Aku terima sms dari seorang bekas pelajar SPM 3 tahun lepas.
“Salam .. cikgu, ni Jaafar kelas 5PD. Ada tanah 9
ekar 3 suku. Getah boleh ditoreh 6 ekar, 3 ekar baru ditanam. Kebun tepi jalan
.. murah cikgu ..”
Aku senyum baca smsnya.
Terdetik hati. Bagus betul bekas pelajar aku ni. Orang lain
duk sibuk pasang bendera sana-sini. Sibuk duk berarak kibarkan bendera parti. Berarak
dengan bendera parti dapatle juga RM35.00 seorang. Dia ini tak .. duk sibuk dengan
soal tanah dan kebun getah. Tak sangka dia masih ingatkan cikgunya ini. Malah
sempat hantar sms bertanyakan khabar dengan tawaran yang hebat. Tawaran kebun
getah. hehe ..
Tiba-tiba aku teringat, Jaafar ni seorang pelajar yang
nakal. Suka tidur dalam kelas. Suka juga melawan guru. Malah pernah bergaduh
dengan pelajar yang lain. Tapi dengan aku .. dia ni lain. Mungkin dia hormat aku kerana aku ni suka bagi
nasihat kat dia. Aku juga pernah melatihnya menjadi ketua keseluruhan semasa
perbarisan unit beruniform sekolah. Aku
ajarnya beri ‘arahan’ kawad kepada semua pelajar. Walaupun peringkat awalnya
dia takut dan tak ada keyakinan diri tapi selepas aku ajarnya dan beri
keyakinan diri padanya akhirnya dia berjaya juga. Dia berjaya di mana dia pernah
muncul sebagai ketua perbarisan terbaik semasa perkhemahan unit beruniform
peringkat daerah.
Aku juga masih ingat di mana aku pernah bagi nasihat padanya
di depan pelajar-pelajar lain dalam kelasnya:
“Cikgu ada terima laporan ..
betul ke Jaafar suka tidur dalam kelas?. Sebab cikgu tengok Jaafar ni
okey je masa cikgu. Jaafar .. cikgu tengok Jaafar ni smart orangnya. Hidung
mancung macam Akshay Kumar. Tapi .. kalau kita ni hanya smart je tapi duk suka
meleleh air liur dalam kelas. Suka tidur. Malas belajar .. suka melawan guru ..
apa gunanya. Tak ada nilainya ‘kesmartan itu’. Ingat!!
smart je tak cukup. Smart je tak
boleh bawa kejayaan dalam hidup. Bla bla
bla .. "
p/s – Jaafar, berbaju hitam, pernah aku bawa masuk ke kebun getah pada
awal tahun 2009 dulu - 'Siapa yang nak ikut cikgu pergi kebun'.
Aku dengar khabar dia kini terlibat ngan bisnes .. baguslah ..
1 comment:
bestnya. kalau ada duit. bole beli. -___-"
Post a Comment