Followers

27 October 2010

Tips kuatkan ingatan yang menjadi amalan para hafiz


3 situasi sel otak kita -  tidur, pengsan dan mati?


Dr. HM Tuah Iskandar mengatakan otak kita mempunyai 10 hingga 15 billion sel neuron. Sebahagian sel kita kebanyakannya berada dalam 3 situasi iaitu tidur, pengsan dan mati. Mungkin daripada 10 hingga 15 billion itu setengah saja daripadanya yang hidup manakala yang lain-lain sedang tidur, pengsan dan mati.

Nak tau apakah sel kita banyak yang hidup atau banyak yang tidur, pengsan atau mati, tengok apa pekerjaan yang kita buat sehari-harian. Kalau kerja kita banyak berfikir dan membuat keputusan, maka itu tanda sel kita banyak yang hidup. Sebaliknya kalau kita jenis tak berfikir, malas nak berfikir, itu tandanya sel kita sedang tidur, pengsan dan mati.

Wah!! Tak boleh nak gambarkan camana rupanya sel yang sedang tidur, pengsan dan mati itu? Sedang tidur .. lena seperti kita tengah tidur malam-malam kot. Bila-bila masa  je boleh tersedar.  Pengsan?



Tips kuatkan ingatan yang menjadi amalan para hafiz.

Antaranya perbanyakkan makan makanan minda seperti makan kurma, kismis dan badam. Kalau boleh makan dalam bilangan yang ganjil setiap hari. Di samping itu, segala sifat tak elok perlu dijauhkan seperti hasad dengki, khianat, dusta, takbur, lagha, mengumpat, memfitnah, sibuk dengan aib orang, makan harta riba, makan hasil judi, rasuah dan makan makanan yang tak pasti halal-haramnya.

Berhenti mengumpat? siapa-siapa yang suka mengumpat tuu.. sila angkat tangan!!! hehe..  oooo tak mau angkat tangan ek? takper takper …

Ada setengah orang tu rasanya susah nak elak dari mengumpat. Sedar atau tak sedar je. Sedap apa mengumpat. Macam makan pizza time tengah lapar. ahakss!! Pekenanya pula dengan milo ais. chaiyok chaiyok!!!!

Satu lagi, para hafiz tak makan makanan yang dah dilalui semut. Kenapa ya? Ikut pendapat mereka, semut mengeluarkan sejenis enzim di mana-mana tempat yang dilalui. Enzim ini cukup kuat dan cukup ditakuti oleh sel otak manusia. Kita bagaimana ya? Rasanya ramai antara kita pakai tibai sajalah. Sayangkan .. alasan kita, alaa setakat  2.. 3 ekor semut tu pejam mata sajalah.

Masalahnya ada juga walau dah tau selori semut telah  menghurungi makananpun kita masih nak tibainya...  alasan elak membazir .. adoii .. mungkinkah  itu sebab ramai antara kita sekarang ini mudah lupa?

8 comments:

Marzalina said...

bagus tips tu..intan pun pernah baca buku dr. tuah pasal ni..memang sel2 neuron akan tidur atau mati jika kita tidak berfikir....buku tu tajuk dia..nak ke tak nak..best buku tu!

kalau jadi tahfiz..memang kena jaga pemakanan..nak hafal Al Quran bukan mudah..hati dan fikiran serta mata juga kena jaga...

ILA HonEyBuNNy said...

salam cikgu....tips berguna sgt2 untuk ila dan yg lain2....alamak...sel ila neh banyak pengsan ja...kena bangunkan dia berfikir..hiihi

Qib said...

thanks for sharing.. hehe. usaha untuk tidk mengumpat... siyes., mkan megi camne /

Rashid said...

Marzalina
yup intan. betul tu.. seronokkan baca buku dia. santai je tapi penuh ngan pedoman motivasi dan pengalaman ..
Jaga mata .. jaga hati .. jaga mata hati .. hehe

Rashid said...

Honeybunny
Ila sel pengsan kena kejutkan ia.. terjah sekali sekali.. atau pergi berenang ke daki gunung ke..

Rashid said...

Pinqib
Mengumpat? haha!! best pe.. kan kan ..
makan megi?.. kalu selalu je boleh bikin ingatan makin lemah ..Masa tua nanti nyanyuk le lupa le .. kalau tak kena cara boleh latah. haha!!

tapi sekali sekala takper kot..

annfrendly said...

salam..
pasal semut tu.. kekadang makan kat kedai.. dalam air ade semut.. rasa tak puas ati..takkan nak order air lain.. rugi.. lagipun tanak malukan orang kedai tu.. nanti kalau customer lain dengar mesti jejas jugak..
kalau berhadapan dengan situasi macamtu macam mana cikgu??

Rashid said...

annfrendly
salam

ann kalau seekor tu sayapun pejam mata je.. tapi kalau dah 2 ekor saya suruh buat semula je. Panggil pelayan bagitau cara baik. cakap perlahan.

Guna ayat..

"maaf dik, abg nak tukar boleh tak. Abg tak boleh minum air ada semut. Kalau sekor tu okey le. Ni 2 ekor. Tok guru abg dah pesan.. abg tak boleh minum air yang ada lebih sekor.. Tok guru abg kata ada enzim bahaya pada semut. Boleh jadi benak.."

hehe ..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search