Semasa turun dari tangga, beberapa orang pelajar memanggil
.. (mereka semua pelajar lelaki tingkatan 1)
“cikguuu .. cikgu .. ni Aznan ni cikgu .. dia tak bersunat
lagi cikgu ..” ujar seorang pelajar sambil ketawa. 4 orang pelajar lain yang duk bersama turut
ketawa.
“hah! biar betul ni?” aku senyum. Nak tergelak juga tengok
gelagat mereka.
“Cikgu tanyalah dia cikgu ..” kata seorang pelajar lagi.
Aku perhatikan pelajar yang dikatakan ‘belum bersunat’ lagi
tu. Pelajar itu buat dhek je dengan usikan kawan-kawannya. Matanya memandang
aku.
“Betul ke belum bersunat ni? Jom ikut cikgu. Ada gunting
dalam bilik cikgu .. tumpul sikit tapi masih boleh guna” Aku sengaja bergurau. Aku perhatikan pelajar yang dikatakan ‘belum
bersunat’ tu kelihatan serba salah. Dia tak berganjak dari tempat duduknya,
Matanya terus memandang aku.
“Mari ikut cikgu jap”, aku panggil pelajar ‘belum bersunat’
tersebut.
“Nama apa? Tingkatan?”
“Aznan. Tingkatan 1 ..”
“Aznan ni tinggal kat mana? Ayah nama apa?” aku bertanyakan
soalan lagi.
“Tinggal kat Kampung Pasir cikgu .. ayah .. Ibrahim ..”
“Ibrahim .. anak Mak Tua? Abang nama Ropi?” aku meneka.
“iya cikgu ..”
“ooo cikgu kenal. Cikgu selalu juga duk minum dengan ayah ..
kedai Nuar”
“Ni cikgu nak tanya .. betul ke belum bersunat lagi ni?”
“iya cikgu .. belum lagi ..”
“ishh .. dah tingkatan 1 ni .. kenapa belum bersunat lagi? Takkan
nak tunggu naik tingkatan 3. Payah nanti”
Pelajar tersebut diam ..
“Ayah tak oyat ke .. tak sebut ke hal-hal sunat ni” aku
bertanya lagi.
“Tak cikgu ..”
“Okey .. balik bagitau kat ayah .. Aznan nak bersunat.
Mungkin ayah tak ingat ke apa ke?”
“iya cikgu ..”
10 comments:
mmg dulu2 ramai bersunat lewat.dah abis darjah 6 baru bersunat.skrg ni je ramai mak bapak sunatkan anak awal
sbb dah tahu budak lom bersunat takleh satu saf dgn org lain bila solat
kesian bebudak bila mak bapak buat lupa atau betul2 lupa bab2 macam ni..jadi sendaan kawan
macamana mak bapak boleh terlupa. kesian dia.
benda mcm ni tak boleh ambil lewa.
just nak tanya, sbb xde adik beradik lelaki, berkhatan ni ada kena byr pape ke?bayar pd tok mudim?bukan khatan saja?
pB ado sorghe anok jatae.
Umo 2 tahun 4 bulae.
Rasonya kalu sunat umo ni , ok kor?
Irfa
hehe .. iyakan ..
nafisa
Itulah nafisa, rasanya sekarang ni kat sek rendah mereka dah bersunat ramai-ramai ..
rumah kuning
entahlah .. sibuk agaknya.
Mardhia Yusof
Mar, rasanya kena bayar juga kat tok mudim tu. Berkhatan kat hospital juga kena bayar. Jumlah sy tak tau le mar ..
Kalau disponsor oleh wakil rakyat lainlah .. tu pun kena berkhatan ramai-ramai ..
pB
Okey pe .. lagi bagus .. apapun kena rujuk kat hospital dulu lagi baik. ;)
Post a Comment