Berita terkini ..
KUALA PILAH - Tiga beradik lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika mandi-manda di kawasan perkelahan Hutan Lipur Ulu Bendul dekat sini semalam.
KUALA PILAH - Tiga beradik lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika mandi-manda di kawasan perkelahan Hutan Lipur Ulu Bendul dekat sini semalam.
Hutan Lipur Ulu Bendul? Nama itu.. tiba-tiba je aku digamit memori..
Beberapa tahun yang lalu, semasa mengambil Kursus Diploma Pendidikan UKM, aku dan rakan-rakan sekursus telah mengikuti aktiviti perkhemahan. Lokasinya: Tapak perkelahan Hutan Lipur Ulu Bendul.
3 buah bas UKM telah bertolak …
Pada sebelah petang, kami terlibat dengan aktiviti jalan lasak. Kami berjalan secara berkumpulan. Berjalan di trek hutan yang agak sempit .. di kelilingi pokok-pokok hutan besar ..
Aku masih ingat .. semasa berjalan itu, aku dapat rasakan tidak begitu sedap hati. Tak sedap hati kerana aku melihat langit yang begitu cerah terus bertukar mendung secara tiba-tiba je. Seakan-akan awan gelap ditolak memayungi kami semua. Hutan turut terasa begitu sepi sekali.
Rupa-rupanya ada sesuatu yang akan berlaku…
Tak sampai 20 minit kami berjalan tiba-tiba terdengar satu dentuman yang sangat kuat … dan juga suara laungan yang kuat meminta kami semua berhenti. Kami berpandangan antara satu sama lain. Tidak faham situasi yang sedang dan telah berlaku.
Dalam menanti itu, kumpulan kami didatangi seorang urusetia yang kelihatan tercungap-cungap keletihan berlari. Abang urusetia itu terus bagitau kami agar balik semula ke tapak perkhemahan. Aktiviti jalan lasak telah dibatalkan.
Sampai je di tapak perkhemahan, kami semua diminta berkumpul. Berkumpul, berkemas dan menunggu bas untuk terus pulang ke kampus UKM. Kami masih tertanya-tanya, mengapa?..
Rupa-rupanya salah seorang peserta kem kami, seorang perempuan .. telah terkorban kerana dihempap sebatang kayu hutan tepat pada leher… terus rebah .. berdarah .. dan meninggal di situ juga. Kejadian berlaku begitu pantas. Saat awan tiba-tiba mendung tadi.
Pulang je di kampus, di kamsis Dato’ Onn 1 & Dato’ Onn 2, UKM .. kami terus bercerita ..
Siswi yang terkorban itu rupa-rupanya seorang siswi bertelekung labuh. Baru saja mendirikan rumahtangga. Tak sampai seminggu ..
Suaminya bila ditanyai akan menyaman UKM atau tak .. dengan tenang menjawab ..
“Buat apa nak panjangkan. Sudah ketentuanNya .. Isteri saya lebih disayangiNya. Memang pada mulanya isteri saya berat nak ikuti perkhemahan tapi kerana ia satu daripada keperluan kursus .. dan saya pula telah berikan keizinan padanya .. ”
9 comments:
Ya Allah.sudah ajalnya.sangat tenang suami dia.mudahan dia terima dengan sabar.
p/s pernah pergi ulu bendul tahun lepas.ada field work kat sana
suami dia redha....alhamdulillah dapat suami mcm tu.
Al-Fatihah...moga Allah menempatkan arwah di kalangan hamba-hambaNya yang soleh dan beriman...
Allahuakbar, kagum sungguh dengan suaminya..sepatutnya macam tu la. Terima dengan redha..sebab dah sampai ajalnya. Allah menyayanginya...
al-fatihah pd Allahyarhamah.
Rozuan ismail
Mudahan rohnya tenang ..
cik aisha
betul tu aisha .. dengan keredhaan suami semuanya insyaAllah ..
Afida Anuar
Fida, suami begitu rasanya akan buatkan isterinya tenang ... keredhaan suami ..
ismail ali
tq ..
bestnya pi hutan lipur..teringat kenangan masa kerja dengan jabatan perhutanan dulu hehe
Post a Comment