sekadar hiasan
Situasi 1
Menaiki tangga menuju ke bilik. Tiba-tiba terdengar suara ..
“Cikgu .. wah cikgu smart lah hari ini ..” sapa salah seorang pelajar perempuan. Mereka berlima sedang duduk berehat di bangku taman sekolah berhampiran dengan tangga. Bila aku amati rupanya mereka semua pelajar-pelajar tingkatan 3. Baru habis peperiksaan PMR baru-baru ini.
“Cikgu .. cikgu awet mudalah ..” sapa seorang lagi. Selamba je. Siap senyum-senyum lagi tu.
Situasi 2
Melangkah ke kelas tingkatan 4. Panggil ketua kelas untuk kira bilangan pelajar yang hadir sekolah (saja bagi tugas padahal boleh kira sendiri).
“Cikgu .. 32 orang. Semua hadir.”
“hah! 32 orang? kan pelajar kelas ni 31 orang je”
“Tuu Amirah cikgu. Dia hadir kelas hari ini. Dia tak jadi bertukar sekolah.”
“ooooo padanlah”.
“Amirah .. kenapa tiba-tiba muncul ni. Kan dah sebulan sekolah kat Shah Alam?”
“Tu le cikgu .. sebenarnya saya rindu kat cikgu ..” jawabnya spontan je.
Nah!! beranikan pelajar-pelajar sekarang ini. Jauh beza rasanya dengan situasi semasa aku bersekolah menengah dulu-dulu.
Jadi bila berhadapan dengan pelajar-pelajar macam tu, apa agaknya yang paling baik untuk membalasnya. Adakah sekadar senyum je? owhhh tidak!! Aku ada jawapannya. Jawapan yang agak spontan .. Jawapan yang buatkan pelajar-pelajar itu terus dan makin tersenyum. hehe.
p/s – jawapan spontan yang mesra boleh rapatkan pelajar dengan gurunya .. mereka akan lebih senang dekati gurunya ..
19 comments:
wahhh cikgu apa rahsianya ye...is it To Sir With Love by Lulu lagu dan filem paling diminati suatu masa dulu....
hehe..
takpe cikgu..
memang dari zaman dulu lagi,
jodoh cikgu kadang-kadang dengan anak muridnya..hihi..
apa jawapan spontannya cikgu rashid? errr
wahh, cikgu. seronoknya dapat cikgu sporting mscm ni :)
hahaha...dasyat tul student2 cikgu...kelas gitu..berani ckp ngn cikgu mcm tu..hbis..cikgu jwb apa??
Cikgu Rashid dah la awet muda, hnsem lak tu, anak murid esp. perempuan, semangat je nak dtg skolah, dpt sembang dgn Cikgu Rashid, sngat la syokk...
ape jwpnnya cikgu.. nak tahu jugak..
cuteoven
hehe .. apa rahsia-rahsia ni? takde apa nak dirahsia ..
To sir with love ..
nanie
uisss .. hah! ada-ada je nanie ni .. ish ish ish..
tapi betul jugakan.. ada kawan saya kawen ngan pelajarnya bila pelajarnya tamat sek ..
Afida Anuar
Fida tak boleh bagitau sini .. nanti fidapun akan senyum..
Ain Hazwany
Ain, jadi cikgu sekarang ni kita kena rapat ngan pelajar .. gurau-gurau .. barulah diorang ni tak rasa segan nak tanya apa-apa yang dorang tak faham .. atau ada apa-apa masalah ..
cik jue tomey
ermm .. adale jawapannya .. tak nak bagitau nanti cik juepun akan senyum ..
eMMe
eMMe .. takde le gitu. Sebenarnya saya memang suka gurau ngan pelajar.. suka buatkan pelajar & kelas ceria ngan kisah-kisah ...ngan isu-isu semasa .. so dorang tak de le rasa segan takut takut nak jumpa nak berbual ngan cikgunya ..
LadyBird
adoii .. dah 3 orang nak tau jawapannya ..
Okeylah okeylah ..
“Cikgu .. wah cikgu smart lah hari ini ..”
“Cikgu .. cikgu awet mudalah ..”
Dengan selamba sy jwb “Terima kasih terima kasih .. (sambil kemaskan butang kemeja .. tali leher .. angkat bahu sikit) kemudian balas.. "aaaa ni mesti nak bodek cikgu ni .. nak ajak cikgu pergi kfc ni .. jom jom semua sekali cikgu belanja kfc .."
“Tu le cikgu .. sebenarnya saya rindu kat cikgu ..”
Saya jawab ngan senyuman juga .. “owhhhh rindu cikgu rupanya.. aaaaaaaaaa ni mesti amirah tak sabar nak kawen nii … dah lompat-lompat..” (satu kelas gelak ..) ..
comelnyeeeeee student cikgu rashid..ahah..
untungnya students cikgu..
attendance sure penuh kan tiap2 tahun?
hee..
kalo sy jadi student cikgu,
mmg hari2 da tunggu kat depan pintu kelas..ahaha..
ada tak student yg tunggu cikgu masuk kat pintu kelas???;p
hehehe.. cikgu.. ade org kirim salam kat cikgu..
kakak lady.. kak farah.. si mommy otai..
die pesan..kalau lady g teratak cikgu.. sampaikan salam die kat cikgu..
Mardhia yusof
ishh mar ni. mandaiiii je dia ni ..
Mar saya tentu seronok kalau mar jd pelajar .. makin semangat nak masuk kelas ngajar .. opss!!
ladybird
kak farah tuu kakak lady? ishhh biar betoiiiiiiiiiiii …
owhhh .. kalau gitu tolong kirim salam balas kat dia ya .. bagitau dia sy w _ _ _ _ juga
ok cikgu.. insyaAllah~
Post a Comment