Followers

06 July 2010

Orang Melayu, konsep malu dan menutup malu


Nampaknya isu salah laku seks dan pembuangan bayi kembali hangat diperkatakan oleh masyarakat. Setiap hari boleh dikatakan isu ini sentiasa ada terpapar di dada akhbar dan juga di media tv. Namun yang sedihnya, mangsa dan pemangsanya kebanyakannya adalah terdiri daripada bangsa Melayu. Ulang suara.. bangsa Melayu!

Persoalannya, mengapakah orang Melayu menjuarai kes ini? Sudah hilangkah rasa sipu, rasa segan dan malu yang sebelum ini memang menjadi warisan zaman berzaman orang melayu?

Dalam mengikuti kes ini, aku tertarik dengan satu artikel oleh Khairol Anuar, Pakar Psikologi dalam akhbar semalam, yang memetik dari buku Psikologi Melayu (1993), selenggaraan Prof. Abdul Halim Othman. Satu tajuk yang disentuhnya ialah mengenai Konsep Malu Orang Melayu.



Jom kita sama-sama renunginya dan fikirkan perkaitan perasaan malu dengan krisis moral di kalangan orang Melayu.

definisi malu kepada orang Melayu mempunyai nilai tersendiri, iaitu rasa malu, diberi malu, mendapat malu dan dimalukan. Semuanya boleh menjadikan orang Melayu bertindak di luar kebiasaan dan melampau.”

“Pada orang Melayu, mereka sanggup buat apa saja asalkan perasaan malu itu hilang. Perlu diingat juga, orang Melayu sanggup berkorban apa saja untuk menutup malu.”

“Orang Melayu secara semulajadinya adalah bangsa pemalu tapi jika perasaan itu hilang, akan timbul malu jenis lain pula yang boleh menghancurkan hidup. Jadi apabila konsep malu berbuat dosa hilang dan perbuatan untuk menghilangkan malu berdosa pula lebih tinggi, maka akan wujudlah kes krisis moral yang makin teruk ..”

p/s – Tiba-tiba je aku teringat kata-kata seorang kawan berbangsa cina 5 tahun yang lalu: 
“orang Melayu sangat baik, sungguh sopan santun. Masalah moral di kalangan remaja Melayu ini puncanya adalah kerana makin ramai yang tidak sembahyang... tak solat …”  
 

24 comments:

NorFa NFMD said...

menarik post ni~=)

Bapak said...

memang kalau tiang agama x dijaga, pincanglah hidup...

p/s : ada award tuk Cikgu Rashid...

ciK LyndaWawa said...

bikin malu or melayu je cina cakap camtu

MaizaC'Joe said...

Assalamualaikum

lama Maiza tak singgah sini. Masa terlalu mencemburui diri ini. Ada ketika bergelut ke sana sini :) Masalah moral begitu membimbangkan. banteras pun tak berapa menjadi. Jabatan maiza adakan operasi mahu melumpuhkan terus gejala yg tak sihat. yang mengejutkan dapat tangkap mcm2 jenis masalah. yang perempuan merokok jual tubuh sana sini, ada yg bertatu.. sedih kebanyakkannya melibatkan anak melayu (bukan semua) di sebabkan golongan ini nama baik tercalar..

AzmaMurni Aziz said...

Salam..

Bila orang Melayu hilang rasa malunya.. samalah seperti Melayu yang hilang dan tergadai identiti keMelayuannya... kerana 'pakaian' orang Melayu adalah sifat malunya.

annfrendly said...

salam..
setuju sangat gan entry cikgu ni..


orang cina pun boleh cakap macamtu kan... dia pun tahu punca masalah sosial makin menular dikalangan remaja melayu..

DUN Behrang 2020 said...

Betul la apa yg dikatakan oleh kawan cina cikgu tu...

Anonymous said...

betul..solat itu tiang agama..macam tiang2 rumah..

bila tiang2 tu x kukuh, runtuhlah rumah..sebab tu org2 tua selalu pesan kat anak2 dia

jgn lupa solat..tapi?????

Rashid said...

Norfa
hmm.. terima kasih norfa. Sekadar perkongsian ..

Rashid said...

Bapak
Iya bapak. Masalahnya ramai remaja sekarang ni tak nampak tiang agama…

p/s – award? wah!! terima kasih ..

Rashid said...

MaizaC’joe

salam ..
Iya saya. kita sama.. kesibukan menghambat diri..

Maiza, terima kasih perkongsian pengalaman kerja tu. Itulah kan.. rasa sedih je tengok makin ramai remaja sebegitu..

Selalu tertanya pada diri, bilakah semuanya akan kembali baik…

Selalu juga saya selitkan nasihat utk pelajar-pelajar saya .. moga menjadi manusia yang mempunyai dan berpegang pada nilai agama..

Rashid said...

Qasih
salam
hmm hmm.. yup! pakaian itulah sebenarnya yang melindungi diri daripada anasir yang tak baik. Tapi nampaknya pakaian itu semakin bercelaru ..

Rashid said...

annfrendly
ann..
Masa tu ada satu sesi perbahasan tentang masalah moral .. so isu, hujah dan rumusan yang dibuat oleh kawan cina saya tu sangat menyentuh hati .. ia jujur..

Rashid said...

DUN Behrang
iya DUN.. ada tercuit ngan kata-katanya.. ia benar walaupun agak pedas ..

Rashid said...

makdara TERDIVA
Solat makin diabai ..
saya selalu tanya pelajar saya.. dari tingkatan 1-5 tentang solat.. nampaknya ramai yang tak bersolat.. mereka akuinya.

Itulah masalahnya saya rasa dan punca utama moral Melayu makin teruk…

Chenta said...

Tersenyum malu , tertunduk sipu ..

see... saya masih wanita melayu yang penuh adab sopan santun tauuuu....

hehehe

ILA HonEyBuNNy said...

salam cikgu..itu la orang melayu kan..buat bukan2 xtahu maloo...xsemayang dan berpuasa...kebnyakkn nya semua org melayu kita....malooo la...he2...ila pernah buat kajian ttg malu org melayu...kesimpulannya....org zaman dulu terutamanya perempuan mmg kaya dgn sifat malooo...tp sekarang...??zaman dah berubah..huuh

syahira ariff said...

salam ziarah
setuju dgn saudara
sembahyang tiang agama
kalau tinggal sembhyang,maka akan rosak la keimanan seseorang itu

IntanBerlian said...

malunye bila orang cina pon tegur, tapi memang betul la.. orang skrg semakin mengabaikan yang wajib.lagi2 solat.. manalah tak gelap hati.nauzubillah.

Rashid said...

Linda
ermm.. suka ayat .. dan saya terus gambarkan Linda tertunduk sipu..

yup terserlah kesopan santun ayuan .. hehe

p/s - tertunduk malu mata jeling-jelingan ..

Rashid said...

Honeybunny
Itulah ila. Majoriti melayu.. sedihkan.
saya cuba bandingkan filem Melayu lama dan baru.. kat sanapun boleh kita tengok akan lenggang lenggok kemelayuan .. ada bezanya ..

Banyak juga gaya hidup melayu lama dan baru yang boleh kita bandingkan..

Rashid said...

syahira ariff
Syahira, nampaknya tiang agama di kalangan remaja yang bercelaru semakin longgar..

Rashid said...

ciK LyndaWawa igUana

hehe .. sama kita sebenarnya cik lynda wawa.

Rashid said...

bellarossa
Teman cina tu sangat prihatin. Saya dah lama berkawan dengannya. Sejak tahun pertama di UKM ..

Dia jujur. Selalu juga dia ingatkan saya bila masuknya time solat. Dia cina yang dah keMelayuan sikit. hehe



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search