WASHINGTON 2 Mei – Pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden terbunuh dalam satu pertempuran dengan tentera Amerika Syarikat (AS) di Pakistan. Presiden Amerika Syarikat, Obama dalam satu pengumuman rasmi berhubung perkara itu di White House hari ini berkata, Osama terbunuh dalam satu operasi diketuai AS di Islamabad. – Reuters
>>>>>>>>
Osama bin Laden, seorang keturunan dari salah sebuah keluarga Arab Saudi terkaya. Dikatakan pada umur mudanya pernah menghabiskan masa di rumah mewah penuh dengan lampu kristal … namun akhirnya menghabiskan usia tinggal di kem-kem terpencil, di gua-gua pergunungan di Sudan, Afghanistan dan Pakistan. Keberadaannya tiada siapa yang tau .. hidup tersembunyi ..
Namun akhirnya Osama bin Laden ditemui terbunuh dalam satu pertempuran dengan tentera Amerika di bandar Pakistan Abbottabad, sekitar 150 km utara Islamabad.
Mengapakah Osama bin Laden dibenci begitu sekali .. diburu hingga ke titisan darah terakhir oleh Amerika Syarikat?
Osama bin Laden pernah berkata selepas tragedi 11 September 2001:
"… dan untuk mendapatkan kebebasan bagi negara kami. Seperti kalian meremehkan keamanan kita, kita meremehkan keamanan kalian."
“Kami percaya bahawa pencuri yang terbesar di dunia dan para pengganas adalah Amerika”
Osama bin Laden dikatakan telah menghantar pasukan jihad yang terdiri 19 orang anak muda Arab yang kemudiannya telah berjaya merampas pesawat, seterusnya memusnahkan bangunan Word Trade Centre dalam peristiwa 11 September 2001.
Osama bin Laden dikatakan terlibat dalam pengeboman Oktober 2000 kapal pembinasa AS Cole di Yaman yang mengorbankan 17 orang kelasi.
Osama bin Laden dikatakan terlibat dalam pengeboman kedutaan besar Amerika Syarikat di Kenya dan Tanzania yang mengorbankan 224 orang, termasuk 12 orang warga Amerika Syarikat dan mencederakan 15,000 orang pada 7 Ogos 1998.
Osama bin Laden dikatakan telah mengumumkan penubuhan Barisan Islam Antarabangsa untuk Jihad Melawan Yahudi dan Tentera Salib pada 1998.
Osama bin Laden dikatakan pernah bersuara tegas: “Membunuh orang Amerika dan sekutu mereka, baik awam dan tentera adalah kewajipan setiap individu Muslim yang mampu di negara manapun jika ia mungkin berpeluang”
p/s: Aku tertanya-tanya .. Mengapakah mayat Osama bin Laden disemadikan di laut? Dengan kematian Osama bin Laden, berakhirkah perjuangan Al-Qaeda? Atau sesuatu yang pasti lebih teruk lagi akan berlaku yang akhirnya mengorbankan ribuan nyawa manusia lagi? Nampaknya dunia semakin panas .. semakin memberontak dan marah ..
13 comments:
a ah jat pun konfius.kena nk semadikan kat laut?huhu.dunia2,kdg2 semua yg melibatkan AS sgt susah nk d percayai O.o
Sakit hati bile tengok berita tunjuk orang amerika meraikan kematian Osama bin Laden...
macam tu sekali kisah hidup die....nice info..=)
Al-fatihah...
macam mana ne cikgu...dunia kita semakin marah dengan kita kan....
assalam..kisah osama ni memang tak habes2,,emm,,dorang ni memang berjuang hingga ke titisan darah yg terakhir..ade yg boleh kte amik jdikn teladan dan juga jdikan sempadan..=)
amerika mmg negara pengganas,. i follow
zaty embong
Itulah jat .. naper le disemadikan .. dibuang ke laut. Tak ada nilai kemanusiaan langsung .. sepatutnya kita kena hormati jenazah Islam. Perlu ikut cara Islam ..
Begitulah .. semi kepentingan, siapa yang lebih kejam?
Miss Sunshine
Saya juga.. sakit hati bila lihat nilai kemanusiaan semakin hilang .. malah diraikan ..
cikida
Begitulah cikida.. Sukar kita nak menilainya ..
Honeybunny
Ila .. bila dunia marah.. mengamuk maka semua akan kena tempiasnya.. itulah saya tak suka bila dunia dicemari ..
cikida
Itulah .. semuanya akan menjadi catatan sejarah. Ada kalanya kita membenci .. ada saatnya kita akan menyayanginya .. ;)
mcm ni lah
.. bila dunia dikuasai .. bila ada kuasa polis dunia ..
tp sy rasa kan..mayat tu bukan OSAMA la..mcm xcaya je..maybe betol dia duduk disitu tp maybe dia da kuar n tu myt owg len..sb tu kita tataw wajah org dia..n ada owg penah ckp kat sy..yg sebenarnya Amerika pun tataw rupa OBAMA tu mcmna..
Post a Comment