Wajah gadis ‘top up’ itu memang cantik. Sekali pandang nak
dua kali pandang. Sekali jumpa nak beberapa kali jumpa. Tak jumpa rasa serba
tak kena. Itulah penangan gadis ‘top up’. Bila aje nak ‘top up’ telefon
bimbitnya, kedai gadis ‘top up’ itulah selalu ditujunya. Seolah-olah tiada lagi
kedai ‘top up’ yang lainnya.
Hatinya mula berdebar-debar …
Gadis ‘top up’ itu memang buatkan hatinya cair. Gadis ‘top up’
itu bisa buatkannya lupa bahawa dia sebenarnya sudahpun ada ‘bakal isteri’. Pertemuan
kali pertama disusuli pertemuan berikutnya. Setiap kali bertemu, madah-madah
kasih dan cinta bermain dibibirnya. Janji hidup bersama dengan gadis ‘top up’ dipateri
untuk ke akhir pelamin. Namun itu semua sekadar ‘mainan cinta’ dan ‘janji nafsu’
lelakinya.
Akhirnya gadis ‘top up’ itu juga cair dan jatuh dibahunya …
Setelah berjaya memiliki dan ‘bersama terlanjur’ beberapa
kali, gadis ‘top up’ itu kemudian ditinggalkannya. Ditinggalkannya kerana dia
akan berkahwin dengan ‘bakal isterinya’.
Natijahnya bila dia berkahwin, kejantanannya telah hilang. Nafsunya
seolah-olah tiada bila nak ‘bersama’ isterinya. Rupanya nafsunya telah dikunci
dek sihir gadis ‘top up’ yang pernah bersamanya. Gadis ‘top up’ itu rupanya begitu
marah dan berdendam padanya kerana telah memainkan cintanya.
Itulah akibatnya …
SUNGAI BULOH: Akibat cuba memainkan perasaan seorang wanita warga
Thailand walaupun sudah mempunyai kekasih, seorang lelaki menerima nasib amat
malang sebaik mendirikan rumah tangga apabila nafsunya dikunci hingga tidak
bermaya setiap kali mahu bersama isterinya.
Oleh itu Awas!! kepada mana-mana lelaki yang cuba memainkan
cinta gadis ‘Top Up’!!
Nota: Aku akui berdasarkan pemerhatian, gadis ‘top up’ biasanya comel-comel belaka.
Mereka kelihatan bersahaja, suka berbual juga suka bergurau. Suka usik-usik
hati pelanggan bila dah lama kenal.
Yup!! mereka memang cepat mesra. Mereka juga kelihatan ‘manis’
kerana selalunya mereka akan bersolek. So kepada sang jejaka yang smart di luar sana, jangan mudah tergoda okey!!! apatah lagi cuba nak main-mainkan hati dan
cinta mereka. Nanti tak pasal-pasal .. ishh ishhh .. kalau dah jadi cam tu, takde lagi bahagia di dunia. opss!!!! ..
6 comments:
Suka tgk ajer....kikiki
eh?
Hanif Idrus
hah!! kan kan .. jangan hanif .. jangan .. hehe
dee
Naper dee .. kenal ke?
hati2...hehehe
tetiba saya kesian pulak kat "isteri" yang tak tahu apa2..
iktibar untuk kaum Adam.
supaya lebih berhati2..
saya rasa depends on kaum adam jugak. ada yang boleh kawal, dan ada yang tak. maka, kawal la nafsu dengan iman. insyaAllah, semua selamat.
*peringatan utk diri sndiri juga*
Post a Comment