Followers

08 August 2010

Aku didatangi seorang pelajar perempuan ...


Jam 1.30 petang. Semasa kat bilik kerja, aku didatangi seorang pelajar perempuan. Pelajar tingkatan 5.  Amynina namanya.

“Assalamualaikum cikgu ...  Cikgu, saya nak minta maaf. Petang ini saya tak dapat hadir kelas tambahan cikgu.”
 “ishhh tak boleh. Semua pelajar kena hadir kelas cikgu. Tidak ada pengecualian seorangpun!”

“Cikgu… saya kena balik ....”
 “Kena balik? Ada apa masalah sebenar ni Amynina? Cuba bagitau cikgu ...”

Pelajar itu hanya mendiamkan diri. Mukanya seakan-akan nak menangis. Mungkin kerana suara aku yang sedikit tegas tadi (saja je aku tegaskan suara).

sekadar hiasan 


“Cuba bagitau cikgu. Apa sebab Amynina nak pulang awal ni? Cikgu tak akan benarkan jika Amynina tak bagitau sebabnya”, aku lembutkan sedikit suara.

Pelajar perempuan itu masih mendiamkan diri. Memandang sayu kat muka cikgunya ini. Aku perhatikan dirinya. Kelihatan sedikit resah. Macam tak selesa saja aku melihat gerak gerinya.

“Kenapa nak pulang awal? Amynina ‘uzur’ ke?” aku lembutkan lagi nada suara.
 “Iya cikgu.” perlahan je suaranya.

“Kenapa tak bagitau awal-awal yang Amynina uzur dan perlu balik?”
 “Saya segan nak bagitau cikgu. Malu kat cikgu ..”

“Uisss naper perlu malu. Okeylah …  kalau begitu cikgu benarkan Amynina pulang …”

p/s – Aku cuba memahami situasi pelajar perempuan …

37 comments:

CITY® said...

salam cikgu,

kalau saya pun saya malau malu gak
heehhehe..
tapi kalau dah terpaksa, saya cakap juga la huhu
mesti lah malu cikgu
malu kan separuh dari iman
dan malu juga sifat yg terpuji apa lagi bagi kaum wanita
tapi malu kena tempat lah
lalalalla...
semoga cikgu diberkati Allah swt selalu. amin

Qib said...

hee.. adoi comel jer amynina ni.. syabas bete..

;0


Latest entry. Mai la jengok
Tolong (patploh juta kali)

Afida Anuar said...

Hurmmm.... kebocorankah cikgu? ke kesenggugutan? eh tanya cikgu pulak..huhu..

Nasib baik cikgu rashid memahami!..wink wink

Unknown said...

menarik perkongsian ni..
sebagai cgu pendidikan luar.
selalu juga berjumpa kes macam ni..
tapi mungkin persekitaran berbeza....
pelajar di Kl lebih terbuka.
CGU SAYA PERIOD...

mazru said...

salam cikgu..

Dia segan kot,tp tahniahlah cikgu seorg yg prihatin :)

eMMe said...

saya pun malu cikgu. kalo saya jadi amynina, tak tau nak jelaskan mcm ner nak bagi cikgu faham, segan pun ade, tak selesa pun iyea..abihs? cenne cikgu? hehehee...

Sara said...

Salam...

Hurmm...
Baguslah masih ada pelajar perempuan yg masih bersikap malu begitu Rashid.

Sekurang2nya kita tahu masih ramai yg masih boleh dibentuk, bukan seperti kebanyakkan berita yg kerap kita dgr tentang kes2 buang bayi segala...
Alhamdulillah... :)

Ija1202 said...

salam cikgu..

Teringan masa kat sek men agama dl..dlm kelas tajwid & al-quran tetiba giliran sy x kena baca..(mgkin ustaz blh 'tahu' keadaan sy ms tu)...hehehe

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK CIKGU!

Dyna Yvonne said...

perempuan byk bmain ngn emosi~


>_<

aliadijamina said...

Cikgu yang begitu memahami, syabassss...!

Anonymous said...

teringat dulu2 time uzur jer malas nak bawak baju PJ..pastu bila cikgu tanya nape x salin baju..terus jawab..uzur..dan kdg2 bila tak uzur pun malas nak bawak..haha! jahat tul dulu2..tapi bab itu jer..bab yg lain2 tak.. :)

CITY® said...

salam cikgu,

selamat menyambut ramadhan , semoga amal ibadah kita diterima Allah swt. amin
maafkan salah silap ku...

lalink7 said...

period pain la gamaknye cikgu yer?

Nur -al- Ain said...

kenape kalau uzur dapat balik plak cikgu?

Catwoman said...

Salam Cikgu Rashid...

Apa khabar? Lama sy tak jenguk Cikgu di sini. Semoga sihat & ceria selalu ye.

Selamat m`jalani ibadah puasa di bulan mulia ini. Semoga p`olehi k`berkatan dari Illahi hendaknya di bulan mulia ini.

:)

n a r d indie winkie said...

oh.. aimynina takleh puasa la. hehe.. tapi cikgu rasyid wajib puasa. :-p
selamat menyambut ramadhan al mubarak. ;-)

Rashid said...

Bluecity
salam
a’ahh orang pompuan memang malu bila bual bab cam tu kan. Dengan cikgu diapun dia malu gak.. hehe

terima kasih biru akan doa ..

Rashid said...

PinQib
iyake? ehehe… hiasan je tu. Pelajar saya tu lagi cute..

Rashid said...

Afida Anuar
Mengikut gerak hati saya.. pelajar tu alami kedua-duanya.. yang paling saya risau bab sengugut tu. Kalau senggugut kuat kan boleh terguling-guling.. kasihan kan..

kalau bocor pula, kalau tak bawa ‘tuala’ kan kes naya tuuu…

Rashid said...

Jinggo
owhhh gitu rupanya. Pelajar KL memang over terbuka tu.. Pelajar kat sini semuanya masih malu-malu.. biasalah kan anak orang kampung.. masih sipu-sipu bila sentuh bab-bab ini.

Rashid said...

Mazru Majid
salam

terima kasih.. ermm pelajar tu memang segan..

Rashid said...

eMMe
Iya. saya faham.. tentu segan dan tak selesa nak jelaskan .. itu pentingnya kita kena cuba memahami situasi yang berkemungkinan..

Rashid said...

Sarah Nivea
salam
yup! betul tu sarah. Masih ramai sebenarnya yang sebegitu.. masih malu-malu. Merah muka dia bila saya andaikan dia berkeadaan sebegitu.. dan gerak hati saya betul..

Kes buang bayi.. sedihkan sarah

Rashid said...

Ija1202
salam
haha!! seorang guru .. ustaz .. perlu prihatin dan sentiasa berusaha untuk memahami pelajarnya..

Tentu ija debar-debar masa tu.. kelam kabut dibuatnya.

Rashid said...

Dyna Yvonne
iya. Perempuankan banyak dikuasai emosinya..

Rashid said...

aliadijamina
terima kasih nekkkkkkkkk .. hehe

Rashid said...

makdara TERDIVA
ooooooooooo tipu ek..
takper itu pengalaman indahkan.. Biasalah zaman remaja kan ..

Rashid said...

bluecity
salam
terima kasih biru.. moga birupun.. sama-sama kita hayati bulan keberkatan ini..

Rashid said...

lalink
iya. memang benar tu.. dia nampak ‘sakit’ sikit. Mungkin kesenggugutan ..

Rashid said...

Nur al-ain
Bukan apa. Saya tengok situasinya.. Uzur ada tahapnya.. kalau tahap senggugut dia sakitkan.. dan tahap tak bawa ‘tuala’ kan susah bila bocornya.. hehe

Saya tengok diri pelajar tu dah tak selesa sangat.. mukanya merah.. gambaran ketakselesaan .. pelajar tu sebelum ini tak pernah tak hadir kelas tuesyen saya.. so saya timbang-timbangkan..

Rashid said...

catwomen

salam zyma

saya baik.. cam biasa..
terima kasih atas doa tu k. moga zyma juga beroleh ketenangan ..

Kei Hiroki said...

aishh..saya ingatkan apa tadi..hehe..tapi kan cikgu, kadang2 perempuan ni memang malu xbertempat sikit..kan?
*mengikut pengalaman la..hehe

annfrendly said...

salam..
nasib baik cikgu memahami..
terer lah cikgu..
macam ade sixth sense..
kalau nak tunggu amynina tu cakap.. mesti dia takkan tercakap..
sebab dia malu..
kalau saya pun malu..

Rashid said...

nard

hehe.. mestilah puasa penuh. Lainlah nard.. kena qada nanti k..
Terima kasih nard..

Rashid said...

asyfiqaz
Itulah asyfiqaz.. sifat malu itu masih ada pada diri mereka. Entahlah susah juga nak bagitau tentang malu mereka ini..

Rashid said...

annfrendly
salam
Tak adalah.. Cuma dapat rasakan.. sebab biasanya amynina tu tak begitu. Tapi hari tu lain je saya tengok dirinya.. tak selesa abis.. macam menahan sakitpun ada ..

Kalau ann jadi pelajar saya? hehe..

annfrendly said...

hehhe.. kalau saya jadi pelaja cikgu.. mesti saya malu sakan..
isk.. tak tahu mana nak sorok muka..
hehehee



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search