Followers

10 December 2012

Bilik tidur dimasuki pencuri, aku pula sedang berbaring ..



Jam 3.00 petang, sampai rumah terus aku naik ke tingkat atas, guling-guling rehatkan diri di dalam bilik tidur. Dalam keadaan mengiring ke kanan mengadap jendela, aku tenangkan fikiran sambil mata kupejam perlahan-lahan. Terasa mengantuk.

Kupejam mata tapi rasanya masih tak bisa untuk kulena. Dalam keadaan mata yang seakan-akan sukar untuk aku buka mahupun tutupi itu, tiba-tiba kedengaran seakan-akan suara berbisik. Aku cuba amati suara itu. Terlintas aku mungkin itu adalah suara jiran sebelah rumah aku. Tapi suara itu bila aku amati ia adalah suara yang begitu hampir dengan aku. Suara itu kedengarannya di sebelah aku saja. Aku kakukan diri, cuba mendengar suara yang seakan-akan sedang berbisik itu. Suara berbisik itu makin jelas pada pendengaran aku. Suara itu adalah suara orang lelaki. Dua orang lelaki sedang bercakap perlahan. 

Hati aku mula berdebar.

“Ya Allah .. suara itu ..  itu suara lelaki. Suara dua orang lelaki. Siapakah mereka ini?” Hati aku mula rasa tak sedap kerana setahu aku pada masa itu hanya aku seorang saja yang berada di rumah.

Aku sekadar mendiamkan diri. Mengamati bunyi. Bunyi pintu dan laci almari dibuka dan diselongkar. Hati aku makin berdebar. Jelas sekali pada aku, mereka semua itu adalah pencuri  yang  telah menyusup masuk ke dalam rumah aku.

“Ya Allah … “ aku tak sangka pencuri telah masuk ke dalam rumah aku. Waktu petang pula tu. Dan mereka kini telah berada dalam bilik tidur aku dan aku pula sedang berbaring di atas katil. Sebarang kemungkinan boleh berlaku pada bila-bila masa saja.

Aku cuba berpaling perlahan ke arah pencuri itu. Tapi terasa begitu sukar dan payah sekali untuk aku gerakkan kepala mahupun badan aku. Begitu juga kelopak mata aku. Walaupun aku cuba membukanya tapi tak dapat. Terasa begitu berat sekali. Seolah-olah semua pergerakan aku telah dikunci. Tak dapat bergerak walau sedikitpun.

“Ya Allah … mungkinkah aku telah dipukau. Mungkinkah aku telah dikunci dengan ilmu pukau mereka …”

Dalam rasa berdebar itu, aku cuba mengingatkan di manakah letaknya parang panjang aku. Parang panjang itu selalunya aku simpan di dalam bilik tidur. Aku simpannya untuk ‘standby’ seandainya kes-kes kecemasan berlaku.

Dalam berfikir itu, baru aku ingatinya, parang itu aku telah letaknya di atas almari pakaian. Almari di mana pencuri-pencuri itu sedang menyelongkarnya.

“Ya Allah …”
“Ya Allah macamana aku nak mengambil parang itu?. Pencuri itu pastinya memegang senjata tajam … mungkin juga pistol …”

Dalam berfikir dan berdoa itu, aku mengambil keputusan untuk bangun dan menghadapi segala kemungkinan. Tapi segalanya sukar bagi aku. Kelopak mata aku masih tak dapat dibuka. Terasa begitu berat sekali.

“Ya Allah macamana aku nak bangun sedangkan mata akupun sukar untuk aku buka. Macamana aku nak menghadapi mereka?”

Dalam kepayahan membuka kelopak mata, aku terus berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. dan baca ayat Waja'alna min baini aidihim saddan wamin khalfihim saddan fa aghsyainahum fahum layubsirun .. Berdoa mohon dijauhi dari ilmu pukau dan sihir …

Aku cuba buka mata dan gerakkan kepala. Alhamdulillah aku berjaya. Dalam debar itu, aku berpaling perlahan ke arah pencuri-pencuri itu.  Aku bersedia untuk segala kemungkinan …

Suasana agak sunyi sepi.  Aku memerhati sekeliling bilik tidurku … tiada apa-apa …

“Ya Allah … aku bermimpi rupanya. “

Itulah pertama kali aku bermimpi yang mimpinya seakan benar-benar berlaku. Ia seolah mimpi separa sedar. Sebaik bangun dari katil, aku terus mencari parang yang selalu aku simpan .. 



 tengok .. dah berhabuk. lama aku tak gunanya .. hehe

11 comments:

4feet8 said...

huish..sy ingatkan betul2 tadi..tapi, hati2 tu cikgu duk sorg umah, kunci pintu tingkap semua..siang hari pun pencuri boleh naik rumah, mcm umah makcik sy kat tumpat, anak jiran sebelah sendiri yang panjat tingkap mencuri..

Kuronofu91 said...

sy ada cikgu brnama Rashid gak..umah dia dua kali dah kena pecah masuk...sadis...

mila said...

haih buat suspen je tau hihi...

Dkna Abza said...

dkna da baca paper pg tadi..kes anak kene culik awal pg waktu tidur..dkna ingat kes yang sama..

azahrohaizah said...

mungkin Allah nak bagi peringatan, begitu lah keadaan nya bila kita kena pukau..

jangan lupa sentiasa amalkan membaca ayat Kursyi ye cikgu..insha allah tak apa apa..

Rashid said...

4feet8
InsyaAllah .. segalanya baik. Terima kasih atas ingatan k ..

Rashid said...

Kuronofu
ishh iyake? aduhai ..

Rashid said...

cik cammy lia
suspens? itulah cik cammy ia seakan bukan mimpi yang berlaku pada saya .. setelah sedarpun rasa macam berlaku juga ..

Rashid said...

Dkna Abza
Dkna .. culik? ishh ishhh .. tak nak bayangkan ..
Moga kita terhindar dari semua itu.

Rashid said...



azahrohaizah
a’ahh juga. Sayapun rasa macam itu juga azah. Diberi rasai begitu olehNya .. memang tak boleh nak gerak. Tak boleh buat apa-apa. Sedar macam tak sedar ..

InsyaAllah azah ..

Lucy said...

lelaki dan perempuan beromen di dalam bilik tidur



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Search