Followers

16 September 2010

Moga kertas pertuduhan terbaik kes Datuk Sosilawati Lawiya dapat disediakan...

Tak sangka ..  gambar suspek dari blog Mazidul Akmal

Rasanya semua rakyat Malaysia mengikuti kes pembunuhan jutawan kosmetik Nouvelle Visages (NV), Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga lelaki lain yang bersamanya.

Makin hari makin banyak penemuan bahan bukti terbaru oleh pihak polis. Penemuan bahan bukti ini menyerlahkan betapa tragisnya kejadian.

Akhirnya kes ini dianggap selesai oleh pihak polis. Dakwaan ke atas suspek pembunuh akan dilakukan. Mungkin pada minggu depan. Kita tunggu dan lihat.
.
Hari ini aku sempat jengah kat beberapa laman berita online. Tertarik dengan petikan dari MyMetro.


“Semua mangsa dalam kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga lelaki lain dikatakan pada mulanya dipukul dengan kayu kriket dan senjata tumpul lain dengan tujuan melemahkan mereka sebelum tangan diikat menggunakan dawai.

Difahamkan semua mangsa yang dalam keadaan lemah itu dikatakan dibunuh seorang demi seorang dan tugas kejam terbabit diserahkan kepada seorang daripada lapan lelaki yang ditahan bagi membantu siasatan polis berhubung kes kehilangan empat mangsa itu.

Tubuh mereka dilumur dengan tahi lembu sebelum semua mangsa dibakar bagi menghilangkan bukti kes pembunuhan kejam terbabit.

>>>>>>>>>> 

Teramat tragis. Aku masih sukar bayangkan di mana upacara bakar mangsa adalah menggunakan kaedah tradisional hindu. Mayat dibakar bersama najis lembu (cow dung) dan minyak petrol. Siap berlapik dengan zink…  

Nampaknya dunia kini ramai penghuninya dari mereka yang kosong hati dan jiwa...  dan bila manusia berhati binatang maka tindakannya akan lebih teruk dari binatang…

Masih tergiang ditelinga akan suara ... “kau nak bawa aku ke mana ni?. Kau nak bawa aku ke mana ni?”

p/s – Tahniah kepada Polis Malaysia dan semua wartawan / blogger yang menyiarkan kes. Takziah untuk keluarga mangsa. Moga semua roh mangsa dicucuri rahmat.

10 comments:

Cikgu Nurin said...

dunia dah semakin ke penghujung,nyawa langsung tak bernilai...semoga semua penjenayah terbabit dihukum sewajarnya,hukuman mati mandatori ( janganlah pulak ada pihak yang membela mereka ini dengan dengan hujah hujah teknikal- bukti dah cukup)
Al fatihah untuk semua mangsa

aNa d'sKoDenG said...

sungguh kejam..zalim...

Idalara said...

salam
mudah2an mereka yg terlibat melakukan pembunuhan terlalu kejam ini mendapat hukuman yg paling berat.

Al Fatihah pada mereka yg pergi dan takziah untuk keluarga mereka

Rashid said...

Cikgu Nurin
Iya. Moga mereka yang bersalah dihukum dengan hukuman yang menginsafkan ..
Saya tak sabar nak tengok siapakah peguam yang akan membela semua suspek pembunuh itu..

Rashid said...

Ana d’skodeng
hmm hmm.. haiwan bertopengkan manusia..

Rashid said...

Idalara
Iya kak. Kita doakan pembalasan setimpal ..

ILA HonEyBuNNy said...

takziah untk ke empat2 keluarga....entah la cikgu....mereka lgsg tidak ada perasaan...kita kalai nak buat org pun tak sampai hati..kesian...tp mereka?? memang kejam....kerana wang..manusia hura hara...

annfrendly said...

sedih betul dengan kejadian ni..
moga tertuduh tak terlepas dari hukuman yang setimpal dengan apa yang dia lakukan..

ramai juga dah jadi mangsanya..
tengok rupa memang tak sangka...
innocent aja..pakai spek lagi..

Rashid said...

HoneyBunny
Wang membutakan segalanya ila. Membutakan hati.. mata hati ..

Rashid said...

annfrendly
hehe.. ‘nnocent aja..pakai spek lagi..’

nampaknya orang yg sivik pakai spek tak boleh dipercayai juga kan ann



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search