Followers

14 December 2010

Jadikanlah cinta ini cinta yang terakhir untukku …

Jam 10.15 malam tadi - semasa memandu kereta ke restoran citarasa, sempat buka Radio Malaysia Kelantan F.M .. terdengar DJ radio menyebut mengenai ramai orang sekarang mencari cinta terakhir. Ini kerana cinta pertama dah berlalu ..  dah tiada.

Sampai je kat restoran, aku pesan air laici kang (keluar rumah sorang-sorang malam malam semata-mata nak minum air laici kang je. hehe.) Bukannya lapar, cuma haus je.

Sambil minum, aku keluarkan pen & kertas. Coret-coret …

Aku senyum. Terfikir sejenak. Tertarik dengan ungkapan yang aku dengar tadi, “Cinta Pertama dan Cinta Terakhir”. Ungkapan yang sungguh simple. Kalau dalam novel, boleh kot bagi nama novel itu, Cinta Pertamaku & Cinta Terakhirku.

 sempat snap ... air laici kang, pen & kertas

Pada pandangan aku, kedua-dua ungkapan ini sungguh indah.  Penuh bermakna bila direnungi. Makin bermakna kerana rasanya ramai orang di zaman global sekarang ini, baik remaja mahupun yang dah lebih remaja, majoriti mengimpikan cinta yang tulus ikhlas. Hanya satu. Tiada dua. Cinta pertama dan terakhir. (Kecuali yang nak berpoligami. Itu lain)

Semuanya bila ditanya, ingin cinta yang dialami adalah yang pertama dan terakhir. Baik menyintai atau dicintai. Ingin kekal mekar selamanya.

Memang aku akui, semua orang pernah alami cinta pertama. Cuma cinta pertama jarang kekalnya. Tak dapat bertahan. Cinta zaman sekolah. Cinta drama bersiri “Sicapik”. Ada sesetengah tu bagi istilah cinta monyet (sampai sekarang aku duk fikir, kenapalah diorang bagi nama cinta monyet?. Siapa yang bagi? Kasihan kat monyet .. jadi mangsa)

Apapun aku tabik dan hormati kepada mereka yang berusaha nak jadikan cintanya, walaupun bukan cinta yang pertama tapi adalah cinta yang terakhir. Ingin bersama sehingga ke akhir hayat …

Cuma rasa nak gelak juga apabila ada yang masih mengaku, “ini adalah cinta pertama saya... cinta pertama lagi .. lagi .. lagi .. dan lagi.. ”   tipu wehh!!!

Tiba-tiba aku teringat ayat romantis dari seorang jejaka kepada gadis pilihan hatinya. Lama dah ini ..

“saya akui walaupun awak bukanlah cinta pertama saya, tapi ingin saya jadikan awak… cinta yang terakhir dalam hidup saya  ..”

seriau roma bila dengar …

22 comments:

Unknown said...

setiap orang inginkan cinta pertama sebagai cinta terakhir mereka..mmudah-mudahan doa mereka dikabulkan Allah SWT

Kei Hiroki said...

cikgu, harap cikgu boleh join sekali 'cover your aurat campaign'.

http://thepotpetking.blogspot.com/2010/12/cover-your-aurat-campaign-show-your.html

harap dengan usaha yang kecil ni dapat memberi satu perubahan.

thanks cikgu =)

zacky786 said...

wahh ~ mantop ayt tue.. hehee

iman_mysara said...

Salam..sya suka entri ni..harap cinta pertama sya menjadi cinta terakhir saya juga...

zahidah dihaz said...

setuju....
dulu selalu nak mencari cinta pertama... tapi sekarang ni mencari cinta terakhir pulak....hehehehe


New entry: We Got Married

Kuronofu91 said...

Salam...ayat terakhir tu romantik...hahaha

Lieya said...

Cinta pada Allah gak yang kekal abadi.. betul tak kapten..:)

hazeleyed lady said...

...wuz 'ere.

jesnita_ns said...

blh thn jiwangz gak en. rashid ni..heheh

Rumah Kuning said...

apa pun jgn cinta kpd pasangan melebihi cinta kpd Tuhan

Afida Anuar said...

Assalamualaikum cikgu rashid..

kalau ada jejaka cakap lagu ni kat fida..“saya akui walaupun awak bukanlah cinta pertama saya, tapi ingin saya jadikan awak… cinta yang terakhir dalam hidup saya ..” bukannya seriau, jatuh pengsan terus...kehekhekeh..

Rashid said...

Rozuan Ismail
Yes!! moganya wan .. padaNya segalanya.

Rashid said...

asyfiqaz
asyfiqaz .. insyaAllah .. betul tu. Usaha tak kira kecil sgt bererti kesannya jika dapat berikan kebaikan..

Rashid said...

zacky
iyake. . jgn gunakan sewenangnya k ..

Rashid said...

iman mysara
saya doakan .. moga dapat kebahagiaan ngan cinta pertama dan terakhir.

Rashid said...

zahidah
hehe.. tapi hati – hati k .. moga ia cinta terakhir .. ada juga orang tu cinta terakhir .. terakhir .. cinta terakhir lagi .. dan lagi dan lagi .. hehe tapi takper. Usaha itu baik ..

Rashid said...

Kuronofu91
romantis .. awas!! jgn gunakan ia jika tak ikhlas k. (risau saya kerna ayat ni boleh cairkan hati ..)

Rashid said...

Lieya
hmm hmm .. setuju sangat-sangat. Cinta padaNya yang teratas .

Rashid said...

Hazeleyed Lady
hmm hmm .. senyum saya.

Rashid said...

jesnita ns
jiwang? mana adee jesnitaaaaaaaa… (terus senyum).
Terus tertanya pada diri .. apa ek cirri seorang yang jiwang? pada ayatnya ke.. pada dirinya ke.. atau pada hidungnya ke.. pada bulu kening dan matanya ke? hehe
P/S: rasa nak buat entri tentang ini ..

Rashid said...

Rumah Kuning
Benar tu cikgu .. ramai orang yg kecewa dan sedih kerna cintanya 'kurang' pada Tuhan.

Rashid said...

Afida Anuar
Wa’alaikumussalam
haha!! jatuh pengsan terus ek ..
Apa kata kalau fida yang cakap ayat tu kat jejaka ehem ehemm tu .. terus dia mengelabah tak senang duduk.. tak lena lagi. confirm!!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search