Lama sungguh tak contact Mohd Azian, seorang kawan baik semasa belajar di UKM,
juga semasa sama-sama kerja dan jadi
tutor kat UMS. Beliau kini menetap kat Muar, Johor.
Tadi aku telefon dia .. bual-bual ..
“Assalamualaikum
.. Azian, apa khabar kau?”
“Waalaikumussalam .. Baik .. kau syid ... lama tak dengar
khabar kau. Kau apa khabar syid?”
“Okey,
baik. Masih smart .. kau macamana pula azian. Perut kau?”
“Perut aku
maintain je. haha!! .. kau ni tak berubah le syid..”
“Azian kau ada contact kawan-kawan lama kita ... Tengku,
Zubir, Sudin ... Arman?’
“alaa lama
dah tak contact. Kau dapat hubungi mereka tak?’
“Ada juga
walaupun setahun sekali ..”
“Azian kau
masih ingat Ayob?”
“A’ahh
macamana dia? Kau dapat jumpa dia ..”
“Ada. Minggu lepas masa aku bagi ceramah kat cikgu-cikgu
daerah Tumpat dan Pasir Mas...”
“Owhh iyake
..”
“Kau tau tak Azian. Masa jumpa Ayob tu aku tak cam dia. Dia
cam aku. Dia terkejut jumpa aku ... akupun terkejut juga. Dia makin smart le.
Makin putih .. berisi sikit ..’
“ooo .. dia
jadi kan dengan ..”
“a’ahh jadi
..”
“Azian kau masih ingat kisah Ayob masa kat UKM
.. “
“Ingat ..
mana boleh tak ingat .. hehe” (kami sama-sama gelak, sama-sama faham)
“Azian, dua
minggu lepas aku jumpa Tengku ..”
”Tengku, aaa .. apa khabar dia sekarang ni?’
”Tengku, aaa .. apa khabar dia sekarang ni?’
“Dia terlebih berisi ... perut dia kalahkan kau … dia
sekarang ni dah jadi PK HEM ..”
“PK HEM?
ishh biar betul kau syid .. macam tak percaya aku ..”
“aaaa tu le
kau. Sebenarnya akupun .. tak sangkakan
...”
“Masa kat UKM dulu diakan slow je … selalu Si Sudin angkat
dia. Dukung dia .. dia selalu jadi bahan gelak Sudin .. bla bla bla ..“
“haha!! kau
ni ..”
Lama juga kami mengimbau kisah semasa belajar kat UKM ..
Setiap kali cakap, kami akan gelak ..
“Syid, bila aku borak dengan kau .. aku rasa seolah-olah
kita masih kat UKM. Masih belajar kat sana. Seronok sangat ..”
“a’ahh le
Azian. Aku rasa nak pergi belajar kat UKM lagi le .. jom kita sambung phD ..”
“haha!! aku
dah tak larat le syid .. otak dah penuh .. jem ..” (ketawa ..)
p/s - Rasa badan tak bermaya, sedikit
pening yang aku rasai tadi terus hilang bila dapat borak dengan Azian .. borak-borak .. gelak-gelak. So nasihat
saya kepada kawan-kawan blogger, kalau rasa badan tak berapa okey tuu jangan
telan panadol dulu. Sebaliknya cuba hubungi kawan-kawan baik yang dah lama tak
jumpa .. boraklah, ceritalah kembali
kisah-kisah lama, kisah yang menggembirakan, kisah yang menenangkan hati dan
perasaan ..
5 comments:
betul tu,salah stau cara utk hilangkan stress, pening, sakit..dengan communicate,body-contact..we can reduce all the negative charges/ion. sy pnah baca dalam mana ntah, tak ingat dah..
scientifically, dalam badan kita ada positif & negatif ion..bila kita bersentuh,salaman, dari situ la kita transfer and neutral kan ion-ion..sama jugak la dengan komunikasi..cakap yang baik-baik,gurau2..
same goes in Islam..bila lepas solat, kita salam dan peluk, kita dapat eratkan silaturrahim..skaligus buang sume negatif cas..
stuju juga,panadol pon sbenarnya tak berapa elok..ada kesan yang mudarat kalau kerap ambil panadol,tp xsure kesan apa..kawan ada pesan, jgn slalu mkn panadol..sbb before ni saya pon slalu makan panadol..hehe..
p/s: mesti penat skit kalau kerja overload kan..
kenkadang lupe kawan lame, ingat panadol je...tapi betul jugak kata2 cikgu ni... kawan2 yg kite rase boleh wat kite hepi2, gelak2, leh hilangkan sakit kepala,, serabut dgn kerja ke... nak lupekan semua kesakitan tu, tido! hehehe...
tp kan cikgu.. kalau depa tanya sesuatu yg negetif bg kite.. mesti lagi stress kan? huhuhuhu.. contohnye kawin x lagi? ade anak x lagi? ko keje ape? lbh2 lagi yg semua kite xde.. sob3x..
jumpa kawan2 lama terutama masa sekolah memamng best sebab masa tukita happy go lucky...bila dikenang memang banyak kelakau dan benda2 nakal kita buat..hehehe
kira jejak kasih le ni yek?? :-)
Post a Comment