comelkan bila tak merokok ..
Sekejap tadi – pergi pasaraya Pantai Timur. Cuci mata tengok barang-barang peralatan kereta dan dapur. Tengok mana yang berkenan dan perlu untuk dibeli. Saja je .. (nak perabis duit le tuu)
Masa kat kaunter bayaran, seorang abang yang aku agak berumur 40-an duk melihat-lihat pada rak rokok di belakang cashier. Aku di depannya. Aku berpaling bila abang tu meminta sesuatu pada cashier.
“Adik tolong ambil yang ada gambar budak kecik tu” sapanya perlahan. Tangannya menunjuk pada barisan kotak-kotak rokok.
Aku berpaling padanya. Menegurnya sambil tersenyum.
“Senangkan .. minta yang ada gambar budak kecik “ aku senyum.
“a’ahh nak minta yang lain takut .. teruk sangat gambarnya. Budak kecik tu kira okey sikit.” balas abang tu. Turut senyum pada aku.
Terdetik hati, tak insafkah si perokok bila melihat gambar-gambar penyakit di kotak rokok? Rasanya mereka tak pedulipun. Tak ambil endahpun akan gambar-gambar bahayanya merokok. Situasi kat pasaraya tadi menyerlahkan hakikatnya.
Rasanya macam-macam kempen dah dijalankan. Macam-macam penyakit kesan merokok diwar-warkan kat media. Tapi semuanya hanya sekadar mata memandang, telinga mendengar, mulut bercakap. Tak ada kesanpun pada si perokok. Hatta kepada yang bergelar ustaz-ustaz, tok-tok imam sekalipun, walaupun dah jelas fakta hukumnya adalah HARAM!
Terus-terang aku masih tak faham mengapakah si perokok ini tak ambil kisah dengan Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan yang telahpun jelas mengeluarkan hukumnya. Hukum merokok adalah HARAM!! Nak macamana lagi fatwa hukumnya akupun tak tau …
Rasanya kena bagitau kat dalam rokok itu ada najis _ _ _ _ dan disiarkan kat saluran berita TV utama selama sebulan. Baru berkesan kot ..
p/s – kepada rakan-rakan yang merokok tu jangan marah okey. Aku sekadar berbicara.
7 comments:
kita wat kempen jer,
sniper kempen.
nampak saper yg merokok,
kita tembak jer kat public area tu.
sure tak berani dah orang nak merokok:D
serious!!
mari kita pikir pasal generasi masa dpan kita nanti, kalau kita sayangkan mereka, kita kena buat perubahan.
n yes, memang perubahan tu sakit.
entah lah, manusia kalau dah ketagih tu mmg tak leh nak diubah.. ada kempen macam2 kempen kalau kempen tu buat anda hisap 1 batang rokok 1 hari umur singkat pun mmg tak kan menjadi jgk... bukan laki je, perempuan pun sama.. haishhh risau risau risau
issssk..
apa la org tuh..
haiih..
ckp je la nak kotak rokok satu..
xyah la sebut kata mcm tuh..
cikgu mmg xsmoking dari kecik ke?
Pocket
haha!! zalim sangat le pocket. Kalahkan Hitler ..
tApi kadang kadang tu memang kena ‘zalim’ sakit baru menjadi apa yang nak dibuat .. (iyake?)
Ain Zulaikha
Betul tu ain. Generasi hari ni rasanya makin ramai hisap rokok. Saya tengok budak-budak sekolah .. tingkatan 1 .. 2 pun ramai yang merokok .. terukkan ..
Mardhia Yusof
Mungkin ayat dia guna tu nampak ‘sopan’ sikit .. agaknyalah ..
yup! mar .. saya tak isap rokok .. dah ditakdirkan saya begitu. hehe
cikgu.. kenapa yer kerajaan tetap bekalkan rokok tu?
dan satu lagi.. same jugak kesnye.. kenapa kerajaan masukkan tintet kete tu.. tp kalauk ite buat.. kite kene saman.. sepatutnye kerajaanla yg perlu disaman kerana mereka yg luluskan masuk..
ek? btl ke gitu cikgu?
Post a Comment