Followers

Showing posts with label Koleksi kad raya. Show all posts
Showing posts with label Koleksi kad raya. Show all posts

17 December 2010

Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu ...



Kelmarin, pergi kat Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu. 3 jam je perjalanan dari rumah. Sampai je terus cari hotel. Kali ini bermalam kat Hotel Tanjung Vista pula. Hotel ini murah tapi selesa sangat. RM150 lebih je untuk satu malam.


Sekadar untuk rehatkan diri. Ini kerana minggu depan, bermula 19 hb dah start mesyuarat sana sini. So sebelum kesibukan, baiknya pergi rehatkan diri. Tengok keindahan permandangan pantai, ombaknya, anginnya dan gelagat manusianya.  

Petang – habis ronda-ronda bandar, terus ke pantai. Seronok sangat.. ramainya orang..

Sempat snap …

 wah!! macam-macam rupa wau sekarang ni ya ... cari wau bulan tapi tak jumpa ..
 
Macam kat luar negara pula. Dewasa RM5.00, kanak-kanak RM3.00 sorang. Tolong promosi..

 Takde kerja. Snap bayang sendiri. Begini ke gambar hantu galah? hehe ..

07 September 2010

Dari hati ... maafkan saya ...




Dari hati ..

Sempena Aidilfitri yang bakal menjelang ini, saya ingin ambil ruang memohon kemaafan dari teman-teman semua seandainya ada silap dan salah yang telah saya lakukan tika bersama …  

Maafkan segala bait kata dan usik-usikan saya yang mungkin ada menyentuh hati, mengusik perasaan …

Doa saya.. moga hembusan bayu yang dingin dan lembut sentiasa mendamaikan hati teman-teman semua.

Terimalah kad raya dari saya untuk teman-teman blogger tersayang. Opsss!! dan juga untuk yang bukan blogger tapi sentiasa bersama …

p/s – terima kasih …  

06 July 2010

Orang Melayu, konsep malu dan menutup malu


Nampaknya isu salah laku seks dan pembuangan bayi kembali hangat diperkatakan oleh masyarakat. Setiap hari boleh dikatakan isu ini sentiasa ada terpapar di dada akhbar dan juga di media tv. Namun yang sedihnya, mangsa dan pemangsanya kebanyakannya adalah terdiri daripada bangsa Melayu. Ulang suara.. bangsa Melayu!

Persoalannya, mengapakah orang Melayu menjuarai kes ini? Sudah hilangkah rasa sipu, rasa segan dan malu yang sebelum ini memang menjadi warisan zaman berzaman orang melayu?

Dalam mengikuti kes ini, aku tertarik dengan satu artikel oleh Khairol Anuar, Pakar Psikologi dalam akhbar semalam, yang memetik dari buku Psikologi Melayu (1993), selenggaraan Prof. Abdul Halim Othman. Satu tajuk yang disentuhnya ialah mengenai Konsep Malu Orang Melayu.



Jom kita sama-sama renunginya dan fikirkan perkaitan perasaan malu dengan krisis moral di kalangan orang Melayu.

definisi malu kepada orang Melayu mempunyai nilai tersendiri, iaitu rasa malu, diberi malu, mendapat malu dan dimalukan. Semuanya boleh menjadikan orang Melayu bertindak di luar kebiasaan dan melampau.”

“Pada orang Melayu, mereka sanggup buat apa saja asalkan perasaan malu itu hilang. Perlu diingat juga, orang Melayu sanggup berkorban apa saja untuk menutup malu.”

“Orang Melayu secara semulajadinya adalah bangsa pemalu tapi jika perasaan itu hilang, akan timbul malu jenis lain pula yang boleh menghancurkan hidup. Jadi apabila konsep malu berbuat dosa hilang dan perbuatan untuk menghilangkan malu berdosa pula lebih tinggi, maka akan wujudlah kes krisis moral yang makin teruk ..”

p/s – Tiba-tiba je aku teringat kata-kata seorang kawan berbangsa cina 5 tahun yang lalu: 
“orang Melayu sangat baik, sungguh sopan santun. Masalah moral di kalangan remaja Melayu ini puncanya adalah kerana makin ramai yang tidak sembahyang... tak solat …”  
 

17 September 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI ...


Assalamualaikum w.b.t..

Sempena syawal yang bakal tiba ini, saya ingin ucapkan Selamat Hari Raya Aidil fitri kepada semua kenalan saya, rakan-rakan bloggers dan semua pengunjung blog saya ini. Saya ingin ambil kesempatan ini, menyusun 10 jari mohon ampun dan maaf sekiranya terdapat apa jua kesilapan, kesalahan & usik-usikan sepanjang kita bersama di alam maya ini.


Segala yang baik datangnya dari Allah s.w.t .. mana yang kurang itu adalah dari saya sendiri.


Yang duk jauh dan akan balik kampung itu, pandu hati-hati, jaga diri, jaga keluarga dan jaga kereta. Kepada yang tak balik kampung itu.. jangan sedih. Senyum ek.. (tapi kalau sedih juga.. menangislah..)


Kepada rakan bloggers, masa makan kuih raya tu jangan ‘terover’ sangat okeh. hehe (confirm semua makan banyak ni..)


P/S kepada kenalan & rakan-rakan bloggers - terimalah kad raya dari saya di atas tu. Ia tanda ingatan, tanda saya sayangkan anda semua.



>>>>>> TERIMA KASIH KEPADA RAKAN-RAKAN BLOGGERS ATAS UCAPAN SELAMAT & KAD RAYA ...


Berikut antara yang saya sempat terpandang, terklik dan mengambilnya dengan senyuman dan hati yang suka ...




dari luth

dari nard

dari eiza

dari maiza


dari idalara


dari Intan


dari Lady B


dari Redynne

dari Zyma Saad


04 December 2008

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha

Di sini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua rakan-rakan yang sering datang ke blog ini.

Kepada semua sahabat baik saya, sama ada yang datang secara terang lagi bersuluh mahupun yang datang tanpa ‘lampu suluh’, yang datang secara ‘intai-intai’ itu, yang namanya tersenarai di blog ini mahupun tiada tersenarai.. dan yang baru saja mengklik di blog ini… terimalah kad raya ini.

Saya amat menghargai persahabatan kalian semua.

Mohon maaf di atas segala kesilapan dan kesalahan sepanjang tempoh persahabatan kita.

Kad raya dari sahabat ...

Terima kasih sahabat ...


1. Kepada azza, sedetik hati & khairul.

Azza, terima kasih kerana menjadi sahabat saya. Terima kasih kerana sudi meluangkan banyak masa bersama saya. Berkongsi idea dan sedikit diari harian ... juga atas usik-usikan, gurau-gurauan dan bunga-bungaan.

Azza, cantik kad raya ...



2. Kepada Redynne

Reen, moga persahabatan kita kekal selamanya. Saya suka cara dan gaya reen. Sentiasa senyum dan tidak pernah putus asa. Terserlah kejujuran dan keberanian dalam sapaan. Selalu hadir menceriakan suasana dengan usikan yang tak pernah ada titiknya. Terima kasih reen ...



3. Kepada Alia (Amoi)

Alia, terima kasih ...
Terima kasih kerana turut bersama memeriahkan suasana. Terlalu meriah sebenarnya. Tanpa Alia, sunyi chat box itu. Alia, terima kasih kerana suka menyakat. Menyakat dengan kata-kata spontan yang sangat mencuit hati. Ada-ada saja idea. hmm.. hmm....



4. Kepada Wawa Nadwa

Wawa, 'nakal' orangnya. Selalu senyum dan sentiasa nampak happy. Bila adik ini berbicara dalam blognya.. terasa segar. Ayatnya penuh keriangan. Kerana keriangan dan 'wajah keanakan' nya itu, saya selalu mengusiknya sebagai 'ketua kelas' . hehe. Terima kasih adik comel atas kad raya...


26 September 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN


Teristimewa kepada rakan-rakan bloggers semua ( & pembaca senyap) yang selalu membaca blog saya...


Saya mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Saya juga pohon kemaafan seandainya sepanjang penglibatan saya di blog ini, saya ada dan telah menyinggung perasaan rakan-rakan semua. Percayalah tidak terdetikpun di hati saya ingin mengguris hati dan perasaan rakan-rakan semua.

Kepada Rakan-rakan yang selalu beri komen tu… SETINGGI-TINGGI RASA KASIH DAN SAYANG SAYA UNTUK KALIAN SEMUA (ingin rasanya nak belanja makan … hehe).

Moga ikatan hubungan persahabatan kita akan berkekalan. Saya bersyukur dapat mengenali kalian semua walaupun hanya di alam maya (mungkin suatu hari nanti kita boleh berjumpa & makan sama-sama) - apaler cikgu ni asyik sebut pasal makan jer…maklumlah tengah berpuasa ni.

Akhir Kata, Salam Keceriaan untuk Rakan-Rakan Semua dan Keluarga. Jaga diri, jaga keluarga, jaga kereta…

p/s – Sila ambil kad raya yang biasa-biasa je di atas tu (maklumlah tak pandai nak hias-hias) … Kad itu KHAS UNTUK RAKAN-RAKAN BLOGGERS SEMUA & PEMBACA SENYAP blog saya (maafya jika ada yang tertinggal nama…tak sengaja – mungkin terlepas pandang).



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search