Followers

04 August 2010

Tekak kering tanda si dia sedang berbohong?


Hari ini beli akhbar Utusan Malaysia. Lama tak baca akhbar Utusan Malaysia. Asyik-asyik beli Berita Harian, Harian Metro, Sinar Harian dan baca akhbar online je.

Belek-belek ... baca-baca …

Terbaca satu ruangan intim. Tertarik apabila dikaitkan antara petanda seseorang itu berbohong ialah tekak mudah menjadi kering.

Tekak kering tanda si dia sedang berbohong? Petanda si dia sedang sembunyikan sesuatu rahsia daripada kita?

Presiden Institut Bahasa Tubuh Amerika Syarikat dan penulis buku, You Say More Than You Think, Janine Driver mengatakan bahawa seseorang itu boleh berasa gugup apabila menyembunyikan sesuatu daripada diketahui orang lain. Tubuh badan juga akan nampak tak senang duduk. Hasil penyelidikannya mendapati bahawa apabila rahsia yang disembunyikan itu terlalu besar akan menyebabkan rasa risau yang teramat. Kerisauan ini membuatkan otot esofagus (bahagian salur makanan yang terletak di antara tekak dan perut) akan mula mengecut. Keadaan ini menyebabkan tekak mudah rasa kering.


Menurut Janine Driver, “Jika seseorang itu mula kerap menelan air liur ketika bercakap, dia sebenarnya cuba untuk melonggarkan otot tekak. Oleh itu, cuba beri perhatian pada tajuk bualannya. Pasti ada rahsia yang cuba disembunyikannya…”

uissssssssss boleh percaya ke ini? Kalau di Malaysia, biasalah kan tekak kering kerana cuaca yang agak panas. Sikit-sikit nak minum air. Sikit-sikit nak minum air. Fresh oren lagi tu. Tambahan lagi sekarangkan musim durian. Panas satu badan.

p/s-  Tiba-tiba teringat, petanda lain nak tau si dia berbohong atau tak, satunya ialah dengan melihat gerak matanya. Jika matanya bergerak ke kanan, bererti ia sedang berusaha untuk mengingati sesuatu. Tetapi jika matanya melihat pada sebelah atas atau sebelah kiri, kemungkinan ia sedang menyembunyikan sesuatu. hehe.. Pecah rahsia!!

29 comments:

piewahid said...

secara peribadi saya setuju.

lagi satu, selalu tengok siri penyiasatan, bila soal siasat mesti tertuduh diberi rokok. kalau yg nk menipu tu biasanya akan merokok kelam kabut, mcm nak makan rokok tu sbb tak stabil emosi.

p/s- ada juga gunanya rokok ni ya...he3 (saya tak merokok!)

Nur -al- Ain said...

heheeeee..tekak ain sentiase basah.,, ngeeee

ILA HonEyBuNNy said...

salam cikgu..kering tekak?? rasanya ila xkering tekak sgt..ewah2...he2....yala cikgu..kalau kita nak tgk org itu tipu or tidak...kita tengok gerak mata dia kan....;-)

MaizaC'Joe said...

Salam

hehe.. musim panas ni tekak kering ja.. :) maiza ada jg baca info pasal kes bohong nie.. rupanya ada mcm2 helah hihi.. entah la.. abes mcm mn memang org tue bila berbual suka tengok sana sini.. ada jg bila berbohong nampak relax ja. tapi kan orang berbohong last2 akan terkantoi jg.. dia sendiri yg terpecah rahsia. Ya la kan dia berbohong. kalau betul bila dia ulang ckp pasti itu jg yg akan di dengar. mcm polis buat siatan kan.. sbb tue lama soal siasat di lakukan....

Syifa Alshah (wutwut) said...

tips terbaru. tenz en rasyid!



yg gerak mata pun tau mase belajar psikologi. tapi, penipu terhebat, semuanya tak nampak kecuali Dia. huhu

Kei Hiroki said...

alamak, lps ni susah la nk mnipu..org da leh detect! hehe

lalink7 said...

mungkin ada betulnya cikgu..hurmmm..mari kite test kepada orang yg suka berbohong dan tgk tabiat dia..jejeje

Anonymous said...

tips yg mnarik la..:)

Kak Amy said...

salam...

boleh pecaya erk..kalau amy tahu pasal gerakan mata je..x per leh cuba nie

Noor said...

jgn la...dulu ms sy ngajar slalu je tekak kering.hehe
tak kn bg ilmu salah kot
ekeke

CITY® said...

salam cikgu,

tekak asya selalu gak kering heheheh.. terutama kalu sedang puasa . sumpah bukan bohong taw, ekekekek...

kadang2 terpaksa menipu utk jaga hati
lalallala...
susahkan, membuat dosa utk senangkan hati orang lain. boleh gitu?

Anonymous said...

tekak saya pun tengah kering ni..nak batuk..huhu

Rashid said...

piewahid
wah hebat betul cara beri rokok utk kesan orang tu bersalah atau tak. Kalau mat gian lagilah mudah tau.

p/s- sama kita. Anti-rokok dan perokok! Katakan Tidak pada rokok!!!!

Rashid said...

Nur al-Ain
Ain basah ain tu lain kes tu.. hehe. Ni tentu selalu makan keropok losong.

Rashid said...

HoneyBunny
salam
a’ahh ila cuba try test kat si dia tu. Tengok gerak matanya. tenung matanya. haha!! habislah habislah.. terbongkar segala rahsia si dia.

Rashid said...

MaizaC’joe
salam
Maiza, orang cakap jujur bila mata bertentang mata (jangan lama sangat, nanti jadi romantis pula. dosa lagi ..). Kalau kita tengok mata dia.. tapi dia asyik tengok kasut je itu dah di kira dia memang ‘pembohong besar’ tu.

p/s – lainlah dia memang seorang pemalu sejati. Asyik tertunduk sipu malu tak kira masa.

Rashid said...

almo blurb
sama-sama elmo blurb. adoiii nama. cantik. Bila sebut macam duduk di Mexico pula.

Iya saya setuju. Kalau memang kerja dia penipu sana sini pagi siang malam memang sukar juga nak kesan. Dia dah pro. susahkan..

Rashid said...

asyfiqaz
haha!! asyfiqaz.. jangan risau. Ada lagi petua nak tipu ni. (jahatnya cikgu rashid. dushh dushhhhhh. tapi ada syarat.. kena bawa buah delima dari bukit di Pulau Jawa. haha)

Rashid said...

lalink7
Lalink. Hati-hati. jangan ditenung mata lama sangat tau. Jangan pula cakap je jap jap tengok mata. Jap jap tengok mata. Tenung bukan main lagi. Nanti dia jadi pelik. Timbul tandatanya ‘apa dah jadi dengan lalink ku ni?'

Rashid said...

Amy syaquena
salam
Cuba jangan tak cuba amy syaquena. Tengok elok-elok. Tengok gerak matanya. Kiri ke Kanan?. Kiri ke Kanan? hehe. Lepas dapat kesan nanti, bagitau saya okey.

Rashid said...

Noor
haha!!!!!!!!! gelak je saya. lucu amat. Iya jugakan. Sayapun sama. Bila habis 3 kelas non stop rasa haus je. Maklumlah asyik borak, bercerita je. Tapikan kita ni cikgu. Cikgu Mithali. Kira kes lain ni.

Rashid said...

BlueCity
salam
ermm biru tak yah sumpah sumpah k. saya percaya pada biru (sambil tengok gerak mata biru. ooo tak gerak langsung. Tepat ke mata saya)

Tipu sunat? ishh boleh ke? Jap nak call ustaz. Nak tanya. Tipu demi kebaikan? hehe

Rashid said...

Makdara Terdiva
batuk? lariksssssss.. virus sedang berterbangan. Kan ikut kajian, sekali batuk beribu-ribu virus berterbangan mencari mangsa.
ahakss!!

eMMe said...

owh cikgu yea...salam cikgu!
hurm...topik ni ade kene mengena dgn kursus yg saya pernah pergi dulu, Kursus Komunikasi dan Interpersonal. Penceramah tu ade ajar mcm ner kite nak tahu org tu berbohong atau pun tidak, so, make sure kite tak kene tipu pas nih hahaha!

Qib said...

tekak kering leh gak bawak maksud, berdebar..



Sekian. Eh. Ada update la. Jom singgah!

Blogging boleh dapat kanser?

Magibon, makhluk comel

Rashid said...

eMMe
salam eMMe ..
Kursus begitu memang baik sekali.
Maknanya eMMe sekarang ni dah pro le kan. Boleh tau dan dapat kesan sama ada orang tu bohong atau tak. Boleh kesan sama ada orang tu setia atau tak?

Rashid said...

PinQib
tekak kering bawa maksud berdebar? owhh ye ke? baru tau ni..

annfrendly said...

hehehe...naya aje orang yang telan air liur sebab haus.. tak pasal2 di cop penipu..hihiikk...

Rashid said...

annfrendly
haha!! a'ahhh kan ann. adoiii ..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search