Terasa syahdu dan sebak untuk didengari, untuk direnungi kembali kisah junjungan besar kita, Rasullulah
s.a.w usai baginda menyampaikan khutbah terakhirnya pada 9 hb Zulhijjah, tahun
10 Hijrah di Lembah Uranah, Gunung Arafah. Di kala itu, baginda sedang sakit.
Namun kesakitan itu hilang kerana cintanya kepada kita semua. Cintanya kepada umat manusia.
Digagahinya diri untuk menyampaikan wasiat terakhirnya kepada kita semua.
Jika
kita renungi. Jika kita punya hati yang
tidak mati, pasti kita akan terasa sesuatu. Kita semua sedari, Allah
s.w.t telah menjanjikan syurga buat baginda, maka rasanya tidak perlu untuk baginda
Rasullulah s.a.w menyusahkan dirinya yang
sedang sakit ketika itu untuk bangun dari perbaringannya. Bangun semata-mata
untuk kita semua.
Namun,
itulah diri baginda rasulullah s.a.w.
“Ummati .. ummati”
Itu
kata dari rasa kasih dan sayangnya. Itu kata dan tanda betapa tingginya rasa
cinta yang ada pada baginda kepada kita semua. Baginda tidak mahu meninggalkan kita
semua begitu saja. Tidak mahu membiarkan kita semua sebagai umatnya dalam
keadaan kebingungan selepas pemergiannya.
Maka
diserahkan kepada kita panduan yang jelas. Pedoman yang terang untuk kita semua
ikuti dan mengamalnya.
“Sesungguhnya
aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan
mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat
selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan
SUNNAHKU.”
Selawat dan salam ke atas junjungan besar kita, Nabi
Muhammad s.a.w.
Moga kita umatnya masih lagi dilandasannya …
2 comments:
salam abe. jom kita pakat salawat kpd Rasulullah! di sek saya setiap pg kami berselawat sebelum masuk kelas spjg bln RabiulAwal ni...
Juk Din
ermm .. satu cadangan yang bagus. InsyaAllah kita cuba buat. Kat sek sini, biasanya setiap pagi sebelum masuk kelas masa pertama kita kumandangkan zikir asmaul husna je ..
terima kasih idea ..
Post a Comment