Aku baca Mastika, keluaran September 2012. Berikut petikan
kata Ustaz Jaber Mohd Subahan, Pengerusi Majlis Ulama Rohingya. Kisah ini
disampaikannya di Masjid al-Hasanah, Bandar Baru Bangi pada 29 Julai 2012.
“Ibu-ibu sudah kehilangan suara. Anak-anak kecil mereka
dikelar, dipotong urat lehernya dengan senjata tajam. Malah ada yang dikerat urat
belikat di kanan dan kirinya.”
“Kulit dihiris dan daging dibelah beberapa sentimenter.
Ibarat ikan disiang dan dikelar badannya. Akhirnya tubuh kanak-kanak itu kaku.
Wanita dan anak gadis Rohingya pula dirogol, diseksa lalu dibunuh.”
“Ada pemuda yang cuba melawan telah dibawa ke landasan
kereta api. Lehernya disendalkan ke batang rel. Dan kemudian … hanya kepala
tergolek berpisah dari badan dengan leher hancur digilis kereta api ..”
“Ada kalangan anggota berpakaian seragam membidik senjata
dari belakang sebuah rumah kampung milik orang Islam Rohingya. Pang! Pang!
Pang! Tembakan bertalu-talu menembusi dinding rumah. Jeritan sekilas dan
kemudian senyap sunyi. Mayat-mayat bergelimpangan …”
“Ada penduduk mahu melarikan diri ditangkap dan disumbatkan
ke dalam rumah. Lalu rumah itu dibakar …”
“Kedai-kedai orang Islam menjadi mangsa. Harta benda
dirampas dan dicuri oleh orang Rakhine…”
“Ada anggota berpakaian seragam kelihatan berkawal. Anehnya
pihak polis hanya menjadi penonton. Mereka tidak berusaha membantu. Tiada bomba
datang memadamkan api”
“Asap memenuhi ruang udara Arakan. Tebal dan hitam.
Menerbitkan bau seperti ayam dipanggang hangus. Di atas jalan-jalan raya,
muslim Rohingya bagai binatang, bergelimpangan ..”
3 comments:
Inilah yg berlaku apabila islam lemah....
Tapi kes Mymmar ni pasal puak kan...tapi mereka tetap saudara seislam kita.
salam,
jauh di sudut hhati ingin membantu
dalam hati dan tingkah laku ada perasaan benci pada puak2 laknat itu
kalau mampu dan berpeluang, hanya bantuan dari jauh sahaja...
nipisnya iman seorang yg bernama
aku...
Jemputan rasmi buat anda…
Promosi sikit……hehehe
Dijemput sertai segmen saya ini:
http://hanifidrus.blogspot.com/2012/08/hanifidrus-segmen-menerjah.html
Post a Comment