Followers

27 May 2010

Kerana seekor lalat, kita boleh ke syurga atau neraka?


“Cikgu rashid duk tenung apa tu?” aku disapa ngan lembutnya oleh cikgu Syidah, cikgu Sains.
“Ni…  saya duk perhatikan lalat.” spontan je aku jawabnya.

“Apa yang menarik sangat tu? Jauh je renungan cikgu saya tengok.” ujar cikgu Syidah lagi.
“Iya. Saya terlintas... teringat .. kerna seekor lalat, kita boleh ke syurga atau ke neraka...” jawabku selamba.
“Wah, sangat mendalam sekali maksud cikgu…” cikgu syidah senyum.

Macam biasa. Aku balas senyum. Dah biasa teman-teman bertanyakan soalan sebegitu pada aku. Mungkinkah kerana pandangan hati aku ‘sering menembusi’ …



Iya. Tadi kat kantin, aku tengok ada 2 ekor lalat kat atas sebuah meja,  tiba-tiba je aku terlintas akan kata-kata Imam Ahmad Ibn Abi Syaibah yang meriwayatkan dari Saiyidina Salman al-Farisi. Kisah tentang 2 orang lelaki dan lalat, syurga dan neraka.

Salman berkata: “Seorang lelaki masuk syurga kerana seekor lalat dan seorang lelaki masuk neraka juga kerana seekor lalat”

Mereka bertanya, “Bagaimana itu terjadi?”

Ia terus bercerita: “Dua orang lelaki berjalan melalui sekumpulan kaum penyembah berhala. Kumpulan itu tidak membiarkan sesiapapun berlalu dari tempat itu sebelum menpersembahkan korban untuk berhala mereka.”

Kaum itu berkata kepada salah seorang dari keduanya: “Persembahkanlah sesuatu untuk berhala.”
Ia menjawab: “Aku tak memiliki apa-apa.”
Mereka berkata: “Persembahkanlah walau seekor lalat.”
Ia lalu mengorbankan seekor lalat kepada berhala dan mereka itupun melepaskannya pergi.
Salman berkata: “Orang itu masuk neraka!”

Kaum itu berkata pula kepada seorang lelaki yang lain: “Persembahkan sesuatu untuk berhala walaupun seekor lalat.”
Lelaki itu berkata: “Aku tak akan persembahkan apa-apa selain kepada Allah s.w.t”
Mereka lalu memenggal kepalanya.
Salman berkata: “Orang itu masuk syurga!”


Aku terus perhatikan lalat itu. Kecik je tapi ada kisah yang besar. Maha kuasa Allah s.w.t dan ciptaanNya…

20 comments:

Lucy S. said...

waaah! tak pernah tau pun cerita ni. thanks for sharing!

Reen said...

terima kaseh berkongsi!
^^

Marzalina said...

kisah tauladan yg sangat menarik..
walaupun hanay seekor serangga yg dianggap tiada makna...tapi ia boleh menjadi penyebab untuk ke syurga atau neraka..

Chenta said...

Rashid...

wahhh.. mendalam sungguh .

nurayunni said...

pernah bunuh lalat...:(

DUN Behrang 2020 said...

Setiap kejadian itu ada hikmahnya...
errr...dua ekor lalat tu buat apa atas meja? Lalat yang lain pergi mana? Banyak lak soal ye...hihihihihi!

piewahid said...

salam,
tahniah & t kasih, n3 yg sungguh bermakna.

Rashid said...

Alynn notnot
okey alynn. cerita tersembunyi ..

Rashid said...

reen sofee
sama-sama reen sofee..

Rashid said...

Marzalina
iya intan. setiap kejadian ada tersirat maksud yang boleh direnungi.

Rashid said...

Linda
Sedalam-dalamnya lautan India.. dalam lagi …

Rashid said...

Nurayunni
hehe.. sama kita .. masa budak dulu pernah main kejar-kejar ngan lalat..

Rashid said...

DUN Behrang
2 ekor lalat.. alaa dia duk borak-borak je. Tak ada sengga_ _ pun.. hehe
Lalat lain tak nak kacau daun kot.. hehe

Rashid said...

piewahid
salam..
k piewahid.. sekadar berkongsi ..

Suraya said...

Wah!!Hebatnye...
Suka dengar cerita2 mcm ni...

ILA HonEyBuNNy said...

cikgu...ila pun baru tahu...menarik..nak tgk lalat la..ehhe

Rashid said...

Suraya

ermm... suraya? saper ni ..

Rashid said...

Honeybunny

Bila tengok-tengok tu kena pilih yang baik-baik je tau ila. Seab lalat ni ada sikit gelenyarnya.

haha!!

annfrendly said...

wah.. pandai cikgu bercerita..
nanti sebelum anak cikgu tidur mesti cikgu bercerita dulu kan :)
bedtime stories...

err.. memang tak berbaloi masuk neraka kerana lalat kan..

Anonymous said...

saye baru nk bunuh seeokr lalat td sebab tetibe je die dtg n kaco saye study...terus la cri maklumat pasal lalat ni...kot2 la die nk wakil..''tteee''....tetibe lak jumpe blog ni...thanks...saye x kn bunuh lalat sekor ni..:)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search