Followers

31 July 2010

Lelaki Melayu gagal penuhi citarasa perempuan Melayu?


Lelaki Melayu dah hilang machonya? Dah hilang daya tarikan dan pikatnya?

Benarkah persoalan ini semua? Adakah orang lelaki berbangsa Melayu tidak lagi boleh diharap dan gagal dalam memenuhi citarasa wanita Melayu, khususnya wanita berpendidikan tinggi, lulusan Universiti?

Tertarik betul aku dengan kajian ilmiah Lulu Marlya Abd Rahim dari Universiti Nasional Singapura yang tersiar baru-baru ini. Tesisnya yang membolehkan beliau mendapat Ijazah Kelas 2 Atas itu menyelongkar isi hati siswazah Melayu berusia antara 23 hingga 55 tahun, yang telah berumahtangga dengan lelaki bukan Melayu.

Hasil kajian Lulu itu mendapati antara faktor mereka menolak lelaki Melayu ialah kerana kebanyakan lelaki Melayu sekarang kebanyakannya berpendidikan rendah. Manakala yang berpendidikan tinggi pula, tinggi egonya. Ego yang tinggi digambarkan seolah-olah darjat mereka lebih tinggi daripada wanita. Malah kecenderungan membuat keputusan sendiri tanpa menghormati perasaan wanita menjadi penyebab lelaki Melayu diketepikan.
 uisss iyake lelaki Melayu berpendidikan tinggi tinggi juga egonya? Aku agak kurang setuju dengan penyataan ini. Mana mungkin lelaki Melayu berpendidikan tinggi berkeperibadian begitu. Pada aku, lelaki Melayu yang berpendidikan tinggi masih ramai yang baik peribadi dan perilakunya. Jangan hanya seorang dua mempunyai sifat begitu maka tercalitlah semuanya. ohhhh tidak!!! Memanglah lelaki itu ada egonya. Tak disangkalkan. Kan ego bertempat itu ada baiknya dalam mengemudi keluarga dan rumahtangga nanti?


Apa kata kita cuba pusingkan sedikit hasil kajian ini. Ada atau tak, kemungkinan kesilapan itu sebenarnya terletak pada sikap orang perempuan itu juga. Silap kerana sikap ego yang dimilikinya. Ego dek kerana mempunyai ijazah maka mereka tidak memandang lelaki yang biasa-biasa je pendidikannya. Maksudnya kerana mereka berijazah maka nak cari juga lelaki yang berijazah. Kan susah tuu… tambahan lagi, orang lelaki berijazah kan tak ramai berbanding perempuan berijazah. Ekoran tak ramai itu buatkan orang lelaki berijazah miliki banyak pilihan. Pilihan mereka pula biasanya lebih kepada orang perempuan yang biasa-biasa je. Tidak semestinya berpendidikan tinggi.  kan kan …

Lelaki Melayu suka buat keputusan sendiri? ermm…

Bagi aku, sebagai orang lelaki perlu ada ketetapan dan ketegasan dalam membuat sesuatu keputusan. Iya memang benar, sebaik-baiknya ada perkara tertentu dibawa sama berbincang. Tapi tak semua perkara perlu dibawa berbincang rasanya.  Kan orang perempuan suka lelaki yang boleh membuat keputusan? Sebagai ketua rumahtangga nanti, kalaulah sentiasa diselubungi rasa was-was, kabur dan tiada ketetapan dalam membuat sesuatu keputusan, sikit-sikit nak bincang, sikit-sikit nak bincang… alamak rasanya bahtera yang dilayari nanti akan sentiasa terpukul dek ombak. Silap-silap haribulan karam dek taufan yang mendatangi.

p/s- egokah aku? ermmmmmmm …… rasanya tak. Macho tu adale.. hehe

24 comments:

azlanlin said...

Wow..satu statement yg cukup menarik utk dikembangkan hasil kajian tersebut.

Apa-apa pun, ianya bergantung pada beberapa faktor lain yang boleh diperhalusi. Faktor didikan keluarga sedari kecil, faktor pergaulan, faktor persekitaran masyarakat dan beberapa elemen lain khususnya didikan agama.

Banyak elemen yang mempengaruhi masyarakat Singapura berandaian begitu..hehhe

Tak gitu tuan rumah?

Ini nak kira statement mcm mana ek? ego ka? hehehh

piewahid said...

agak2 org marah tak kalau kita katakan,

org2 melayu ni sentiasa memandang yg luar lebih baik daripada diri sendiri?

ILA HonEyBuNNy said...

salam cikgu.....ila suka lelaki melayu....sudh semestinya lelaki melayu perlu bijak buat kptsn kerna di situlah menunjkkn kematgn seseorg lelaki....bijak menghadapi n handle segala cabaran yg di lalui dgn tenang...xsemestinya lelaki yg xberpndidkn tgi tidak bijak dlm membuat kptsn..kdg2 lelaki yg tdk berpndidkn pun berjaya....cnthnya d dlm perniagaan...

annfrendly said...

salam cikgu..
hehehe.. ya cikgu tak ego pun.. macho adela..

ermm.. lelaki berpendidikan tinggi lagi tinggi egonya?
saya pun bersependapat dengan cikgu..
ego lelaki bertempat :)

Kei Hiroki said...

yeah cikgu macho =)
lelaki melayu macho!
hehehe..
*semangat backup lelaki..hi3*

aliadijamina said...

Apa-apa pun , I love Malay man..., very much.

Afida Anuar said...

Salam hujung minggu cikgu rashid...

lain belalang, lain padangnya..lain orang, lain citarasanya...betul la tak semua lelaki yang berpendidikan tinggi tu ego..mungkin sesetengah nya je..

dan saya jugak tak bersetuju jugak dengan cikgu rashid..yang wanita yang ada ijazah ni nak cari lelaki yang ada ijazah je...bukan ijazah yang kami pandang..eceh..hehe..

tapi hati...;)

CITY® said...

salam cikgu,

tak kisah dpt lelaki yg rendah dari ku janji kaya, hensem dan beriman. hahahahah....

sebenarnya hati wanita sgt unik. kalau dah sayang, wanita tak kisah sebenarnya harta atau rupa...

so, lelaki kenalah siap sedia dgn ilmu dunia dan ilmu agama. pangkat, pendidikan bukan lah segalanya cuma tanggungjawab, kasih sayang dan asas agama yg penting.

cikgu rashid mmg macho laa, hahahah
jgn jadi romeo sudah, lalala

Rashid said...

Azlanlin.
Iya.. sebenarnya banyak lagi faktor saling berkait. Mungkin belum menyeluruh kajian itu. Apapun satu renungan juga utk kita…
Masyarakat Singapura mungkin taste nya agak lain sikit ngan orang kita ..

haha!! statement yang control macho gitu.. saya suka ..

Rashid said...

piewahid
Rasanya itulah kenyataan dan sering kali berlaku. Diorang lebih suka hujan emas agaknya walaupun kadangkala emas itu hanya sekadar salutan palsu ..

Suka hujan embun kat negeri sendiri .. tak suka hujan batu.. sakit ..

Rashid said...

Honeybunny
salam
wow!! bangganya saya ila … kerna lelaki Melayu jua pilihan ila.
Banyak terbukti lelaki itu tak kira pendidikannya.. janji rajin usaha dan cekal ..pasti berjaya!

Suka jadi lelaki Melayu (walaupun ada campur sikit sikit.. hehe)

Rashid said...

annfrendly
salam ann
eeeeeeeee jom jom saya belanja kerna dek pujian ann.. (ishh itulah penangan pujian)
yup! saya akui lelaki dan ego tak dapat dipisahkan. Janji ego bertempat okey je kan ann.

Rashid said...

asyfiqaz
“lelaki Melayu Macho?”.. hahaha!!!!!!!!!!!! gelak je saya asyfiqaz..

Terima kasih kerana semangat backup kaum kita.. yes!! yes!!

Rashid said...

aliadijamina
ermm.. tau.. amat memahami taste alia.. (kita-kita je tau …)

Rashid said...

Afida Anuar
salam jua ..
Fida, saya suka kerna ‘tak bersetuju’ ngan pandangan saya.

“bukan ijazah yang kami pandang.. tapi hatibudi.. cinta suci .. kasih abadi .. poket berisi..”

hehe.. larikss!!! ;)

Rashid said...

bluecity
salam biru
wow!! “.. janji kaya, hensem dan beriman”. Pakej yang lengkap tuu biru..
Biru, saya akui. Amat setuju ngan biru. Wanita insan sangat istimewa. Penuh kasih sayang dan kelembutan nalurinya. Bila dah jatuh hati.. tak pandang lagi pada rupa dan harta benda. Cinta kasihlah segala-galanya. Sanggup mendaki gunung tertinggi.. berenang di lautan dalam .. dan juga sanggup ikut lelaki LOMBOK .. hehe

romeo? dushh dushhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh. tak minat. kalau romeo biru dah saya tackle tau.. ahakss!!

lalink7 said...

yer stuju..
cikgu mmg macho..
xbodek pun..hehe..

A t i Q a h said...

berbanding memilih lelaki yang melayu atau tidak, lebih baik pandang agamanya dulu kot. just my 2 cent. ;)

Rashid said...

lalink
hahaha!! ... link jommmmmmmmmm saya belanja kfc ..

Rashid said...

Atiqah
ermm.. itu yang terbaik sebenarnya. Beragama, kacak, baik budi pekerti, penyayang, ada duit ..

MaizaC'Joe said...

Salam

hehe.... tertarik betul n3 kali ini. Pada Maiza wanita sekarang susah jg nak cari pasangan hidup (erkk kena cari sendiri) kalau nak di ikutkan memang la semua nak kan pasangan yg dah lengkap segalanya.. nak harapkan cinta saja... nak mkn apa.. maksud maiza.. cth : lelaki tu tak ada kerja payah juga la kan.. hehehe... tapi kalau dah suka tue semua tolak tepi ja... :) maklum la.. apa kata "cinta itu buta" jangan terlalu buta.. payah tau.....

Marzalina said...

lelaki melayu masih hebat sebenarnya...cuma yg menjadi penyebab isu knp lelaki melayu bukan pilihan wanita sekarang mungkin kerana faktor2 tertentu...

namun...sy tetap setia dgn lelaki melayu hehehe

Rashid said...

Maiza
salam

Maiza rasanya tak salah mencari pasangan yang boleh bawa kebahagiaan.. satunya yang ada kerja. Ada pendapatan untuk sara keluarga. Takkan laki duk goyang kaki dengar irama dangdut je kat rumah. Takde kerja .. ishh buat malu je.

Cinta buatkan manusia buta. Semuanya indah. Tak kisah apa jadi.. jadilah.. hehe (teruknya bahang cinta..)

Rashid said...

Marzalina
Hah! satu kenyataan yang berikan kekuatan kepada lelaki Melayu. Bangga!!!!!!!!!
Terima kasih intan..

Saya senyum kerna intan tetap setia dgn lelaki Melayu … psssttt ..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search