Begitulah keluhan Azrul. Pemuda banduan akhir. Banduan yang menanti saat untuk ke tali gantung. Jiwanya resah. Keluhannya sudah tiada lagi bererti. Airmata peneman setianya juga kian tiada. Kering ..
Suaranya hanya pada dinding batu .. tangisan dan esakannya hanya pada kesunyian siang dan malam.
Bila ditanyai ..
“Saya telah dianiayai rakan baik sendiri. Rakan baik saya itu bertindak meletakkan ganja ke dalam kereta tanpa pengetahuan saya. Dia menyembunyikan ganja di balik timbunan baju terpakai (bundle) saya ..”
Sukar untuk aku bayangkan situasi diri ...
Banduan akhir .. banduan yang bakal ke tali gantung. Banduan yang menanti penuh debaran. Debaran pada hari jumaat antara pukul 5 hingga 7 pagi. Saat itulah mereka akan dibawa oleh tukang gantung dengan tangan bergari di belakang. Saat itulah muka banduan itu akan disarungkan dengan kain hitam sebelum dibawa keluar ke bilik gantung. Semasa melangkah .. kaki mula longlai .. tidak bermaya.. lemah seluruh badan mulai terasa ..
Di bilik gantung, banduan itu akan diminta untuk berdiri di atas sebuah platform. Debaran hati semakin kuat. Jika tanpa iman, fikiran akan mula menerawang, bersimpang-siul ke sana sini. Bayangan kisah silam akan segala dosa, akan kerakusan, ketamakan, kegilaan akan kuasa dan wang mulai menerjah fikiran.
Titik-titik dosa kecil dan besar akan mula membayangi diri dan fikiran. Di saat kecelaruan minda itu, tanpa disedari si tukang gantung sudahpun menerima isyarat daripada pegawai atasan. ‘Gear’ mulai ditarik pantas. Platform di mana berdirinya banduan itu mula terbuka dengan kuatnya. Bunyinya yang kuat itu memecah kesunyian suasana penjara. Banduan itu terus jatuh ke bawah .. tulang leher terus patah .. ajalpun tiba ..
Kepada rakan-rakan semua. Sempena Hari Pekerja, bekerjalah elok-elok.. jangan biarkan diri terperangkap dan terjerumus ..

