Jam 1.00 petang tadi, aku tengok program ‘Apa Kata Wanita’ saluran TV1. Aku amat tertarik dengan kelebihan seorang genius nombor, seorang pemuda cina (juara bertahan sejak beberapa tahun dalam pertandingan daya hafalan nombor seluruh Malaysia) telah diuji oleh zamzarina untuk mengingati nombor-nombor. Dengan angka-angka yang begitu banyak yang ditulis oleh zamzarina secara spontan, telah berjaya diingati oleh genius itu hanya dalam masa beberapa saat saja. Terpegun aku melihat cara dan gaya genius itu. Malah dalam masa mengingati nombor-nombor itu sempat lagi dia berseloroh dengan penonton. Kalau kita, biasanya dalam proses menghafal, tentu tidak mahu ada sebarang gangguan suara-suara luar. Sebaliknya beliau tak kisahpun. Tak terganggupun.
Semakin menarik apabila genius nombor itu ditanya mengenai kaitan otak dan daya ingatan dalam hubungan lelaki dan perempuan. Genius itu mengatakan, orang lelaki dan perempuan mempunyai kuota yang berbeza. Orang lelaki biasanya mempunyai 8,000.00 kuota kata sehari. Manakala orang perempuan mempunyai lebih kurang 25,000.00 kuota kata sehari. Oleh itu, sudah tentu wujudnya perbezaan yang jelas antara mereka.
Mengikut genius nombor itu, orang lelaki biasanya sudah banyak menggunakan kuota semasa kat tempat kerja. Apabila balik ke rumah, biasanya orang lelaki akan agak ‘pendiam’ sikit. Tak banyak cakap, kerana kuota katanya telah banyak digunakan semasa bekerja. Berbeza dengan orang perempuan, mereka mempunyai kuota kata yang banyak. Oleh itu, walaupun dah balik dari kerja, kat rumahpun masih lagi nak bercakap. Masih banyak lagi nak diperkatakan.
Seperkara lagi, menurut genius nombor itu, orang lelaki hanya suka fikirkan perkara yang besar dan menyeluruh. Biasanya soal kerjaya. Mereka jenis visualisasi yang amat sukakan gambaran (sebab itu mereka sukakan wanita yang seksi?). Manakala orang perempuan, lebih suka fikirkan sesuatu perkara dengan detail, halus dan terperinci. Orang perempuan suka diberi perhatian, suka dipuji dan bercakap soal yang sekecil sekalipun, misalnya soal anting-anting. Sedangkan orang lelaki tak berapa suka borak soal yang kecil sebegitu dan tak suka memuji. Itulah yang biasanya antara penyumbang wujudnya permasalahan dalam sesuatu hubungan. Salah faham kerana masing-masing tidak memahami perbezaan ini.
p/s - yup! orang perempuan memang suka dipuji .. akan lembut hati ...
p/s - yup! orang perempuan memang suka dipuji .. akan lembut hati ...
23 comments:
salam cikgu,
semoga sihat dan sentiasa bahgia dan dirahmati allah swt selalu, amin.
saya, malu jika di puji didepan cukup setakat dihargai ...
menarik n3 dan info ni. tq
Cikgu, cepat puji saya comel! haha
betul..betulll..pompuan selalu nak benda kecik2 jadik isu..tapi lelaki buat tak tau jek..
menang betul2 layak dapat gelaran genius...memang tepat apa yg dikatakan.
namun akak tak suka dipuji..kerana rasa pujian tu tak ikhlas...lagi org memuji lagilah akak rasa ada ajenda disebalik pujian tersebut.
Info yg menarik... camne gayanya kalu org lelaki dipuji dek wanita.. tu diaaa..
hehe..nice sharing cikgu..
banyaknya kuota orang perempuannn...patut lah..hehe
blueCity
salam..
alhamdulillah saya sihat je biru
hehe.. saya sedang bayangkan biru tertunduk malu dek pujian si dia .. sipu-sipu..
ain fathihah
ermm.. ain comel manis lagi.. Ain, rasanya bila ain pergi shopping kat supermarket kat mana jua pasti ramai orang ikut kat belakang ain.. kan ain. hehe…
ain comel bila nak belanja abg? Abg dah puji melangit tu..
cdot the cdot
haha!! yup benar sekali. Benda kecik selalu diperbesarkan .. pot pet pot pet.. orang laki pula selalu buat dhekkkkkkk je.. control macho gitu..
Idalara
kak.. apa salahnya terima pujian. Jika itu yang benar terimalah seadanya k.. syukur ..
Sebenarnya kita dapat rasakan sama ada pujian ikhlas atau sebaliknya.. melalui getar suara dan reaksi jujur..
azlanlin
Kalau orang laki kena puji alamak habislah harta dan khazanah berharga.. hari-hari belanja pompuan pergi shopping. Makan sana-sini. Beli itu ini.
Afida Anuar
hah! tau takper.. ayat ‘patutlah’ tu ada pengakuan ikhlasnya … tak habis. Dari pagi sampai malam kalau boleh nak cakap je.. hahaha!! larikssssssssss..
hehe yg gurl tu memang btol
salam cikgu...setuju sgt2 neh....orang perempuan memang suka di puji....hehhe...;-) tersenyum ja ila neh...haha
fyna
kan kan fyna..
Honeybunny
iya ila. Memang orang pompuan gitu. Bahagia dan ceria sepanjang hari (hingga ke alam mimpi?) bila kena puji.. terutama bila sidia yang puji lagilah kan..
hehhehhe...;-) (ila masih tersenyum lagi neh) sbb tu la lelaki kena memahami wanita....;-) biar la sikit pun pujian tu...jnji ikhlas n dr si dia....hahah...;-) (maloo)
yg penting give and take
saling tolak ansur lah
org perempuan mmg suka dipuji
dan kdg kala sentiasa rasa xcukup
tu yg x best
salam terjah kembali blog cikgu..
interesting post..ehehe..
saye xsuka dipuji.. =P
Honeybunny
wah senyum ek.. sayapun ..
Ila, orang pompuan memang indah.. satu anugerah kepada orang lelaki..
saya ni jenis suka beri pujian secara spontan je ..
p/s – bila saya beri pujian saya tengok bukan main suka orang pompuan .. senyum je..
Noor
yup! orang pompuan kalau boleh rasanya nak dipuji siang dan malam. kan noor.. haha!!! lariksss
Lalink
oooooooo iyake tak suka dipuji. Tapikan kalau sekali dipuji rasanya noor terus terbang tinggi-tinggi… hehe
isk.. patut lah lelaki suke perempuan seksi.. aiyooo... hehehhe..
cikgu ni mesti jenis tak banyak cakap kan?
saya suke bercakap dengan orang yang saya senangi.. tapi kalau orang tu saya tak berapa rapat.. saya diam aje..
err.. kalau dipuji saya tak tahu nak buat muka macam mana..
boleh pulak macamtu.. hehehe..
alahai.. pelik2 aje..
Post a Comment