Jam 3.00 petang, sampai rumah terus aku naik ke tingkat
atas, guling-guling rehatkan diri di dalam bilik tidur. Dalam keadaan mengiring
ke kanan mengadap jendela, aku tenangkan fikiran sambil mata kupejam
perlahan-lahan. Terasa mengantuk.
Kupejam mata tapi rasanya masih tak bisa untuk kulena. Dalam
keadaan mata yang seakan-akan sukar untuk aku buka mahupun tutupi itu,
tiba-tiba kedengaran seakan-akan suara berbisik. Aku cuba amati suara itu. Terlintas
aku mungkin itu adalah suara jiran sebelah rumah aku. Tapi suara itu bila aku
amati ia adalah suara yang begitu hampir dengan aku. Suara itu kedengarannya di
sebelah aku saja. Aku kakukan diri, cuba mendengar suara yang seakan-akan
sedang berbisik itu. Suara berbisik itu makin jelas pada pendengaran aku. Suara
itu adalah suara orang lelaki. Dua orang lelaki sedang bercakap perlahan.
Hati aku mula berdebar.
“Ya Allah .. suara itu ..
itu suara lelaki. Suara dua orang lelaki. Siapakah mereka ini?” Hati aku
mula rasa tak sedap kerana setahu aku pada masa itu hanya aku seorang saja yang
berada di rumah.
Aku sekadar mendiamkan diri. Mengamati bunyi. Bunyi pintu
dan laci almari dibuka dan diselongkar. Hati aku makin berdebar. Jelas sekali
pada aku, mereka semua itu adalah pencuri yang telah menyusup masuk ke dalam rumah aku.
“Ya Allah … “ aku tak sangka pencuri telah masuk ke dalam
rumah aku. Waktu petang pula tu. Dan mereka kini telah berada dalam bilik tidur
aku dan aku pula sedang berbaring di atas katil. Sebarang kemungkinan boleh
berlaku pada bila-bila masa saja.
Aku cuba berpaling perlahan ke arah pencuri itu. Tapi terasa
begitu sukar dan payah sekali untuk aku gerakkan kepala mahupun badan aku.
Begitu juga kelopak mata aku. Walaupun aku cuba membukanya tapi tak dapat.
Terasa begitu berat sekali. Seolah-olah semua pergerakan aku telah dikunci. Tak
dapat bergerak walau sedikitpun.
“Ya Allah … mungkinkah aku telah dipukau. Mungkinkah aku
telah dikunci dengan ilmu pukau mereka …”
Dalam rasa berdebar itu, aku cuba mengingatkan di manakah
letaknya parang panjang aku. Parang panjang itu selalunya aku simpan di dalam
bilik tidur. Aku simpannya untuk ‘standby’ seandainya kes-kes kecemasan
berlaku.
Dalam berfikir itu, baru aku ingatinya, parang itu aku telah
letaknya di atas almari pakaian. Almari di mana pencuri-pencuri itu sedang
menyelongkarnya.
“Ya Allah …”
“Ya Allah macamana aku nak mengambil parang itu?. Pencuri
itu pastinya memegang senjata tajam … mungkin juga pistol …”
Dalam berfikir dan berdoa itu, aku mengambil keputusan untuk
bangun dan menghadapi segala kemungkinan. Tapi segalanya sukar bagi aku. Kelopak
mata aku masih tak dapat dibuka. Terasa begitu berat sekali.
“Ya Allah macamana aku nak bangun sedangkan mata akupun sukar
untuk aku buka. Macamana aku nak menghadapi mereka?”
Dalam kepayahan membuka kelopak mata, aku terus berselawat
ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dan baca ayat Waja'alna min baini aidihim saddan wamin khalfihim saddan fa
aghsyainahum fahum layubsirun .. Berdoa mohon dijauhi dari ilmu pukau
dan sihir …
Aku cuba buka mata dan gerakkan kepala. Alhamdulillah aku
berjaya. Dalam debar itu, aku berpaling perlahan ke arah pencuri-pencuri
itu. Aku bersedia untuk segala
kemungkinan …
Suasana agak sunyi sepi. Aku memerhati sekeliling bilik tidurku … tiada
apa-apa …
“Ya Allah … aku bermimpi rupanya. “
Itulah pertama kali aku bermimpi yang mimpinya seakan
benar-benar berlaku. Ia seolah mimpi separa sedar. Sebaik bangun dari katil, aku terus mencari parang yang
selalu aku simpan ..
tengok .. dah berhabuk. lama aku tak gunanya .. hehe
11 comments:
huish..sy ingatkan betul2 tadi..tapi, hati2 tu cikgu duk sorg umah, kunci pintu tingkap semua..siang hari pun pencuri boleh naik rumah, mcm umah makcik sy kat tumpat, anak jiran sebelah sendiri yang panjat tingkap mencuri..
sy ada cikgu brnama Rashid gak..umah dia dua kali dah kena pecah masuk...sadis...
haih buat suspen je tau hihi...
dkna da baca paper pg tadi..kes anak kene culik awal pg waktu tidur..dkna ingat kes yang sama..
mungkin Allah nak bagi peringatan, begitu lah keadaan nya bila kita kena pukau..
jangan lupa sentiasa amalkan membaca ayat Kursyi ye cikgu..insha allah tak apa apa..
4feet8
InsyaAllah .. segalanya baik. Terima kasih atas ingatan k ..
Kuronofu
ishh iyake? aduhai ..
cik cammy lia
suspens? itulah cik cammy ia seakan bukan mimpi yang berlaku pada saya .. setelah sedarpun rasa macam berlaku juga ..
Dkna Abza
Dkna .. culik? ishh ishhh .. tak nak bayangkan ..
Moga kita terhindar dari semua itu.
azahrohaizah
a’ahh juga. Sayapun rasa macam itu juga azah. Diberi rasai begitu olehNya .. memang tak boleh nak gerak. Tak boleh buat apa-apa. Sedar macam tak sedar ..
InsyaAllah azah ..
lelaki dan perempuan beromen di dalam bilik tidur
Post a Comment