2 hari lepas, aku buka youtube. Tengok dan dengari suara
sebak Shila Amzah – Pesanan Pada Semua & Ombak Rindu.Tadi aku buka sekali lagi.
Pelbagai reaksi dan komen telah diberi dek pembaca. Ada pro
dan kontra. Bagi aku, yang ada juga ikuti sedikit kisah Shila ini, dapat
rasakan ada rasa keserbasalahan di hati Shila. Perasaan yang membelenggu
dirinya itu dilepaskan dengan caranya yang tersendiri. Dilepaskan dengan
‘menyanyi’ lagu Ombak Rindu kat Youtube. Rasanya tak perlu nak komen
teruk-teruk pada ‘caranya’ itu. Itu mungkin cara beliau sebagai seorang
penyanyi, yang sudah pastinya terbawa dengan sendirinya. Itulah dirinya seadanya. Itulah keadaan dan
realiti yang dihadapinya ketika itu. Perasaan sedih. Perasaan bersalah dengan
situasi yang berlaku.
Bagi aku, tak perlu dan tak ada gunanya untuk kita turut
mengambil bahagian ‘kutuk’ cara beliau. Alangkah baiknya untuk kita doakan dan berikan
semangat untuk beliau agar kuat dan tabah menghadapi apa jua masalahnya itu. Moga
beliau merenungi setiap masalah yang mendatangi diri dengan perasaan yang
tenang.
Sesungguhnya …
“Setiap masalah dan kesukaran yang dihadapi sebenarnya
adalah peluang dan ruang untuk kita memperbaiki keadaan. Ia adalah tanda kasih
dan sayang dariNya, dengan memberikan kita satu perjalanan dan pengalaman yang
lebih hebat. Apabila satu pintu tertutup, pasti ada pintu lain yang akan
terbuka. Malah pintu itu mungkin lebih 'indah' dengan jalan masuknya penuh dengan bunga-bungaan yang segar dan harum mewangi ... ”
Tadi terklik youtube kat bawah …
Adakah ini satu ajukan dari youtube Shila Amzah – Pesanan
Pada Semua & Ombak Rindu. Satu ejekan ..
Maaf, aku tak pelik dengan ‘cara’ Shila sebaliknya pelik
dengan manusia Parody begini (sekiranya benar ia satu ajukan dan ejekan …)
8 comments:
kadang2 ada yang buat parody tak kena tempat. buat parody kesedihan oranglain. tapi memang lawak la. moga shila tak kecik hati lah kalau tengok.
betul ckp nami
cara meraih populariti secara cepat tapi tidak berhemah...
daripada mengaibkan baiklah mendoakan kebaikan..
kita pun ada aib tersendiri, risau akibat suka persenda aib org, Allah buka aib kita pulak...
Namee Roslan
Moga-moga .. moga shila senyum je jika tengok. Kena kuat hadapi dugaan.
4feet8
hmm hmm ..
Nafisa
Dalam situasi shila tu .. mungkin tak kena ngan parody tu. Kalau dia kuat mungkin dia akan senyum ..
Aku Bapak
Itulah bapak. Harapnya kita menjadi penghibur di kala seseorang sedang berduka ..
Post a Comment