"Pengalaman yang sudah saya lalui mematangkan saya. Usahlah meletak seribu harapan dalam sesebuah perkahwinan kerana perjalanan menempuh alam rumah tangga itu sangat mencabar. Sebagai wanita, janganlah terlalu memberi 100 peratus kepercayaan atau terlalu bergantung harap kepada suami," kata Abby Abadi, 34 bekas isteri kepada Norman Hakim. 35.
Aku cuba renungi kata-kata si abby.
“Jangan terlalu memberi 100 peratus kepercayaan atau terlalu bergantung harap kepada suami.”
Ini soal kehidupan berumah-tangga ..
Bagi aku, soal kepercayaan itu rasanya berbeza dengan kesetiaan. Seorang isteri dituntut untuk setia pada suami tapi rasanya tidak dituntut untuk mempercayai 100% pada suami. Boleh sikit-sikit mencurigainya demi kebaikan rumah tangga. Tapi janganlah sampai menjadi tahap cemburu yang melampau pula. kot suami nak pergi masjidpun disoal berpuluh-puluh kali. Kasihan si suami.
Kalau soal jangan terlalu bergantung harap kepada suami .. rasanya aku juga bersetuju dengan nasihat abby ini. Ini kerana soal jodoh ajal itu tak siapa yang dapat menduga dan menjangkanya. Bahtera yang belayar tenang yang dikemudi oleh nakhoda hebatpun tak dapat nak menduga akan air ombak dan gelombang yang menanti. Walau nampak tenang airnya tapi kadang tu boleh juga bertukar menjadi ombak ganas .. dan akhirnya bahtera yang dilayari musnah segalanya.
Maksud aku .. seorang isteri juga kena bersedia dari segi psikologi, kekuatan mental dan ekonomi. Bukannya apa .. andai kata bahteranya tiba-tiba musnah dipukul ombak yang tak terduga, ada lagi tempat untuknya berpaut mencari kekuatan … tak hanya bersedih duka meratapi akan kehilangan dan kemusnahan …
p/s - Dah dah .. jangan marah kat memey lagi .. moga abby terus kuat dan tabah ..
2 comments:
Hmmmm...
Eh eh takde sapa pun marah kat memey.. he he..
cikgu masak apa pagi raya? nak pi beraya umah cikgu rashid ni..:)
cikgu, salam eidulfitri, maaf zahir batin andai ada fida tersilap kata dan bahasa dan gurauan..
Afida Anuar
hehe.. ramai orang pompuan marah .. meluat..
masak nasi arab. Datangle umah fida ..
Post a Comment