Followers

07 April 2012

Aku cuba digoda? semacam je tenungan budak perempuan tu


Gambar siapale aku ambil ni? Maaf empunya diri .. pinjam jap. Nak gambarkan beginile tenungan mata budak  tu.


Tadi aku ke kedai hardware. Beli barang sikit ..

Masuk je kedai terus jumpa tauke. Taukenya Cina. Tapi pekerjanya budak perempuan Melayu. Rasanya sekitar umur 17 tahun gitu. Berbaju kurung dan bertelekung. Nampak sopan. Manis.

Dalam duk sembang dengan tauke Cina, sempat aku pandang budak perempuan itu. Aku pandang kerana budak itu duk berdiri tak jauh dari kami. Mungkin duk dengar bualan aku dengan tauke. Biasalah pekerjakan. Mungkin nak tunggu apa yang arahan tauke nanti.

Tapikan .. masa aku pandang budak perempuan tu .. ishh .. ditenungnya aku. Tajam  (dalam?) tenungannya. Ada gerakan kat matanya. Semacam je tenungan itu. Mungkin teman-teman kata arghh cikgu perasan kot!! Takkkk .. aku jujur.. Sungguh aku rasa semacam je tenungan itu. Maaf cakap, aku rasa itu tenungan menggoda. Mungkin teman-teman tertanya-tanya, camana agaknya tenungan nak menggoda? Mandai le cikgu ni. Camana aku nak terangkan di sini ek? susah sikit nak terangkan .. tapi akukan orang lelaki. Aku dapat rasakan …  dapat bezakan ..

Segera terlintas kat kepala aku, kalaulah begini budak perempuan tu tenung .. bahaya dik oii .. nasib baik abang ni bukannya mudah tergoda ..  malah aku kasihan. Kasihan kerana jika budak perempuan tu buat begitu kat mana-mana lelaki   … bahaya dik ..  kalau kena lelaki baik takper. Kalau kena lelaki ‘suka ambil peluang’. Aduhai ..

Sebaik beli barang, aku melangkah keluar. Sempat aku berpaling sekali lagi kat budak perempuan tu. Rupanya dia masih tenung aku. Aku senyum padanya. Masih ditenungnya aku... kemudian dia senyum .. ishhh ..

p/s - jaga mata tu dik. Dari mata segalanya boleh berlaku .. 
p/s - oh ya, ikhlas aku bagitau akupun berdebar juga bila ditenung begitu. Tapi aku buat -buat biasa je. cool ..

20 comments:

azahrohaizah said...

syukur alhamdulillah masih ada lelaki baik di alam maya ni...

4feet8 said...

takde rasa pape ke cikgu..? hehe..manalah tau kot2 ada panggilan jodoh..hihi..saja mengusik..

dee said...

oh ek?

Rumah Kuning said...

amboi...bukan main lagi cikgu ni ye.

Nurrul Hazieqah said...

err , pandangan kena jaga betul2..

Bahaya !

Hanif said...

Nasib baik dapat cikgu baik..heheheh

Irfa said...

COMEL SGT GAMBAR CONTOH TU..KALU HOK TENUNG COMEL SUPO TU..ADUH BOLEH GUGUR JANTUNG

ajax85 said...

bahaya mata dia..hehehhe

Lady Windsor said...

berani sungguh budak2 perempuan zaman sekarang..beza jauh dengan zaman kita-kita dulu..

Rashid said...

azah
hehe .. syukur padaNya ..

Rashid said...

4 feet8
Rasa seriau tu adale .. debar juga ..

Rashid said...

dee
ermm ..

Rashid said...

rumah kuning
cikgu .. nak buat camana kan ..

Rashid said...

nurrul
Memang bahaya .. segalanya dari mata kan ..

Rashid said...

hanif
iyake? jap nak fikir ..

Rashid said...

irfa
haha!! sebulan tak kuar umah .. opsss!!!

Rashid said...

man
Mata dia tajam .. boleh cair kalau tak kuat ..

Rashid said...

Lady Windsor
lady .. zaman kita dulu lain. nak jumpa .. nak bertentangan matapun pun berdebar. Malu ..

Mardhia Yusof said...

bahaya nya..
yelah..dari mata, turun ke hati, turun ke tangan...

cikgu pekaba?
busy dengan kerja sekolah?

Rashid said...

Mardhia Yusof
.. dari mata, turun ke hati, turun ke tangan..

turun ke tangan? camana tuu mar? tak paham le.. berpegangan tangan ek?

saya okey. a'ahh sibuk sikit skrg ni .. tapi di bawah 'kawalan'. Mesti tenang kan ..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search