagi tu kite akn berusaha))
weeeeee
pndngn budak kmpong je..huhu
slm ckgu;)
Jane
salam
a‘ahh .. lagu dari filem fanaa & pardes..
hehe.. ni tentu peminat hindi kan.. Tepat.
Iya. Banyak yang dapat diambil dari ‘pancing’ itu. Akan erti sebuah kehidupan ..
Jane pandangan yang baik..
Post a Comment