Ada orang tanya, seronokke menjadi seorang guru? Apa yang seronoknya asyik duk mengajar je? Hari-hari masuk kelas. Rutin. Tak mencabar …
Nah! sedikit perkongsian …
Bagi aku, menjadi seorang guru boleh berikan kedua-dua perasaan. Perasaan seronok dan perasaan tak seronok. Suka dan boring. Ia terpulang kepada seseorang guru untuk melihat dan merasainya. Secara peribadinya, pada aku kerja sebagai seorang guru ini memang seronok. Seronok kerana seorang guru berdepan dengan manusia yang bakal menjadi ‘apa-apa’ pada suatu hari nanti. Dalam kelas, memang guru mengajar. Hari-hari mengajar. Cuma dalam kelas, seorang guru jangan hanya mengajar saja tapi perlu juga mendidik. Tegur tingkahlakunya. Ajar sifat baiknya. Latih cara dan gayanya serta etika sosialnya.
Jangan biarkan perasaan rutin dalam diri seorang guru. Untuk seronok, pastikan dalam kelas kaitkan pengajaran dengan dunia semasa. Kaitkan dengan kehidupan. Terlalu banyak kisah dan ceritanya. Suka duka. Manis dan pahitnya. Menjadi guru jangan biarkan diri sepanjang masa berada di dalam kelas. Libatkan diri dengan aktiviti di luar kelas. Bersukanlah dengannya. Berkhemahlah dengannya. Bawa melawat dan melancong. Bawa masyarakat dan alam dengannya.
Baru-baru ini terlibat dengan program perkhemahan pelajar. Macam biasa .. aku dilantik sebagai penyelaras program lagi. Seronoknya bab-bab menyelaras program ini. Rasa tak nak bersara. hehe.
Pelajar tingkatan 6 .. anda semua urusetia cikgu yang terbaik
uiss pelajar ni .. tu baru je sikit bagi ilmu ular ..
Tengok jejaka bertopi tuu .. sentiasa cool je ..
Bagi aku, apa yang penting seorang guru jangan melihat keletihan dan keboringan bila bersama dan berdepan dengan pelajar. Jangan jadikan ia kaku dan lesu. Terpenjara sepanjang masa. Jangan jadikan diri bak seorang warden penjara yang terpenjara.
Percayalah .. ia akan seronok apabila hati seorang guru gembira bila bersama pelajar. Kita serius dengannya. Kita marah dengannya. Kita bergurau dengannya. Kita tersenyum dengannya. Kita gelak ketawa dengannya.
23 comments:
Salam..terbaik lah cikgu...yang penting, minat mengajar tu perlu ada...
hemm , kadang2 kanak2 mkin nakal ..
Ada orang tak suka jadi cikgu sebab sampai pencen pun pegi sekolah...tapi buakan semua begitu...
nak jadi cikgu kene sentiasa cool je, kalo sentiasa hot pun tak boleh, nnt anak murid takot dgn kite kan...kan..cool sgt pun tak boleh kan cikgu...heheeehe.
Cikgu, seronok pe jadi cikgu..... saya jeles dan respek dengan cikgu tau.. ;)...
seronok sebenarnya jadi cikgu ne kan cikgu....hehe...
tapi ila tak tahu la kenapa ila tak minat jadi cikgu...sedangkan mama & abah suruh jadi cikgu lepas habis study hujung tahun neh...huwawwa..
buntu2...hehe...
**cikgu...pelajar tu pegang ular ke??anak ular eh..hehe
sweet sangat =)
bella teringin nak jd cikgu dr sekolah lg.
hope lps nie leh mohon degree mintak cikgu.
hee ~
ermm bagi saya bakal guru isnyaAllah amin...dua benda saya nak katakan. best bagi saya bakal menjadi guru adalah seolah2 saya akan kembali semula ke alam persekolahan...merasakan kembali keterujaan ketika belajar dan keseronokan khusus dalam membuat aktiviti...jujur saya cakap alam persekolahan sekolah rendah adalah zaman yang saya sangat suka ...lebih2 lagi subjek sains...menunggu2 saya dan tak sabar2 menantikan guru sains datang...buat eksperimen dan berkongsi fakta sains yang sanagt menarik bagi saya. saya mahu RASA keseronokan itu...keterujaan itu..tapi kali ini saya pula yang mengajar..yang berkongsi pengetahuan. Itu pada saya yang best...kata orang..."To Teach is To learn Again..." mengajar adalah seperti belajar lagi....itulah definisi best bagi saya. Yng tak bestnya mungkin sekali kerja2 lain yang bukan sepatutnya guru buat kot...spt bebanan datala, maklumat dan sebagainya? apa2pun saya harap saya dapat jadi pendidik yang baik. InsyaAllah. Amin
sy stuju gak.
seorg cikgu tak bleh tunjuk dia penat mengajar.
don't complain if u want to be that way, coz himself/herself chose his/her path.
sy dulu nk jd ckgu
tp akhrnya hanya dok
pejabat.. ;)
if dah pencen pun
ank murid msih pggil 'ckgu'
kan..byk jasanya ^__^
wowwww nampak seronok, tapi tu lah saya takde bakat nak jadi cikgu, sebab selalu kena terangkan kat depan semua orang pun tak faham sebab saya cakap putar belit.. mak selalu push jadi cikgu... T__T
Alisha
Yup! semangat mendidik tu yang penting. Kalau ia ada dalam diri maka akan seronoklah jd cikgu ni .. kalau tak alaa tension le 24 jam ..
Bhaihaqi cool
kanak-kanak nakal .. biasalah tu. Fenomena sekolah masakini.
ahmad humairi
hehe .. buat pe pencen pergi sek lagi? Buatle bisnes pe-pe ke ..
eMMe
betul tu eMMe .. cikgu kena pelbagai watak. Ada watak serius (jgn pengganas dah), ada watak cool .. ada watak doctor, pelawak, akauntan, ahli sukan .. macam-macam.
Kalau terlalu cool bahaya juga.. nanti pelajar ngorat cikgunya.. hehe
Afida anuar
alaaa keje fida pun bagus. Boleh selalu pergi luar negara selalu kan ..
Honeybunny
Ila, ada yang tak minat tapi bila jadi cikgu mula minat .. ada tak minat bila jadi cikgu terus pening-pening dan suka memberontak .. ngajar je acuh tak acuh je. Kerja lebih sikit .. atau kena bawa pelajar ke luar dari sekolah sikit dah lain macam dah ..
psstttt a’ahhh pelajar tu gigit ular .. anak ular ..pelajar saya tu memang gitu .. dia nak lawan 'mahaguru' nya. hehe
Bella One
Moga-moga bella berjaya jadi cikgu yang peramah ..
shamsudin
Moga sudinpun .. insyaAllah ..
Din, memang bila jadi ckgu kita kena terima segalanya. Terus-terang kita kena lalui semua itu. Mungkin sementara atau makan masa sikit .. satu lagi jawatan kat sekolah ini banyak. Biasanya sebagai cikgu kita kena pegang pelbagai jawatan. Ia sering bertukar-tukar .. Bagi saya, terimalah jawatan itu dengan niat di hati kita nak merasainya. Nak belajar sesuatu .. insyaAllah bila kita pegang pelbagai jawatan ngan ikhlas, jangan ‘menolaknya’, pengalaman dan ilmu itu akan bantu kita suatu hari nanti ..
Mardhia yusof
Betul tu mar. Kalau cikgu asyik komplen je manjang .. takde ikhlasnya. setakat mengajar je le jawabnya. Tak dapat pahala ..
Miss Syahnia
Syahnia .. begitulah jadinya. Gelaran cikgu tu hingga ke liang kubur .. opss lepas tupun masih dipanggilnya cikgu..
salam ;)
saya juga seorang guru bahasa inggeris. hehe
Sarah khan
owhhh cikgu juga rupanya ..
ermm ..
Post a Comment