Followers

06 December 2010

Terus terbayang di kala malam ...


1 minit tadi, aku baca kat ShoutMix Chat

“hye cr.. dtg jln2 lawat tapak.. damai selalu yer.. rindu kat blog ni.. tk cre”

ehemm ehemm rindu kat blog ini je ke? kat tuan empunya blog tak rindu ke? hehe ..  terima kasih me.

>>>>>

Pagi semalam,  terserempak dengan seorang rakan sekerja.

“Camana latihan kapten rashid? Tak penat ke selalu ikut latihan askar ni?” aku disapanya.

“Tak adalah. Seronok sangat …” aku balasnya. Senyum.

Seronok? Terus terbayang di mata … gerak mara berjalan kaki sejauh 28 km melintasi beberapa buah kampung.

Terus terbayang bagaimana mengawal pasukan dan memberi arahan kepada pegawai-pegawai muda untuk mengawal anggota lain-lain pangkat.

Terus terbayang melihat titik peluh dan kelesuan di muka anggota memikul beg dan senjata berat, LMG dan GPMG.

Terus terbayang bagaimana terdapat anggota melecet kakinya tapi masih gagah menaiki dan menuruni bukit di tengah panas terik matahari.

Terus terbayang bagaimana menyusun gerak anggota seramai 3 platun apabila latihan serangan kompeni dilakukan ke atas kubu musuh di atas bukit.


Terus terbayang betapa akurnya anggota terhadap arahan yang diberikan tanpa dolak dalik.

Terus terbayang betapa pentingnya kekuatan mental dan fizikal serta kerjasama dalam pasukan.




Terus terbayang betapa pentingnya 'fokus' dalam fikiran dan tindakan.


Terus terbayang di kala malam, tidur beralaskan buaian ringkas dan ada kalanya tidur dalam basahan hujan.

Terus terbayang bagaimana seronoknya makan nasi yang hanya dapat memasuki kerongkong dengan meminum air … kerna kepenatan.

Terus terbayang kesejukan mandi air sungai di kala jam 5 pagi. Menggigil aku dibuatnya. (lama tak mandi air sungai. hehe)

Dan sekarang … aku di rumah -  sedang minum fresh oren dengan nyamannya …  sambil melihat filem hindi lakonan preity zinta …

Bukankah seronok semuanya itu?

18 comments:

dayangredzuan said...

seronok tengok latihan ketenteraan..tapi latihan seperti ini memerlukan kekuatan fizikal dan mental..sayangnya saya tak kuat mental..

Ain Atika Zailani said...

seronok...dulu saya dah pergi plkn...haha...same ke???ahhh lantak lah lebih kurang...

ILA HonEyBuNNy said...

selamat berehat cikgu.....salam maal hijrah..

Afida Anuar said...

Hindi lagi....errrr...

PS: tak nampak pun kapten rashid dalam gambar tu:P

Rashid said...

dayangredzuan
dayang jom ikut sama .. kita makan-makan dalam hutan ..

Rashid said...

siska
hhehe.. cuba gambarkan bagaimana siska memegang senjata, pikul beg, pakai kasut spike .. berjalan di tengah panas .. merempuh halangan .. tentu best!!

Rashid said...

Honeybunny
ila..terima kasih.

salam juga utk ila. Moga segalanya baik-baik.

Rashid said...

Afida Anuar
fida, saja utk rileks minda ..
p/s – saya low profile .. tak suka bergambar. hehe ..

annfrendly said...

wow.. kagum saya dengan cikgu..
jalan 28km dengan pikul senjata & beg berat.. kalau saya dah pengsan dah..

hihiikk saya suke ending entri ni :D


P/s: cikgu.. saya dah dapat dah gambar pakteh saya yang ada iras2 rupa cikgu.. nanti saya scan email kat cikgu.. insyallah..

Rashid said...

annfrendly
ending? santai je kan .. itulah saya ann. Bagi ilang penat minda fizikal.. suka santai ngan tgk film hindi .. psstt!! jgn bagitau lain orang tau..

p/s - iyake ann? okey. tak sabar nak tgk .. entah entah pakteh tu ada talian darah ngan saya? hehe

LadyBird said...

suke.. tp xleh nak join aktiviti2 lasak camni.. huhuhu

Rashid said...

Ladybird
Naper tak boleh? best apa ladybird. Letih. Penat .. kenangan indah ..

muhammad iqbal hakimi bin tahir said...

dulu kecik2 mina nak jd askar,.hehe..then dah remaja skit nak jd fighter pilot plak...tapi mak tak bg ..sedey..huhu...tp teruja tgk gambar2 askar nie..mencabar..

FIFIEY LYCHEE MARATION said...

sekadar berkongsi pendapat dan pengalaman anda, bagaina anda rasa berkhidmat untuk negara sebagai seorang pejuang??

salam hijrah dan salam ziarah ke blog anda.

Mr. Asada said...

pengalaman camni, yang bukan semua orang boleh merasa, seronok.. orang yang duk kerja dalam office aircond x dapat ni.

teringin sbnrnya.. tapi tak pernah terpilih masuk plkn. agak hairan jugak sebab kawan yang taknak masuk, terpilih pulak. sekarang nak join plkn, cam segan je sbb umur dah jauh dari orang yang biasa ada dalam tu. hihi ;P

Rashid said...

iqbalhakimi
hehe. takper.. mak terlalu sayangkan iqbal tu .. risau ..

Rashid said...

fifiey
hmm sebenarnya penglibatan saya dalam pasukan simpanan tentera darat ini sejak dari PALAPES UKM lagi. Habis je terus lapor kat unit ..

Berkhidmat sebagai pegawai kat kem ini sebenarnya satu tanggungjawab yang besar. Kita bersama anggota dari pelbagai daerah .. seronok sebenarnya. Ia berikan kita satu tanggungjawab dan peluang utk berbakti .. beri tunjuk ajar pelbagai ilmu ketenteraan kepada anggota. Kita latih mereka dengan disiplin tentera .. latih guna senjata .. latih taktik .. latih ilmu medan perang ..

Mana tau kan. Walaupun negara kita aman tapi siapa sangka. Langit tak selalunya cerah. Adakalanya hujan tak kenal masa .. so kita kena bersedia hadapi sebarang kemungkinan. Bersedia ngan latihan yang berterusan ..

terima kasih fifiey kerna ada di sini

Rashid said...

Asada Ryutaro
hmm hmm begitulah asada.
Saya rasa bertuah sangat. Walaupun bilik kerja saya beraircond .. tapi dapat rasa dan alami semua ini bila saya beruniform tentera ..

PLKN tu secara rawak diorang buat pilihan .. saya rasalah ..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search