Begitulah keluhan Azrul. Pemuda banduan akhir. Banduan yang menanti saat untuk ke tali gantung. Jiwanya resah. Keluhannya sudah tiada lagi bererti. Airmata peneman setianya juga kian tiada. Kering ..
Suaranya hanya pada dinding batu .. tangisan dan esakannya hanya pada kesunyian siang dan malam.
Bila ditanyai ..
“Saya telah dianiayai rakan baik sendiri. Rakan baik saya itu bertindak meletakkan ganja ke dalam kereta tanpa pengetahuan saya. Dia menyembunyikan ganja di balik timbunan baju terpakai (bundle) saya ..”
Sukar untuk aku bayangkan situasi diri ...
Banduan akhir .. banduan yang bakal ke tali gantung. Banduan yang menanti penuh debaran. Debaran pada hari jumaat antara pukul 5 hingga 7 pagi. Saat itulah mereka akan dibawa oleh tukang gantung dengan tangan bergari di belakang. Saat itulah muka banduan itu akan disarungkan dengan kain hitam sebelum dibawa keluar ke bilik gantung. Semasa melangkah .. kaki mula longlai .. tidak bermaya.. lemah seluruh badan mulai terasa ..
Di bilik gantung, banduan itu akan diminta untuk berdiri di atas sebuah platform. Debaran hati semakin kuat. Jika tanpa iman, fikiran akan mula menerawang, bersimpang-siul ke sana sini. Bayangan kisah silam akan segala dosa, akan kerakusan, ketamakan, kegilaan akan kuasa dan wang mulai menerjah fikiran.
Titik-titik dosa kecil dan besar akan mula membayangi diri dan fikiran. Di saat kecelaruan minda itu, tanpa disedari si tukang gantung sudahpun menerima isyarat daripada pegawai atasan. ‘Gear’ mulai ditarik pantas. Platform di mana berdirinya banduan itu mula terbuka dengan kuatnya. Bunyinya yang kuat itu memecah kesunyian suasana penjara. Banduan itu terus jatuh ke bawah .. tulang leher terus patah .. ajalpun tiba ..
Kepada rakan-rakan semua. Sempena Hari Pekerja, bekerjalah elok-elok.. jangan biarkan diri terperangkap dan terjerumus ..
12 comments:
Assalamualaikum,
Moga Allah ampunkan dosa-dosaku,dosa-dosa kedua ibu-bapaku,
dosa-dosa, isteriku, dosa-dosa anak-anakku serta memelihara kami semua dari terjerumus...
Didoakan buat anda semua juga.
dengar je tali gantung, seram sejuk badan! huhu
selamat hari pekerja jugak!
ish seram nye baca yg nie..mcm real..... kesian pada yg teraniaya
ahmad humairi
Ya ahmad .. moga kita semua sentiasa dalam lindunganNya .. sesungguhnya hidup ini terlalu singkat sekali ..
little cartoon
Kalau kita dengar je dah seram sejuk .. apa lagi yang nak kena gantung tu kan? rasanya kalau tak kuat iman .. boleh jadi hilang akal ..
zati embong
terima kasih zati .. selamat berehat ..
cikmima
cik mima .. saya cuba memasuki ‘dunia’ apa yang mungkin dirasai si banduan ..
selamat hari pekerja cikgu....;-)
teringat ila kisah dekat rumah nenek ila...orang sewa rumah dia bunuh diri tergantung di hadapan rumah dia...
ila jadi takot nak balik rumah nenek..hehe
amerika jahat,. i follow you
Honeybunny
terima kasih ila ..
uiss .. ngerinya. Bukan ila je.. kalau sayapun rasanya begitu juga .. tak masuk le rumah nenek.. hehe
mcm nil ah
yup .. kita boleh menilainya dari apa yang telah berlaku pada negara-negara di dunia ..
Post a Comment