Followers

23 July 2010

Benci tapi rindu …



Sekadar gambar hiasan ... PTK ..



Aku parking kereta. Semasa berjalan ke rumah seorang kawan untuk majlis tahlil, terdengar suara dari belakang.

“Tahniah! syid … 4-4”

“4-4?”  Aku berpaling menghadap suara. Tak cam suara orangnya kerna suasana agak suram. Gelap sikit.

“oooo Man kau rupanya.”

“Tahniah syid!  dapat 4-4”
 “4-4 apa tu?”
“PTK... kau dapat 4-4.”

“uiss iyake ni? Kau tau dari mana ni Man?”
“Cikgu Zainuddin bagitau. Dia pergi PPD petang tadi. Ambil slip PTK. Dia dah buka semua sekali. Kat sekolah kita, 2 orang je dapat 4-4. Kau dengan Cikgu Ali”

“oooo iyake. Syukurlah kalau betul-betul. Rezeki .. ”

“Mari no ic kau. Aku check sekarang.”
“okey.. no ic nya ….”

Tak sampai 10 saat, terus tertera keputusan PTK.
Yup! benar… aku dapat A   ..     4-4

“Wah! Naik P2. Tiga ratus lebih naik gaji tu…”

Aku sekadar senyum. Dalam hati terus terdetik nak berpuasa sunat. Tanda syukur aku padaNya. Syukur akan rezeki dariNya…  kerna peperiksaan PTK sebelum ini aku telahpun diberiNya 4-4. Kali ini sekali lagi aku diberinya 4-4.





p/s
– PTK?  aku teringat suara-suara mengenainya. Ada orang suka ada yang tak suka. Tapi rasanya ramai yang tak setuju dengannya. Ramai yang membencinya. Namun bagi akulah, rasanya ramai yang ‘merindui’ walaupun ada bencinya. Merindui jika lulus 4-4 dan membencinya jika gagal mendapatnya. hehe

22 comments:

annfrendly said...

wah... tahniah cikgu.. seronoknya.. murah rezeki cikgu.. berkat usaha cikgu jugak.. dapat score 4-4..

Afida Anuar said...

Alhamdulillah...murah rezeki cikgu rashid...

ni yang rasa nak suruh Cikgu Rashid belanja nasi minyak sepinggan ni!..hehe

Marzalina said...

tahniah..

mudah2han rezeki semakin berlipat kali ganda..amin...

p/s: boleh belanja makan ler ni..hehehe

Anonymous said...

menyampah tp rindu boleh tak?? haha!

AkuBukanLelaki said...

tahniah cekgu...sye pun mau gaji seperti kamu..kehkehkehhh

eiza in the house.. said...

cikgu..eiza pn rindu cikgu..

MaizaC'Joe said...

salam

Tahniah.. wahh.. bila nak belanja maiza nie...

maiza sayang PTK.. kalau dapat mmng best.. klu tak dapat tue.. cuba lagi..

Rashid said...

annfrendly
ann.. terima kasih. rezeki dariNya. Tak dapat nak kita jangka. Ia tiba-tiba ..

Rashid said...

Afida Anuar
wah! nasi minyak? ermmm naper tiba-tiba teringat nasi minyak ni? tentu ada seribu makna …
Fida.. jom jom .. kita makan sama-sama .. (masa makan tentu fida tertunduk malu…hehe)

Rashid said...

Marzalina
Intan terima kasih. jom saya belanja intan.. bagitau je kat mana.. bila..

Rashid said...

makdara TERDIVA
haha!!! 'menyampah tapi mata tetap memandang sayu kat si dia .. sambil hati berdebar-debar'

Rashid said...

mendatak hijau
terima kasih.. mudah-mudahan awak dapat .. dengan izinNya ..

Rashid said...

eiza in the house
ermmm… bila diri dirindui langkah kaki semakin gagah .. terima kasih eiza kerna perasaan itu.. Ia sungguh indahkan ..

Rashid said...

MaizaC’joe
salam
belanja? jomm sekarang juga.. hehe
Iya. Kalau ada rezeki lulus 4-4 PTK.. gaji bertambah .. seronokkan.. dengan exam gaji naik..

Kamsiah yusoff said...

salam
tahniah...rezeki,kan...
saya pun seronok jugak sbb hubby pun naik gajinya dan baru dapat bonus...
yg best DRB-HICOM bayar bonus 2 kali setahun....:)

aliadijamina said...

Hurrayyyyyyyyy..... naik gaji lagi yer Datuk Mamanda.Bestnyerrrr.
Tahniahhhhhhhh !!!!!!!!!!!

Rumah Kuning said...

cikgu rashid,
tahniahhhh

Rashid said...

Kamsiah
salam
terima kasih..
wah DRB-HICOM bayar bonus 2 kali setahun.. kaya tuu.. hehe
padanlah kamsiah senyum je .. sekali dapat bonus maka kuarlah suara manja ‘bang.. bang .. belikanlah..‘ hehe

Rashid said...

aliadijamina
iya nek kebayan.. rezeki nek..
Naper nek nak minta Datuk Mamanda belanja nenek ke? bagitau je apa nenek nak? wira? kancil? rusa? ermmm dah agak. Pasti rusakan? ahhaks!!

Rashid said...

Rumah Kuning
terima kasih .. moga cikgu rumah kuningpun dapat juga k ..

[ija fareeza] said...

tahniah cikgu..
:)

Rashid said...

Ija fareeza

terima kasih ija..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search