Followers

19 July 2010

Teori SPIDER ada kaitan dengan akhlak remaja Islam kini?


Teori SPIDER ada kaitan dengan akhlak remaja Islam?

Beberapa hari yang lalu, aku mendengar satu ceramah oleh seorang ustaz. Ceramah itu berkenaan teori SPIDER. Teori ini rasanya pernah aku dengarinya sebelum ini tapi dah lupa bila dan di mana. Mungkin teman-teman blogger juga pernah mendengarnya sebelum ini atau mungkin juga tidak?

Okey, jom kita renung dan fikirkan tentang intipati ceramah ustaz ini ...

Pada tahun 1980an dulu, terdapat satu seminar telah diadakan oleh golongan ….. di Sabah. Golongan tersebut telah merancang bagaimana nak menghancurkan para remaja Islam. Seminar itu sepatutnya berlangsung selama 2 minggu tetapi telah disingkatkan kepada satu minggu saja. Mereka singkatkan kerana dalam masa seminggu, mereka telah menjumpai formula untuk menghancurkan remaja Melayu Islam. Formulanya ialah Teori SPIDER.

Mengikut mereka, seandainya teori SPIDER dilancarkan di Malaysia, pasti remaja Melayu Islam dalam masa beberapa tahun sahaja akan mengalami keruntuhan akhlak tanpa kawalan. Dan semua ini sudah terbukti sekarang di mana kita dapat lihat remaja Melayu Islam semakin hari semakin ‘sakit’.

Apakah teori SPIDER itu?  SPIDER itu dari singkatan …

S (Sex) – ‘Kita berikan seks kepada remaja Melayu Islam. Ini kerana ilmu itu cahaya Allah. Jika kita dedahkan seks maka akan rosaklah minda dan hati mereka’.

P (Politic) – ‘Kita laga-lagakan mereka melalui perbezaan fahaman politik’

I (Ideologi) – ‘gagasan idea atau pandangan hidup yang dikembangkan berdasarkan kepentingan golongan atau kelas sosial tertentu dalam bidang politik atau sosial ekonomi’.

D (Drug) – ‘Kita lenakan mereka dengan sesuatu yang mengkhayalkan’

E (Education) – ‘Kita pastikan mereka ketinggalan segi pendidikan’

R (Rock) – ‘Kita buaikan mereka dengan lagu-laguan keras…’

Aku mengerutkan dahi sambil mengaitkan dengan situasi semasa sekarang. Benarkah ini semua?



Aku tengok shoutmix ..
ninaneno : waaa... lama tak nampak cikgu 
ermmm iyake lama tak nampak?. a'ahh itulah jarang update ..  dushhhhhh cikgu ..
Okey nanti saya update selalu  ..    hehe

18 comments:

Afida Anuar said...

Salam cikgu rashid...

Benar sekali teori tu cikgu..tengok la akhlak anak2 muda kita sekarang...
amat menyedihkan..

Hazzy Ishak said...

bukan remaja melayu je, remaja2 lain pun sama jugak.

Entry terbaru dari Hazzy,
Makan durian dengan nasi. Pelik ke?

ain fathihah fhm said...

kalaupun takda konspirasi ini, dah memang betul pun SPIDER ni melanda masyarakat Melayu Islam Malaysia

Unknown said...

cgu rasyid
terlalu menarik perkongsian ni........
nak copy ok kut..

Rashid said...

Afida Anuar
salam
itulah fida.. sedihkan. Makin hari makin ‘sakit’. Tak taulah bila akan berkesudahan.. makin teruk pula rasanya.

Rashid said...

Hazzy Ishak
hmm hmm.. tapi masalahnya majoritinya orang kita .. tengok persekitaran .. lompat-lompat.. rempit rempit.. hanyut tenggelam timbul ..

Rashid said...

ain fathihah
yup! ain sekurang-kurangnya kita buka minda kita akan dugaan yang melanda orang Melayu kini..

Rashid said...

jinggo
oooo boleh saja jinggo. Perkongsian yang baik.. tolong ingatkan dan sedarkan bangsa kita agar tidak ‘lena dan hanyut’ dibuai ..

Unknown said...

Sgt betu tu!Bagus blog ni...maaf,sy terlambat ketemu..huhu..insaf,betapa remaja mcm saya ni dari lahir sudah dirosakkan dgn perkara-perkara itu..huhu
Post baru:Ini baru mukaddimah aje


jemput ke blog saya~

annfrendly said...

salam..
cikgu.. saya pernah dengar ceramah kat kolej. ustaz tu cakap org yahudi nak musnahkan & lalaikan kaum lain dengan 3 S:
1.Sport
2.Sing
3.Sex

rupanya bukan 3 aje ya.. 6 rupanya.. SPIDER.. lagik dasat.,.

tapi memang ada kebenarannya cikgu.. saya setuju.. memang banyak kebenaran tu.. lama kelamaan masalah sosial dikalangan remaja makin meruncing kan.. erm..payah nak dibendung dah.. mungkinkah dah terlewat? Payah nak buang dakyah2 nie kan cikgu...

Yelah.. sekarang cikgu jarang update..bercinta nak tunggu entry baru. Blog cikgu best.. saya suka baca.. sebab gaya penulisan & pemikiran cikgu yg matang. Motivasi pun secara halus.. best aje bila baca :)

ILA HonEyBuNNy said...

salam cikgu...betul gak kan teori spider tu...ehhehh...yala...cikgu busy kan...xsempat nak blogwalking..hehehhe

Idalara said...

Salam Rashid
amat menggerunkan buat kak ida yg punyai anak2 yg sedang meningkat remaja...
hanya doa setiap saat, setiap solat mudah2an anak-anak terlindung dari segala kemungkaran dan godaan duniawi.

Catwoman said...

Salam Cikgu Rashid.....

Apa khabar? Lama tak jenguk2 Cikgu di sini....semoga Cikgu sihat ye.

**Amat menakutkan dgn keadaan yg m`landa negara kita. Anak2 muda s`makin hanyut jauh.....**

:)

Rashid said...

iqbalsyarie
iqbal. Sama-sama kita renungi dan ‘sedarkan’mana yang termampu k .. moga kita semua dalam lindunganNya.

Rashid said...

annfrendly
salam ..
iya ann. sayapun pernah dengar juga tentang 3S tu. Kat UKM dulu, ada sorang Prof. (bapa kepada penyanyi Yasin), ada kaitkan dengan Teori Konspirasi Illuminati Yahudi. Itu lagi teruk.. Perancangan halus pihak diorang nak hancurkan nilai akhlak orang Islam.

ann, moga masih ada jalannya utk leraikan semua gejala merisaukan ini.

uisss puji tuu.. hehe. terima kasih ann. saja sekadar perkongsian dan ‘cuit-cuit lembut halus’. Tak nak berat-berat… kan saya ni sentiasa tenang .. damai.

p/s- sentiasa berdoa agar ‘tidak tertutup tirai sufi’ …

Rashid said...

Honeybunny
Rasanya memang ada benarnya. Banyak bukti jika kita kaji.

itulah ila. banyak kena rancang dan urus .. apapun sentiasa juga cari ruang utk blogwalking. Baca kisah dari teman blogger ..

Rashid said...

Idalara
salam kak ida
kak, doa itu satu kekuatan yang tiada taranya. Ia sangat hebat ..
Moga kak ida dan semuanya sentiasa dalam lindunganNya.. dan dalam jalanNya.

Rashid said...

catwoman
salam zyma
saya baik je. duk tengah senyum kat zyma ni ..
Mungkinkah anak bangsa mula kehilangan jatidiri .. dan semakin jauh dari jalanNya..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search